Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah DK II, SSMT (Terengganu) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja | |||||||||||||
Keputeraan | Tengku Badrul Hisham @ Baharuddin bin Tengku Mahmud 20 Disember 1976 Terengganu, Malaysia | ||||||||||||
Pasangan | 1 Orang | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | Tengku Muhammad Ashman Tengku Muhammad Ariesh Tengku Muhammad Ozaer Tengku Muhammad Adreez Tengku Muhammad Mahmud Akbar Nasreddine Haqqani | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Bendahara | ||||||||||||
Kerabat | Terengganu | ||||||||||||
Wangsa | Tun Habib Abdul Majid al-Idrus | ||||||||||||
Ayahanda | Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah | ||||||||||||
Bonda | Cik Khadijah binti Abdullah Alsagoff | ||||||||||||
Agama | Sunni Islam | ||||||||||||
Kerabat Diraja Terengganu |
Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Jawi: بريݢيديار جينرل داتوء سري تڠكو بحرالدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاهdiputerakan 20 Disember 1976) ialah Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu.
Beliau merupakan adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kehidupan awal dan pendidikan
Tengku Baharuddin diputerakan pada 20 Disember 1976 di Terengganu. Beliau adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu bersama Cik Khadijah.
Tengku Baharuddin memiliki sijil dalam Pengurusan Hotel dari Singapore Hotel and Tourism Education Centre (SHATEC) pada tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Perniagaan Pelancongan (Pemasaran) di University of De Montfort, United Kingdom pada tahun 1996.[1]
Kerjaya
Tengku Baharuddin adalah Pengarah beberapa Anak Syarikat Kumpulan dan juga menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat Swasta. Beliau adalah bekas pengarah Haison Resource Bhd dari 2008 hingga 2016.[2]
Darjah kebesaran
Tengku Baharuddin telah dikurniakan:
Terengganu :
Ahli Darjah Kedua Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK II)
Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) membawa gelaran Dato' Seri[3]