Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina | |
---|---|
Lambang Tentera Darat Bosnia | |
Diasaskan | 15 April 1992 |
Dibubarkan | 14 Disember 1995 |
Cabang khidmat | Tentera Darat Bosnia Tentera Udara dan Pertahanan Bosnia |
Ibu pejabat | Sarajevo, Republik Bosnia dan Herzegovina |
Kepimpinan | |
Panglima Tertinggi | Presiden Alija Izetbegović |
Menteri Pertahanan | Munib Bisić |
Komander | Jeneral Sefer Halilović (1992-1993) Jeneral Rasim Delić (1993-1995) |
Kakitangan aktif | 90-120,000 ~230,000 (pada 1995) |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | |
Pangkat | Pangkat dan lambang ketenteraan Bosnia dan Herzegovina |
Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (Bahasa Bosnia: [Armija Republike Bosne i Hercegovine (ARBiH) /] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) Армија Републике Босне и Херцеговине (АРБиХ) ) merupakan pasukan tentera bagi Republik Bosnia dan Herzegovina yang ditubuhkan oleh kerajaan Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 berikutan tercetusnya Perang Bosnia. Berikutan dengan tamatnya peperangan dan tandatangan dalam Perjanjian Dayton pada tahun 1995, ia ditukarkan menjadi Tentera Darat Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. ArBiH merupakan satu-satunya pasukan tentera di wilayah Bosnia dan Herzegovina yang diakui sebagai sah oleh kerajaan-kerajaan lain. Di bawah Undang-undang Pembaharuan Pertahanan Negara, Angkatan Tentera Bosnia dan Herzegovina disatukan di bawah struktur tunggal, OSBiH, menjdikan entiti tentera tidak berfungsi.[1][2]
Sejarah
Penubuhan dan komposisi
Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina dibentuk pada 15 April 1992 semasa hari-hari awal Perang Bosnia.[3] Sebelum ARBiH diwujudkan secara rasmi, beberapa kumpulan pertahanan paramiliter dan pertahanan awam telah ditubuhkan. Liga Patriotik (PL) dan Angkatan Pertahanan Wilayah Republik Bosnia dan Hercegovina (TORBIH) adalah tentera rasmi sementara paramilitari seperti unit Zelene Beretke (Green Beret) dan Crni Labudovi (Black Swans) juga aktif. Kumpulan lain yang tidak teratur termasuk kumpulan mafia Bosnia, termasuk juga kumpulan polis dan bekas tentera Tentera Darat Rakyat Yugoslavia.
Tentera dibentuk dalam keadaan buruk, dan mengalami bekalan senjata yang sangat terbatas. Kekurangan kritikal termasuk kereta kebal dan persenjataan berat lainnya. Panglima tentera pertama adalah Sefer Halilović.
1992
Pada tahun 1992, 70% daripada Bosnia dikawal oleh JNA (Tentera Darat Rakyat Yugoslavia), dan kemudian di bawah VRS (Tentera Darat Serb Bosnia). Sarajevo telah dikepung. ARBiH telah mempertahankan Sarajevo dengan persenjataan ringan. Tentera darat telah dikelilingi dan pemindahkan bekalan sukar dilakukan.
