Tengku Putera Tengku Awang | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan bagi Kuala Berang | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Ahli Dewan Undangan bagi Telemung | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Kepah, Mukim Hulu Telemung, Hulu Terengganu, Terengganu | 14 Jun 1959
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | To' Puan Halijah Ali |
Anak | 5 orang |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Yang Mulia Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang (lahir 14 Jun 1959) merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Kewangan. [1]
Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Kampung Kepah, Mukim Hulu Telemung, Hulu Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan Alumni SMK Tengku Ampuan Intan dan pernah berguru dengan Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Allahyarham Dato' Razali Ismail semasa di Tingkatan 4 dan 5 Putera merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan kemudiannya menceburi kerjaya dalam bidang perbankan.[1]
Politik
Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995[1] dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.
Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.
Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Halijah Ali dan mempunyai lima orang anak;
- Tengku Muhammad Haphiz
- Tengku Norhafizah
- Tengku Norhakimah
- Tengku Norhidayah
- Tengku Muhammad Hakimi
Lihat Juga
Rujukan
- ^ a b c "TENGKU PUTERA TENGKU AWANG". Sinar Harian. 7 Julai 2018 – melalui http://pru.sinarharian.com.my. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)