Cerita ranting adalah penceritaan baharu yang wujud selatar cerita utama dalam karya sedia ada (yakni cerita pokok) tetapi menyimpang atau "meranting" dengan tujuan menumpu kepada lebih banyak butiran dan aspek yang berbeza dari karya asal (misalnya tajuk, watak atau peristiwa tertentu). Jika penceritaan tersebut wujud dalam kerangka masa sama seperti karya pendahulunya, ia boleh berkesinambungan menjadi suatu cerita yang menyusul.[1]
Media yang menerapkan penceritaan ini dalam apa jua format (radio, televisyen, permainan video, filem dan sebagainya) turut disebutkan sebagai suatu terbitan turunan atau sempalan (bahasa Inggeris: spin-off[2] atau spinoff[3]).
Gambaran umum
Penceritaan meranting ini telah lama wujud dalam alam Melayu melalui wayang kulit dengan adanya kisah-kisah disampaikan tok dalang dari cerita Hikayat Seri Rama atau ditokok tambah dari Hikayat Maharaja Wana yang asal namun masih ada menampilkan seberapa watak yang sama.[4][5][6]
Media moden yang mula menerapkan penceritaan ranting dicetuskan di dunia Barat pada tahun 1941 dengan tersiarnya rancangan radio The Great Gildersleeve (1941–1957) memaparkan watak Throckmorton P. Gildersleeve yang pernah muncul dalam siri komedi Fibber McGee and Molly di Amerika Syarikat.[7][8]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "sidequel". Doubletongued.org. December 4, 2006. Dicapai pada 28 Januari 2014.
- ^ Contohnya: Tucker, Ken (June 4, 2004). "The best (and worst) spin-offs". Entertainment Weekly. Dicapai pada 2016-03-15.
- ^ Contohnya: {{bulleted list |Kroll, Justin (27 Mac 2015). "Paramount Expanding 'Transformers' Universe with Spinoffs, Sequels". Variety. Dicapai pada 15 Mac 2016. |Zakarin, Jordan (6 Februari 2013). "'Star Wars' Spinoffs to Include Young Han Solo, Boba Fett (Report)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 15 Mac 2016.
- ^ Yousof, Ghulam Sarwar (2016). Traditional Malay Theatre (dalam bahasa Inggeris). PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. m/s. 35, 157–158. ISBN 978-967-0685-71-7.
- ^ Noriah Taslim (2004). Hikayat Seri Rama Versi Rakyat: teks dan proses lisan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 91.
- ^ Tengku Ahmad Hazri (2015). "Performance Art as an Instrument of Spiritual Contemplation: The Case of the Malay Wayang Kulit (Shadow Play)". ICR Journal. 6 (3): 371–87. doi:10.52282/icr.v6i3.317.
stories for the play are divided into the cerita pokok (trunk story) and the cerita-cerita ranting (branch stories), with the former being stories drawn from the original epic while the latter new stories presented as extensions of the original narrative...the cerita-cerita ranting use the same basic characters and main storyline, but are varied as pleased by the dalangs.
- ^ Dunning, John R (1998). On the Air: The Encyclopedia of Old Time Radio, Oxford University Press US, ISBN 0-19-507678-8, ms. 293.
- ^ Stewart, R.W. (3 Ogos 1941). "One Thing and Another". The New York Times. m/s. X10.
Gildersleeve has taken leave of his long-time fencing partner[,] Fibber McGee, and will be starred in his own show, "The Great Gildersleeve," beginning Aug. 31 at 6:30, p. M. on WEAF's hook-up. Harold Peary created the Gildersleeve...