1993
1993 menyaksikan tiada perubahan besar dalam barisan hadapan menentang Serbia. Sebaliknya, tahun ini menandakan permulaan perang Croat-Bosniak di Bosnia Tengah dan Herzegovina, terutamanya di wilayah Mostar. Ditekan dan dikepong oleh pasukan Serb Serbia yang bersenjata lengkap di Bosnia-Hercegovina dan Croatia, pasukan Croat-HVO (Majlis Pertahanan Kroasia) mengalihkan perhatian mereka dari mempertahankan bahagian Bosnia mereka dari Serbia untuk cuba menawan wilayah yang masih dipegang oleh Tentara Bosnia. Ia dipercayai secara meluas bahawa ini disebabkan perjanjian Karađorđevo yang dicapai antara presiden Slobodan Milošević dan Franjo Tuđman untuk memecah Bosnia antara Croatia dan Serbia. Untuk mmelakukan ini, tentera Croatia perlu mengalahkan Tentera Bosnia, kerana wilayah yang mereka mahukan berada di bawah kawalan kerajaan Bosnia. HVO pembabitan besar dari Tentera Republik Croatia dan sokongan material dari Serbia, menyerang penduduk awam Bosniak di Herzegovina dan di Bosnia tengah memulakan pembersihan etnis wilayah Bosniak yang berpenduduk (contohnya pembersihan etnis Lembah Lašva). Tentera Bosnia yang kurang bersenjata, bertempur di dua perbatasan, dapat menangkis puak Croats dan mendapatkan wilayah terhadap mereka di setiap perbatasan. Pada masa ini, disebabkan kedudukan geografinya, Bosnia dikelilingi oleh pasukan Croat dan Serbia dari semua arah. Tidak ada cara untuk mengimport senjata atau makanan. Apa yang menyelamatkan Bosnia pada masa ini adalah kompleks perindustriannya yang luas (keluli dan industri berat yang lain), yang mampu beralih kepada pengeluaran ketenteraan. Selepas peperangan yang pendek tetapi berdarah, dan sebaik sahaja Croats sedar bahawa perkongsian mereka dengan Serbia tidak akan membawa mereka apa-apa keuntungan wilayah, mereka bersetuju dengan perjanjian keamanan "Washington Treaty" pimpinan AS. Sejak itu, pasukan kerajaan Croatia dan Bosnia bertempur sebagai sekutu menentang Serbia.
1994
Sebuah perikatan baru antara HVO dan ARBiH telah dipersetujui, dengan objektif untuk menubuhkan pasukan tentera yang kuat yang mampu melawan tentera VRS yang lebih kuat dan memiliki kelengkapkan dengan lebih baik. Pada waktu ini, perundingan damai sering dilakukan.
1995
Walaupun kehilangan beberapa kawasan enklaf, terutama Srebrenica, 1995 ditandai oleh serangan HVO dan ARBiH dan kemudiannya oleh campur tangan NATO. Berikutan Persetujuan Split, Tentera Darat Croatia, dengan kerjasama ARBiH dan HVO, melancarkan beberapa operasi: Flash, Musim Panas '95, Ribut dan Mistral 2. Sementara tentera Bosnia melancarkan operasi seperti Operasi Sana. Tentera Bosnia dan Croat menyerang dalam fasa ini, menawan seluruh Bosnia barat, dan ibu kota Serb, Banja Luka terancam dengan serius, sehingga rundingan damai menghentikan pertumpahan darah.
Dalam tempoh Ogos-Disember 1995, tentera Serb dikalahkan dan dihalau keluar dari kawasan majoriti Croatia dan Bosnia Barat, dan penduduk etnik Serbia melarikan diri dari bahagian-bahagian ini.
Berikutan pembunuhan beramai-ramai Markale kedua, campur tangan NATO dilancarkan, yang memusnahkan banyak infrastruktur VRS hanya dalam tempoh beberapa hari (Operasi Kuasa Sengaja). Perang berakhir dengan menandatangani Perjanjian Dayton.
Kor Tentera Darat dan Pegawai Memerintah
Tentera dibahagikan kepada beberapa Kor, setiap satunya ditempatkan di wilayah tertentu. Pada tahun 1993, kebanyakan briged telah dinamakan semula sebagai tentera Gunung kerana kekurangan senjata berat menjadikannya tidak berguna untuk menyenaraikan mereka sebagai infantri atau bermotor. Di samping itu, medan Bosnia memberi kelebihan pada infantri ringan mengatasi formasi tentera berperisai dan mekanik.
