The 33 | |
---|---|
Pengarah | Patricia Riggen |
Lakon layar |
|
Cerita oleh | José Rivera |
Berdasarkan | Deep Down Dark oleh Héctor Tobar |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Checco Varese |
Disunting oleh | Michael Tronick |
Muzik oleh | James Horner |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 127 minit[1] |
Negara |
|
Bahasa |
|
Bajet | $USD26 juta[2] |
Pecah panggung | $24.9 juta[3] |
The 33 (Sepanyol: Los 33 ) merupakan filem Amerika-Chile berbahasa Inggeris 2015 yang diarahkan oleh Patricia Riggen dan ditulis oleh Mikko Alanne, Craig Borten, dan José Rivera. Filem ini berdasarkan kisah sebenar tragedi kemalangan lombong Copiapó 2010, yang mana 33 orang pelombong terkandas di dalam Lombong San José, Chile selama lebih dua bulan. Filem ini dibintangi oleh Antonio Banderas.
Sinopsis
Ramai orang dari Copiapó, Chile, bekerja di Lombong San José. Pemilik lombong tidak menghiraukan amaran ketidakstabilan lombong, yang mana akhirnya runtuh tidak lama kemudian dan mengakibatkan satu-satunya jalan dalam lombong tersebut tersekat sepenuhnya. Seramai 33 orang pelombong yang terperangkap di dalam lombong tersebut cuba untuk mendapatkan bantuan. Namun, mereka mendapati radio tidak boleh digunakan, peti perubatan kosong, dan kekurangan sumber makanan dan minuman. Mario Sepúlveda (Antonio Banderas) telah bertindak sebagai ketua pelombong, membahagikan makanan dan cuba menghentikan keganasan dan ketidakpuasan hati yang lain. Syarikat pelombongan tidak cuba membantu, manakala saudara mara pelombong pula berkumpul. Kerajaan Chile memutuskan untuk masuk campur secara aktif dalam membantu para pelombong yang terperangkap. Berbagai usaha dilakukan namun penggerudian dari darat banyak menemui kegagalan antaranya kekurangan jentera penggerudian berat, mata gerudi kerap rosak dan tersasar dari lokasi sebenar terhadap mangsa yang terperangkap. Sehingga ke hari-12, pihak kerajaan masih buntu untuk menentukan dimana lokasi terakhir mangsa-mangsa tersebut terperangkap. Namun Laurence Golborne (Rodrigo Santoro) seorang Menteri Perlombongan Chile, tetap berusaha untuk menyelamatkan kerana bersimpati dengan mangsa dan ahli keluarga mangsa yang sanggup menanti sejak dari hari pertama mereka berkampung di kawasan kejadian. Masuk di hari ke-16, Laurence Golborne mendesak agar usaha digandakan berbanding dengan misi hari-hari sebelumnya. Ini kerana Laurence Golborne percaya dengan kata hatinya mengenai lokasi terakhir mangsa-mangsa tersebut agar operasi menyelamatkan tidak tersasar lagi.
Masuk ke hari-17, mata gerudi berjaya menembusi lokasi sebenar mangsa-mangsa terperangkap. Ia disedari oleh Mario yang kebetulan sedang berbaring di satu sudut tempat yang agak jauh berbanding rakan-rakannya yang lain. Mereka sempat mengecat dan menghantar sekeping nota mengatakan kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat. Laurence Golborne sekali perasan bahawa mata gerudi telah dicat dan ternampak akan sekeping nota. Keadaan menjadi gamat dan pihak kerajaan telah menghantar sumber makanan, minuman, peakaian dan keperluan lain termasuk kamera rakaman dan alatan perhubungan untuk memudahkan berhubung anatara pihak mangsa dan ahli keluarga mangsa. Laurence Golborne memberitahu operasi mengeluarkan mangsa-mangsa akan memakan masa selama tiga bulan kerana kekurangan jentera penggerudian berat. Berbagai pelan perancangan yang dirancang namun menemui kegagalan walaupun telah dibantu dari negara-negara serantau, Australia, China dan Amerika Syarikat sehingga ke hari-50.
Operasi diteruskan sehingga ke hari-69, dimana satu letupan akan dilakukan dari dalam lombong bagi mengelakan terjadinya runtuhan tanah jika letupan dilakukan dari lubang penggerudian. Sekali lagi, Mario mengambil risiko dan berjaya meletupkannya. Ini memudahkan satu lif pengangkut mangsa-mangsa boleh dimuatkan untuk operasi mengeluarkan mangsa-mangsa. Lif ini akan berfungsi sebanyak 66 kali bagi operasi menyelamatkan kali ini. Álex Vega (Mario Casas) dipilih sebagai peserta pertama untuk dikeluarkan dari dalam lombong dan diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Hari ke-73, Mario merupakan peserta ke-33 untuk dikeluarkan dari lombong yang merupakan hari terakhir misi tersebut. Keadaan menjadi gamat kerana mangsa-mangsa dan ahli keluarga dapat bermesra seperti sedia kala. Ekoran kejadian tersebut, pihak kerajaan Chile di bawah pimpinan Sebastián Piñera (Bob Gunton) mengambil keputusan untuk menutup perlombongan San Jose buat selama-lamanya.
Pelakon
- Antonio Banderas sebagai "Super" Mario Sepúlveda
- Rodrigo Santoro sebagai Menteri Laurence Golborne, Menteri Perlombongan Chile
- Juliette Binoche sebagai María Segovia,[4]
- James Brolin sebagai Jeff Hart,[5]
- Lou Diamond Phillips sebagai Luis "Don Lucho" Urzúa
- Mario Casas sebagai Álex Vega,[4]
- Gabriel Byrne sebagai André Sougarret
- Bob Gunton sebagai Sebastián Piñera, Presiden Chile.
- Adriana Barraza sebagai Marta Salinas
- Kate del Castillo sebagai Katy Valdivia de Sepúlveda
- Cote de Pablo sebagai Jessica Vega
- Juan Pablo Raba sebagai Darío Segovia[6]
- Jacob Vargas sebagai Edison "Elvis" Peña
- Naomi Scott sebagai Escarlette Sepúlveda Valdivia
- Marco Treviño sebagai José Henríquez
- Oscar Nunez sebagai Yonni Barrios
- Alejandro Goic sebagai Franklin Lobos
- Tim Willcox sebagai diri sendiri
- Federico Luppi[5]
- Tenoch Huerta[5]
- Pedro Calvo[5]
- Mario Kreutzberger (Don Francisco) sebagai diri sendiri
- Gustavo Angarita sebagai Mario Gomez
Lihat juga
Rujukan
- ^ "THE 33 (12A)". British Board of Film Classification. 9 November 2015. Dicapai pada 9 November 2015.
- ^ McClintock, Pamela (10 November 2015). "Box-Office Preview: Angelina Jolie Pitt's 'By the Sea' Opts for Limited Release". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 11 November 2015.
- ^ "The 33 (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada 11 January 2016.
- ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 2017-06-14.
- ^ a b c d "Juliette Binoche, James Brolin Round Out Cast of Chilean Miners Movie The 33". Deadline.com. Dicapai pada 9 December 2013.
- ^ Balaguera, Jorge (9 December 2013). "El actor Juan Pablo Raba será Darío Segovia en Los 33" (dalam bahasa Spanish). RCN Radio.CS1 maint: unrecognized language (link)