Istilah Tentera Udara Taktikal (Tactical Air Force atau singkatan TAF) telah digunakan oleh tentera-tentera udara Komanwel British semasa peringkat akhir Perang Dunia II, bagi formasi lebih daripada satu Grup pesawat pejuang. Tentera udara taktikal bertujuan untuk mencapai penguasaan udara dan melaksanakan misi-misi serangan darat.
Tidak seperti Tentera Udara Bernombor Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (USAAF), Tentera Udara Taktikal tidak ditugaskan dengan keupayaan pengeboman strategik/pesawat pengebom berat. Situasi USAAF berubah pada hujung tahun 1943 apabila Tentera Udara Kedua Belas memindahkan pengebom beratnya ke Tentera Udara Kelima Belas yang baru ditubuhkan. Kemudian, apabila tentera udara Pihak Bersekutu di MTO telah disusun semula kepada Angkatan Udara Bersekutu Mediterranean (MAAF), Tentera Udara Ke-12 AS dan Tentera Udara Gurun RAF menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Taktikal Bersekutu Mediterranean dan Tentera Udara Ke-15 AS dan Grup No. 205 RAF menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Strategik Bersekutu Mediterranean. Tentera Udara Pesisiran Bersekutu Mediterranean juga merupakan sebahagian dari MAAF.
Organisasi ini, pelaksanaan, dan penyelarasan tentera udara strategik, taktikal, dan pesisiran diseluruh peringkat akhir PDII adalah berdasarkan pada amalan kejayaan model asal tri-force yang dipelopori sepenuhnya oleh Ketua Marsyal Udara Sir Arthur Tedder dan Marsyal Madya Udara Arthur Coningham semasa Kempen Gurun Barat PDII. Tri-force asal ini mengandungi Grup No. 205 (Pengebom Berat), Markas Udara Gurun Barat, dan Grup No. 201 (Kerjasama Tentera Laut) sebagai komponen strategik, taktikal, dan pesisiran. Coningham memerintah Markas Udara Gurun Barat dan bagi menyokong pasukan angkatan darat, beliau dan Tedder membangunkan beberapa ciri-ciri utama sokongan udara dekat yang masih diamalkan oleh angkatan tentera udara moden.
Tentera udara taktikal pertama yang dinamakan ialah Tentera Udara Taktikal Kedua RAF, yang diterima secara rasmi dalam Markas Pejuang RAF pada 1 Jun 1943, dengan nama "tentera udara taktikal" menggantikan nama asal "tentera udara ekspedisi".[1]
Empat tentera udara taktikal ialah:
- Tentera Udara Taktikal Pertama Australia
- Tentera Udara Gurun (kemudian dikenali sebagai Tentera Udara Taktikal Pertama) - Afrika Utara dan kemudian Itali
- Tentera Udara Taktikal Kedua RAF - Eropah Utara
- Tentera Udara Taktikal Ketiga RAF - Asia Selatan
Juga terdapat sebuah TAF A.S./Perancis, iaitu Tentera Udara Taktikal Pertama (Sementara), membantu Kumpulan Tentera Darat Ke-6, mengandungi Markas Udara XII Taktikal dan Kor Udara I Perancis (1er Corps Aerien Francais). TAF 1 (S) (Zaloga, Nordwind) mula beroperasi pada awal November 1944 dengan Mejar Jeneral Ralph Royce memerintah.[2] 1er CAF telah ditubuhkan ada 1 Disember 1944.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Notes
- ^ Royal Air Force, RAF Narrative on the Liberation of North West Europe (Maxwell AFB, Ala.: AFHRA, USAF Collection, call no. 512.041-38 vol. 1, IRIS no. 00895753, 1946), 8.
- ^ http://www.ibiblio.org/hyperwar/AAF/III/AAF-III-17.html
- ^ http://gaubs.free.fr/--DATES--/R%E9cit.htm