Sebelum perang
Nama | Ibu pejabat | Maklumat |
---|---|---|
TO RBIH | Sarajevo | Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Hercegovina (Teritorijalna odbrana Bosne i Hercegovine (TO BiH) merupakan angkatan bersenjata pertama Bosnia dan Herzegovina pada permulaan Perang Bosnia. Yang akhirnya berubah menjadi Tentera Darat Republik Bosnia Dan Herzegovina. |
Liga Patriotik | Sarajevo | Liga Patriotik merupakan unit para-tentera pertama Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Herzegovina.[4] Dibentuk pada Mac 1991. |
Zelene beretke | Sarajevo | "Green Berets" merupakan organisasi para-tentera yang diasaskan di Sarajevo pada awal tahun 1992. Mereka telah diserap masuk ke Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina yang baru ditubuhkan pada bahagian kedua tahun 1992. |
Black Swans (pasukan khas) | Sapna, Konjic | Black Swans (Bahasa Bosnia: [Crni Labudovi] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah unit pasukan khas bagi Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Hercegovina .. |
Perang
Kor
Nama | Ibu pejabat | Maklumat |
---|---|---|
Kor Pertama | Sarajevo | Kor ini adalah yang pertama dibentuk pada tahun 1992 dan berkhidmat bagi melindungi Sarajevo semasa pengepungan. |
Kor Kedua | Tuzla | Kor ini dibentuk pada tahun 1992 dan mencapai kejayaan besar bagi mempertahankan kawasan Tuzla dan dalam operasi seperti "Operasi Vozuća". Ia adalah satu-satunya kor yang mempunyai hubungan langsung pada satu masa semasa perang dengan Divisyen 81 Bebas. |
Kor Ketiga | Zenica | Kor telah dibentuk pada tahun 1992 dan kerana perubahan cepat dalam pertempuran, bandar-bandar seperti Vareš dibebaskan. |
Kor Keempat | Mostar | Kor ini terkenal dengan kejayaan mempertahankan kota Mostar. Kor telah dibentuk pada tahun 1992 dan juga bekerjasama dengan Pasukan Pertahanan Croatia. |
Kor Kelima | Bihać Sanski Most (1995) |
Kor 5 yang ditubuhkan pada tahun 1992 adalah salah satu kor yang paling teratur dalam tentera. Mereka membebaskan banyak wilayah Republik Bosnia dan Herzegovina dalam operasi seperti: Operasi Mistral 2, Operasi Ribut dan Operasi Sana. |
Kor Keenam | Konjic | Dibentuk pada 9 Jun 1993. Dibubarkan pada Februari 1994, beberapa unit yang dimasukkan ke dalam Kor 7 dan selebihnya di Kor 4. |
Kor Ketujuh | Jajce, Travnik | Kor adalah salah satu yang paling penting kerana ia membebaskan banyak wilayah. Kejayaan terbesarnya ialah menawan gunung Vlašić. |
Grup Operasi Bosnia Timur kemudian, Divisyen Bebas Podrinje ke-28 | Srebrenica | Ini tidak diklasifikasikan sebagai kor sebaliknya sebagai divisi bebas kerana tidak dihubungkan dengan mana-mana kor. Tugas unit ini adalah membebaskan wilayah di sekitar kawasan Srebrenica. |
Grup Operasi Bosnian Timur kemudian, Divisyen Bebas Podrinje ke-81 | Goražde | Ini tidak diklasifikasikan sebagai kor sebaliknya divisyen bebas kerana tidak dihubungkan dengan mana-mana kor. Tugas unit ini adalah membebaskan wilayah sekitar kawasan Goražde. |
Polis Tentera dan Pasukan Khas
Nama | Ibu pejabat | Maklumnat |
---|---|---|
Polis Tentera RBIH | Sarajevo | Ini adalah pasukan polis rasmi di negeri ini dari tahun 1992 hingga 1995. |
