1. Armee Tentera Darat Pertama | |
---|---|
Aktif | 1939–45 |
Negara | Jerman Nazi |
Cawangan | Tentera Darat |
Jenis | Tentera darat medan |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Tentera Darat Pertama (Jerman: 1. Armee ) adalah sebuah tentera darat medan Jerman dalam Perang Dunia II.
Sejarah kombat
Tentera Darat 1 telah diaktifkan pada 26 Ogos 1939, dengan Jeneral Erwin von Witzleben sebagai Panglima. Misi utamanya ialah mengawal pertahanan barat Jerman daripada tentera Bersekutu disepanjang Garis Maginot, menjadikannya lawan utama semasa Penyerangan Saar Perancis yang singkat. Semasa pertempuran Perancis, tentera darat ini terlibat dalam pemecahan akhir garisan pertahanan itu. Selepas peletakkan senjata Perancis ia menghabiskan masa sehingga pertengahan tahun 1944 melindungi pantai Atlantik Perancis daripada serangan laut yang mungkin. Berikutan pencerobohan Normandy pada Jun 1944, tentera darat ini disusun semula di Lorraine selepas satu pengunduran tergesa-gesa bersama keseluruhan bala tentera Jerman di seluruh Perancis pada Ogos 1944. Semasa pertempuran disepanjang sempadan Jerman, Tentera Darat 1 cuba menghalang Tentera Darat Ketiga AS daripada menyeberangi Sungai Moselle dan menawan Metz sementara juga cuba mempertahankan Pergunungan Vosges utara daripada Tentera Darat Ketujuh AS.
Pada November 1944, kedua-dua garisan defensif telah pecah dan Tentera Darat 1 berundur ke sempadan Jerman dan mempertahankan Saarland Jerman, sebuah wilayah industri yang penting. Dengan Tentera Darat Ke-3 A.S. yang bergerak ke utara menentang Penyerangan Ardennes Jerman, Tentera Darat 1 menyerang Tentera Darat Ke-7 A.S. pada Hari Tahun Baru 1945 dalam Operasi Nordwind, menyebabkan pihak Amerika berundur dan menyebabkan korban besar dimana garisan defensif Tentera Darat Ke-7 A.S. yang memanjang jauh dengan bidang hadapan yang harus mereka lindungi. Dengan kegagalan Nordwind pada akhir Januari, Tentera Darat 1 adalah yang pertama ditolak kembali ke Garis Siegfried dan kemudian dipaksa berundur melepasi Sungai Rhine apabila pihak Sekutu menembusi perkubuan Jerman. Selepas itu, Tentera Darat Pertama membuat pengunduran ke Sungai Danube sebelum menyerahkalah berhampiran Alps pada 6 Mei 1945.
Para Panglima
- Generaloberst Erwin von Witzleben (26 Ogs 1939 – 23 Okt 1940)
- Generaloberst Johannes Blaskowitz (24 Okt 1940 – 2 Mei 1944)
- General der Panzertruppe Joachim Lemelsen (3 Mei 1944 – 3 Jun 1944)
- General der Infanterie Kurt von der Chevallerie (4 Jun 1944 – 5 Sep 1944)
- General der Panzertruppe Otto von Knobelsdorff (6 Sep 1944 – 29 Nov 1944)
- General der Infanterie Hans von Obstfelder (30 Nov 1944 – 2 Feb 1945)
- General der Infanterie Hermann Foertsch (28 Feb 1945 – 4 Mei 1945)
- General der Kavallerie Rudolf Koch-Erpach (6 Mei 1945 – 8 Mei 1945)
Ketua-Ketua Staf
- Generalmajor Friedrich Mieth (26 Mei 1939 - 5 Feb 1940)
- Generalmajor Carl Hilpert (5 Feb 1940 - 25 Okt 1940)
- Oberst Edgar Röhricht (25 Okt 1940 - 16 Jun 1942; dinaikkan pangkat ke Generalmajor 1 Feb 1942)
- Generalmajor Anton-Reichard von Mauchenheim genannt Bechtolsheim (16 Jun 1942 - 1 Ogs 1943)
- Oberst Gerhard Feyerabend (1 Ogs 1943 - 10 Sep 1944; dinaikkan pangkat ke Generalmajor 1 Feb 1944)
- Oberst Willi Mantey (10 Sep 1944 - 7 Dis 1944)
- Oberst Walter Reinhard (7 Dis 1944 - 20 Feb 1945)
- Generalmajor Wolf Rüdiger Hauser (20 Feb 1945 - 8 Mei 1945)
Penugasan dan Penyerapan ke Unit Lebih Besar
- 26 Ogs 1939 Kumpulan Tentera Darat C
- 27 Okt 1940 Kumpulan Tentera Darat D
- 13 Mei 1944 Kumpulan Tentera Darat G
- 12 Ogs 1944 Kumpulan Tentera Darat B
- 8 Sep 1944 Kumpulan Tentera Darat G
Senarai tempur
Unit bawahan | |
---|---|
1939 | |
9 Sep | Kor IX Kor XXIV Kor XII |
1940 | |
10 Mei | Kor XII Kor XXIV Kor XXX Kor XXXVII |
Lihat juga
- Tentera Darat Pertama (Empayar Jerman) untuk formasi yang setaraf dalam Perang Dunia I