Tentera Darat Austria-Hungary | |
---|---|
Aktif | 1867–1918 |
Kesetiaan | Austria-Hungary |
Cawangan | Angkatan Tentera Austria-Hungary |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 7,800,000 pada 1917[perlu rujukan] |
Pertempuran |
Tentera Darat Austria-Hungary (Jerman: Landstreitkräfte Österreich-Ungarns ; Hungary: Császári és Királyi Hadsereg ) adalah angkatan darat Dwi Monarki Austria-Hungary dari tahun 1867 hingga 1918. Ia terdiri daripada tiga bahagian: tentera darat bersama (Gemeinsame Armee, "Tentera Darat Bersama", di rekrut dari semua tempat di negara ini), Landwehr Imperial Austria (di rekrut dari Cisleithania), dan Royal Hungarian Honved (di rekrut dari Transleithania).
Berikutan pertempuran antara Empayar Austria dan Kerajaan Hungary dan diikuti kewujudan tidak selesa selama dua dekad, askar-askar Hungary berkhidmat samada dalam unit campuran atau ditempatkan jauh dari kawasan Hungary. Dengan Kemuafakatan Austria-Hungary 1867 tentera darat tiga pihak yang baru telah ditubuhkan. Ia wujud sehingga pembubaran Empayar Austria-Hungary selepas Perang Dunia I pada tahun 1918.
Unit-unit "Tentera Darat Diraja dan Imperial" bersama (kaiserlich und königliche Armee atau k.u.k.) pada umumnya kurang terlatih dan mempunyai akses yang sangat terhad kepada peralatan kerana kerajaan-kerajaan bahagian empayar Austria dan Hungary lebih suka membiayai unit mereka sendiri daripada melengkapkan ketiga-tiga cabang tentera darat secara sama rata. Kesemua rejimen Landwehr dan Honvédség mengandungi tiga batalion, manakala rejimen k.u.k. tentera darat bersama mempunyai empat batalion.
Pakaian seragam infantri berwarna putih telah digantikan pada separuh akhir abad ke-19 dengan tunik biru gelap,[1] yang seterusnya digantikan oleh pakaian seragam kelabu pike digunakan pada peringkat awal Perang Dunia I. Pada September 1915, kelabu medan telah diguna pakai sebagai warna rasmi pakaian seragam baru.[2]
Anggota terakhir Tentera Darat Austria-Hungary yang diketahui terselamat ialah veteran Perang Dunia I Franz Künstler, yang meninggal dunia pada Mei 2008 semasa berusia 107 tahun.
Lihat juga
- Pangkat dan insignia Tentera Darat Austria-Hungary
- Army Slav
- Tentera Darat Pertama Austria-Hungary dalam Perang Dunia I
- Perbandingan pangkat tentera Persng Dunia I
- Tentera Darat Diraja dan Imperial semasa Perang Napoleon
- Senarai Kolonel Jeneral Austria-Hungary
- Darjah, anugerah, dan pingat kebesaran Austria-Hungary
- Senarai Fil Marsyal Austria-Hungary
- Senjata-senjata Empayar Austria-Hungary
- The Good Soldier Švejk
Rujukan
- ^ Rothenberg, G. (1976). The Army of Francis Joseph. West Lafayette, IN: Purdue University Press. m/s. 83. ISBN 0911198415.
- ^ Rothenberg 1976, m/s. 193.
Bacaan lanjut
- Bassett, Richard. For God and Kaiser: The Imperial Austrian Army, 1619-1918 (2016).
Dalam bahasa Jerman
- Brüch, Oskar; Dirrheimer, Günter (1997). Das K.u.k. Heer 1895. Schriften des Heeresgeschichtlichen Museums in Wien. Graz: Leopold Stocker. ISBN 3-7020-0783-0.
- Lichem, Heinz von (1977). Spielhahnstoß und Edelweiß. Graz: Stocker Verlag. ISBN 370200260X.
- Lichem, Heinz von (1985). Der Tiroler Hochgebirgskrieg 1915–1918. Berwang (Tirol): Steiger Verlag. ISBN 3854230524.
- Lohmeyer, Julius (1887). Das Militärbilderbuch: Die Armeen Europas. Glogau o.J.: Carl Flemming Verlag.
- Allmeyer-Beck; Lessing (1974). Die K.u.K. Armee 1848–1918. München: Bertelsmann.
- Rest; Ortner; Ilmig (2002). Des Kaisers Rock im 1. Weltkrieg. Wien: Verlag Militaria. ISBN 3950164200.
- Schreiber, Georg (1967). Des Kaisers Reiterei. Wien: Verlag Kremayr & Scheriau.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Darat Austria-Hungary |
- A webpage, which is devoted to Austro-Hungarian Army. Detailed informations about: Organisation, biographies of the leaders, uniforms, and detailed weapon statistics
- Austro-Hungarian Army, by Glenn Jewison & Jörg C. Steiner
- Austro-Hungarian Military Ranks at Uniforminsignia.net
- Generals of Austria and Hungary, 1816-1918 Diarkibkan 2008-02-28 di Wayback Machine (Jerman)
- Antique Photography & Postcards of Austro-Hungarian army 1866-1918 (Inggeris)