Briged Pengawal Delta | Sarajevo | Unit pasukan khas, di bawah kawalan presiden, yang terlibat dalam pertempuran di sekitar Sarajevo. |
Skuad Polis Khas "Bosna" | Sarajevo | Pasukan polis khas utama, secara langsung di bawah kawalan jawatan presiden. |
Black Swans (Digabungkan dalam ARBIH sebagai sebuah pasukan khas yang bebas.) | Sarajevo | Selepas penubuhan ARBIH, unit mendapat status "pasukan tugasan khas". |
Markas Tinggi Dokrin Ketenteraan | Sarajevo | Ini adalah pasukan penyelidik doktrin tentera semasa perang. |
Jeneral Staff Bosnia
- Alija Izetbegović (Komander Tertinggi Angkatan Tentera Bosnia)
- Hasan Efendić (Komander Pertama Pasukan Pertahanan Simpanan Republik Bosnia dan Hercegovina)
- Sefer Halilović (Ketua Staf bagi Staf Utama dan Komander Tentera Darat Bosnia 1992-1993)
- Rasim Delić (Komander Staf Utama dan Komander Tentera Darat Bosnia 1993-1995)
- Jovan Divjak (Timbalan Komander ARBIH1992-1995)
- Stjepan Šiber (Timbalan Komander ARBIH 1992-1995)
Komander Kor
- Mustafa Hajrulahović Talijan (Komander pertama bagi Kor Pertama)
- Vahid Karavelić (Komander kedua bagi Kor Pertama)
- Nedžad Ajnadžić (Komander ketiga bagi Kor Pertama)
- Željko Knez (Komander pertama bagi Kor Kedua)
- Hazim Šadić (Komander kedua bagi Kor Kedua)
- Sead Delić (Komander ketiga bagi Kor Kedua)
- Enver Hadžihasanović (Komander Pertama bagi Kor Ketiga)
- Mehmed Alagić (Komander ketiga bagi Kor Ketiga, Komander pertama bagi Kor Ketujuh)
- Kadir Jusić (Komander ketiga bagi Kor Ketiga)
- Sakib Mahmuljin (Komander keempat bagi Kor Ketiga)
- Arif Pašalić (Komander Pertama bagi Kor Keempat)
- Sulejman Budaković "Tetak" (Komander kedua bagi Kor Keempat)
- Ramiz Dreković (Komander Pertama Kor Kelima, Komander ketiga bagi Kor Keempat)
- Atif Dudaković (Komander kedua bagi Kor Kelima)
- Salko Gušić (Komander Pertama bagi Kor Keenam)
- Galib Hodžić (Komander kedua bagi Kor Keenam)
- Zaim Imamović (Komander Grup Operasi Bosnia Timur)
- Blaž Kraljević (Komander HOS dan anggota dalam Ketua Staf Tentera Darat Bosnia)
- Mustafa Polutak (Komander keempat bagi Kor Keempat)
- Dino Aljić (Briged Pengawal "Delta" dan Komander Briged Muslim 117)
Peralatan
- Senarai peralatan:[5]
Senjata infantri dalam Tentera Darat Bosnia dan Herzegovina
Raifal serangan dan mesingan
Nama | Asal | Jenis | Nota |
---|---|---|---|
MG42 | Jerman | Mesingan | Model Perang Dunia II |
Zastava M53 | Yugoslavia | Mesingan | Didapati daripada berek lama JNA, jumlah besar |
Mesingan M2 Browning | Amerika Syarikat | Mesingan | Dirampas |
DShK | Kesatuan Soviet | Mesingan | Dirampas dan diseludup |
Mesingan NSV | Kesatuan Soviet | Mesingan | Dirampas, dalam jumlah kecil |
M48 Mauser | Yugoslavia | Raifal tindakan bolt | Beberapa digunakan sebagai raifal penembak tepat, dipasang dengan pajera teleskopik ZRAK 4x32 |
PAP M59/66 | Yugoslavia | Raifal separuh automatik | Dalam jumlah besar, digunakan sebagai raifal penembak tepat oleh para tentera |
Zastava M72 | Yugoslavia | Raifal serbuan | Dalam kuantiti besar |
Zastava M76 | Yugoslavia | Raifal penembak tepat | Dirampas/ diseludup |
Heckler & Koch MP5 | Jerman | Submesingan | |
AK-47 dan terbitannya | Kesatuan Soviet | Raifal serbuan | Dalam jumlah besar, kebanyakan dibuat oleh Romania |
