Thani Oruvan | |
---|---|
Pengarah | M. Raja |
Penulis | Mohan Raja Subha |
Dihasilkan oleh | Kalpathi S. Aghoram Kalpathi S. Ganesh Kalpathi S. Suresh |
Dibintangi | Jayam Ravi Nayantara Arvind Swamy Vamsi Krishna |
Sinematografi | Ramji |
Disunting oleh | Gopikrishna |
Muzik oleh | Hiphop Tamizha |
Syarikat penerbitan | AGS Entertainment |
Diedarkan oleh | rahul Malaysia : Lotus Five Star AV |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 160 minutes |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | ₹20 crore (AS$3.0 juta) |
Pecah panggung | ₹105 crore (AS$16 juta) |
Thani Oruvan (Bahasa Inggeris: The only one) merupakan filem aksi-seram ngeri Bahasa Tamil tahun 2015 dari India.Filem arahan M.Raja ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis Mithran yang dalam usaha menangkap penjenayah kaya dan licik bernama Siddharth Abhimanyu. Filem yang penuh dengan aksi kejar-mengejar dan permainan minda ini dibintangi oleh Jayam Ravi, Arvind Swamy dan Nayantara sebagai peneraju.. Runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Hiphop Tamizha dan sinematografi dikendalikan oleh Ramji[1]. Filem ini dikeluarkan pada 28 Ogos 2015 untuk ulasan positif dengan pujian kritis yang memuji jalan cerita serta lakonan Jayam Ravi dan Arvind Swamy.
Pelakon
- Jayam Ravi sebagai Mithran IPS
- Aravind Swamy sebagai Dr. Siddharth" Abhimanyu
- Ganesh Venkatraman sebagai Shakthi
- Vamsi Krishna sebagai Vicky
- Nayantara sebagai Mahima
- Rahul Madhav sebagai Janardhan (Jana)
- Nassar sebagai Ketua Menteri
- Thambi Ramaiah sebagai Sengalvarayan,Bapa Dr. Siddharth's
- Harish Uthaman sebagai Suraj
- Sricharan sebagai Kathiresan
- Abhinaya sebagai Manimekalai
- Nagineedu sebagai Ashok Pandian
- Sanjana Singh sebagai Ammulu
- Mugdha Godse sebagai Shilpa
Produksi
Pada bulan Februari 2013, Mohan Raja menyatakan bahawa beliau akan mengarahkan sebuah filem dengan adiknya,Jayam Ravi sebagai pelakon utama. Pada bulan Julai 2013, Nayantara ditandatangani pada untuk menjadi pelakon wanita utama[2]. Filem ini bermula tanpa tajuk dan dirujuk oleh tajuk tentatif, Thani Oruvan, yang telah disahkan sebagai tajuk rasmi filem itu pada bulan Jun 2014.
Penggambaran filem bermula pada 6 Disember 2013, dengan jadual dua hari di Chennai.Kru kemudian berpindah ke Bengaluru pada Januari 2014 di mana penggambaran telah berlangsung di sebuah kolej latihan polis.Penggambaran filem ini turut dijalankan di Rishikesh, Dehradun dan Mahabalipuram.
Runut Bunyi dan Musik
Thani Oruvan | ||||
---|---|---|---|---|
Runut Bunyi Filem oleh Hiphop Tamizha | ||||
Dilancarkan pada | 23 July 2015 | |||
Tempat | India | |||
Genre | Runut Bunyi Filem | |||
Panjang | 17:04 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Sony Music Entertainment | |||
Pengedar | AGS Entertainment | |||
Pengarah | M. Raja (en) | |||
Penerbit | Hiphop Tamizha | |||
Kronologi Hiphop Tamizha | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Hiphop Tamizha mengubah lagu dan skor musik bagi filem ini. Runut bunyi telah dilancarkan di Suryan FM pada 23 Julai 2015.
Tracklist | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Singer(s) | Masa | ||||||
1. | "Thani Oruvan (The Power of One)" | Hiphop Tamizha | Bobo Shashi | 3:49 | ||||||
2. | "Kannala Kannala (The Melting Point of Love)" | Hiphop Tamizha | Kaushik Krish, Padmalatha | 3:35 | ||||||
3. | "Kadhal Cricket (Love (Not Out))" | Hiphop Tamizha | Kharesma Ravichandran | 3:33 | ||||||
4. | "Theemai Dhaan Vellum (Awakening the Monster)" | Hiphop Tamizha | Arvind Swamy , Hiphop Tamizha | 3:32 | ||||||
5. | "Aasai Peraasai (The Greedy Good)" | Mohan Raja | Jayam Ravi | 2:35 | ||||||
Jumlah masa: 17:04 |
Rujukan
- ^ http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?search=2015.10793.thani.21199
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-22. Dicapai pada 2015-09-06.