Tempoh Glasier Terakhir, juga dikenali dalam bahasa sehari-hari sebagai Zaman Air Batu Terkini atau sekadar Zaman Air Batu sahaja,[1] berlaku sejak penghujung Tempoh Antara Glasier Terakhir sehingga ke akhir peristiwa Dryas Muda, merangkumi tempoh s. 115,000 – s. 11,700 tahun dahulu.
Tempoh Glasier Terakhir merupakan sebahagian daripada jujukan tempoh glasier dan tempoh antara glasier yang lebih besar yang dikenali sebagai pengglasieran Kuaterner yang bermula sekitar 2,588,000 tahun lalu dan masih sedang berlangsung.[2] Takrifan tempoh Kuaterner bermula 2.58 juta tahun dahulu (Mya) adalah berdasarkan pembentukan litupan ais Artik. Lembar ais Antartika mula terbentuk lebih awal, kira-kira 34 Mya, pada pertengahan era Senozoik (peristiwa kepupusan Eosen–Oligosen). Istilah Zaman Air Batu Senozoik Akhir digunakan untuk memasukkan fasa awal ini.[3] Zaman air batu sebelum ini yakni Tempoh Glasier Penultima yang berakhir kira-kira 128,000 tahun yang lalu, merupakan zaman air batu yang lebih teruk berbanding Tempoh Glasier Terakhir di beberapa kawasan seperti Britain, tetapi kurang teruk di kawasan lain.
Semasa tempoh glasier terakhir ini, beberapa episod antara pemaraan glasier dan pengunduran glasier berlaku secara bergantian. Dalam tempoh glasier terakhir, Maksimum Glasier Terakhir berlaku antara 26,000 dan 20,000 tahun sebelum masa kini. Walaupun corak umum penyejukan global dan pemaraan glasier adalah serupa, perbezaan tempatan dari segi perkembangan mara dan undurnya glasier menjadikan pembandingan butiran dari benua ke benua sukar (lihat gambar data teras ais berikut untuk perbezaan). Sekitar 12,800 tahun yang lalu, tempoh Dryas Muda yang merupakan epok glasier terbaharu bermula, dan ia merupakan penamat kepada tempoh glasier 100,000 tahun sebelumnya. Penghujungnya kira-kira 11,550 tahun lalu menandakan permulaan Holosen yang merupakan epok geologi semasa.
Dari sudut pandangan arkeologi manusia, Tempoh Glasier Terakhir jatuh pada zaman Paleolitik dan awal Mesolitik. Apabila peristiwa pengglasieran bermula, Homo sapiens terhad kepada latitud yang lebih rendah dan menggunakan alat yang setanding dengan alatan yang digunakan oleh makhluk Neanderthal di barat dan tengah benua Eurasia, serta alatan yang digunakan oleh makhluk Denisovans dan Homo erectus di Asia.
Rujukan
- ^ "The history of ice on Earth". New Scientist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-17.
- ^ Clayton, Lee; Attig, John W.; Mickelson, David M.; Johnson, Mark D.; Syverson, Kent M. "Glaciation of Wisconsin" (PDF). Dept. Geology, University of Wisconsin.
- ^ University of Houston–Clear Lake – Disasters Class Notes – Chapter 12: Climate Change sce.uhcl.edu/Pitts/disastersclassnotes/chapter_12_Climate_Change.doc
Bacaan lanjut
- Bowen, D.Q. (1978). Quaternary geology: a stratigraphic framework for multidisciplinary work. Oxford UK: Pergamon Press. ISBN 978-0-08-020409-3.
- Ehlers, J.; Gibbard, P. L., penyunting (2004). Quaternary Glaciations: Extent and Chronology 2: Part II North America. Amsterdam: Elsevier. ISBN 978-0-444-51462-2.
- Ehlers, J.; Gibbard, P. L., penyunting (2004). Quaternary Glaciations: Extent and Chronology 3: Part III: South America, Asia, Africa, Australia, Antarctica. Amsterdam: Elsevier. ISBN 978-0-444-51593-3.
- Gillespie, A. R., Porter, S. C.; Atwater, B. F. (2004). The Quaternary Period in the United States [of America]. Developments in Quaternary Science. 1. Amsterdam: Elsevier. ISBN 978-0-444-51471-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Harris, A. G.; Tuttle, E.; Tuttle, S. D. (1997). Geology of National Parks (ed. 5th). Iowa: Kendall/Hunt. ISBN 978-0-7872-5353-0.
- Kuhle, M. (1988). "The Pleistocene Glaciation of Tibet and the Onset of Ice Ages – An Autocycle HypothesisGeoJournal". GeoJournal. 17 (4): 581–596. doi:10.1007/BF00209444. S2CID 129234912.
- Mangerud, J.; Ehlers, J.; Gibbard, P., penyunting (2004). Quaternary Glaciations : Extent and Chronology 1: Part I Europe. Amsterdam: Elsevier. ISBN 978-0-444-51462-2.
- Sibrava, V.; Bowen, D.Q; Richmond, G. M. (1986). "Quaternary Glaciations in the Northern Hemisphere". Quaternary Science Reviews. 5: 1–514. doi:10.1016/S0277-3791(86)80002-6.
- Pielou, E. C. (1991). After the Ice Age : The Return of Life to Glaciated North America. Chicago IL: University Of Chicago Press. ISBN 978-0-226-66812-3.