Zastava M70 | Yugoslavia | Raifal serbuan | Dalam kuantiti besar |
Škorpion vz. 61 | Yugoslavia | Submesingan | Direka sebagai M84 Škorpion |
Raifal Dragunov | Kesatuan Soviet | Raifal penembak tepat | Diseludup |
G3 | Jerman | Raifal serbuan | Dalam jumlah kecil |
Zastava M84 | Yugoslavia | Mesingan | Dalam jumlah besar |
Zastava M80 | Yugoslavia | Raifal serbuan | |
Submesingan Thompson | Amerika Syarikat | Submesingan | Dalam jumlah kecil (Diambil daripada berek-berek lama JNA) |
Pistol
Pistol | Asal | Jenis | Versi | Nota |
---|---|---|---|---|
Pistol TT | Kesatuan Soviet | Pistol | ||
CZ-99 | Yugoslavia | Pistol |
Senjata anti kereta kebal
Nama | Asal | Jenis | Versi | Nota |
---|---|---|---|---|
M80 Rocket Launcher | Yugoslavia | Pelancar roket | 64 mm | |
M79 Osa | Yugoslavia | Pelancar roket | 90 mm | |
AT-3 Sagger | Kesatuan Soviet | Peluru berpandu anti kereta kebal | ||
HJ-8 | Republik Rakyat China | Peluru berpandu anti kereta kebal | Baktar-Shikan, HJ-8E | Dibekalkan kepada ARBiH pada tahun 1993-1995 |
RPG-7 | Kesatuan Soviet | Grenad dipandu roket | ||
M90 | Yugoslavia | Pelancar roket | 120 mm |
Artileri
Artileri | Asal | Jenis | Versi | Nota |
---|---|---|---|---|
D-30 | Kesatuan Soviet | Howitzer | D-30J | Dirampas |
BM-21 Grad | Kesatuan Soviet | Pelancar roket berganda | BM-21 Grad/RM-70 | |
M-63 | Yugoslavia | Pelancar roket berganda | M-63 Plamen | |
M-77 | Yugoslavia | Pelancar roket berganda | M-77 Oganj | |
M-87 | Yugoslavia | Pelancar roket berganda | Beberapa unit | |
Pelancar roket berganda Type 63 | Republik Rakyat China | Pelancar roket berganda | Dalam jumlah besar |
Kereta kebal utama
Kereta kebal | Asal | Jenis | Nota |
---|---|---|---|
T-34 | Kesatuan Soviet | Kereta kebal utama | 46 buah |
M-84 | Yugoslavia | Kereta kebal utama | Ditawan, 3 buah kenderaan |
T-55 | Kesatuan Soviet | Kereta kebal utama | 60 buah |
PT-76 | Kesatuan Soviet | Kereta kebal ringan | |
M47 Patton | Amerika Syarikat | Kereta kebal utama | 13 |
Kenderaan pembawa anggota berperisai
APC | Asal | Nota |
---|---|---|
BVP M-80 | Yugoslavia | |
OT M-60 | Yugoslavia | |
BOV (APC) | Yugoslavia | daripada polis dan ditawan daripada VRS |
BRDM-2 | Kesatuan Soviet | ~3 buah |
Artileri anti pesawat gerak sendiri
Sistem | Asal | Nota |
---|---|---|
ZSU-57-2 | Kesatuan Soviet | <10 buah |
M53/59 Praga | Republik Czech | <5 buah |
Artileri anti pesawat
Sistem | Asal | Nota |
---|---|---|
Bofors 40 mm | Sweden | |
ZU-23-2 | Kesatuan Soviet | Banyak digunakan untuk memusnahkan sasaran darat |
Artileri Gerak Sendiri
Sistem | Asal | Nota |
---|---|---|
2S1 Gvozdika | Kesatuan Soviet | (ditawan pada 1994-95) |
Pemusnah kereta kebal M36 | Amerika Syarikat | |
M18 Hellcat | Amerika Syarikat |
Rujukan
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-16. Dicapai pada 2014-05-05. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ http://www.mod.gov.ba/OS_BIH/struktura/Operativna_komanda/ Diarkibkan Mei 16, 2016, di Wayback Machine
- ^ www.armijarbih.co.ba/barmy.php
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2014-08-23. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ http://www.vojska.net/eng/armed-forces/bosnia-and-herzegovina/army/[pautan mati kekal]