Gelaran | Harimau Malaya Skuad Kebangsaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketua jurulatih | Tan Cheng Hoe | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kapten | Aidil Zafuan[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kaps terbanyak | Soh Chin Aun (224) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjaring terbanyak | Mokhtar Dahari (89)[2] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional Bukit Jalil | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kod FIFA | MAS | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan FIFA | 135 ▲ 3 (20 Jun 2024)[3] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi FIFA | 75 (Ogos 1993) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan terendah FIFA | 178 (15 Mac 2018) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan Elo | 146 ▼ 8 (21 Jun 2024)[4] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi Elo | 60 (1 Mac 1977) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kedudukan terendah Elo | 185 (September 2018) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Antarabangsa pertama | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Singapura 4–2 Tanah Melayu (Singapura; 20 Jun 1948)[5] Malaysia 1–1 Thailand (Kuala Lumpur, Malaysia; 12 Oktober 1963)[nota 1] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemenangan terbesar | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tanah Melayu 15–1 Filipina (Jakarta, Indonesia; 26 Ogos 1962) Malaysia 11–0 Filipina (Tehran, Iran; 7 September 1974) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kekalahan terbesar | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Emiriah Arab Bersatu 10–0 Malaysia (Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu; 3 September 2015) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Piala Asia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemunculan | 3 (Kali pertama pada 1976) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Pusingan 1 (1976, 1980, 2007) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anugerah
|
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu ialah merupakan pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.[r 1] Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2018 apabila tewas agregat 2-3 kepada Vietnam.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia[7] dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.
Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat ialah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias.
Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.
Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.
Sejarah
Zaman kegemilangan
Pra Malaysia
Sebelum terbentuknya Malaysia, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Malaya dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Daripada keempat-empat pasukan tersebut, pasukan Malaya merupakan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[8]
Pasca Malaysia
Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura.[r 1] Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun.[9] Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia Timur. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur.[10][11] Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia.[12] Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak pada 1977.
Kegemilangan pasukan ini berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin.[8] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow di mana munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[13]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia.[perlu rujukan] Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada pasukan bola sepak kebangsaan, tetapi masih tidak dapat menyaingi kehandalan pemain-pemain sebelum mereka.
Layak ke Olimpik 1972
Kumpulan A
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jerman Barat | 3 | 3 | 0 | 0 | 13 | 0 | +13 | 6 |
Maghribi | 3 | 1 | 1 | 1 | 6 | 3 | +3 | 3 |
Malaysia | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 9 | −6 | 2 |
Amerika Syarikat | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 10 | −10 | 1 |
Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 buat pertama kalinya, dengan berada di kumpulan A mereka akan bertemu Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Maghribi. Semasa kejohanan tersebut, Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan, tewas 0–3 kepada Jerman Barat pada perlawanan pembukaan dan pada perlawanan kedua mereka menang 3–0 keatas Amerika Syarikat namun tewas 0–6 kepada Maghribi di perlawanan terakhir kumpulan sekaligus gagal melangkah ke fasa perlawanan seterusnya.
Rekod 1972–1985
Dari tahun 1972, Mokhtar Dahari dianggap sebagai pemain bola sepak legenda untuk pasukan Malaysia kerana dia menempah tempat sebagai salah satu pemain terbaik di Asia. Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[14] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.
Zaman Kejatuhan
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1–0 walaupun menjadi pasukan underdog (bukan pilihan) pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.
Era Allan Harris
Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.
Era Bertalan Bicskei
Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walau bagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.
Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.[15]
Era Norizan Bakar
Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walau bagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, yang mana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 yang mana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.
Era B. Sathianathan
Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4–1 dan seri 0–0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.
Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3–0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walau bagaimanapun, Malaysia tumpas 2–3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3–0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walau bagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam kedudukan FIFA.
Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0–5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[16]
Era K. Rajagopal
Pada April 2009, Datuk K. Rajagopal telah dinamakan jurulatih baru Malaysia menggantikan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih Malaysia. K. Rajagopal juga ialah jurulatih skuad Malaysia di bawah 23 tahun.[17] Perlawanan pertama K. Rajagopal ialah menentang Zimbabwe, yang mana Malaysia menang 4–0.[18] Rajagopal juga melatih Malaysia di dalam dua perlawanan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, tewas kedua-dua perlawanan 2–3 dan 0–2. Semasa masanya sebagai jurulatih bawah-23, K. Rajagopal mengetuai Malaysia mendapatkan pingat emas Sukan SEA dan juga mengetuai Malaysia melayakkan ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas jarak waktu 32 tahun.[19][20] Persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd Zaquan Adha.[21]
Era Dollah Salleh
Pada bulan Jun 2014, Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu menggantikan Datuk K. Rajagopal yang tidak disambung kontraknya akhir tahun lalu. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemilihan itu dibuat selepas FAM mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.
Semasa Dollah membimbing skuad kebangsaan untuk pertama kali, kebanyakan peminat bola tempatan tidak meyakini prestasi harimau malaya berikutan keputusan hambar & sering tewas dalam perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan persahabatan pertama, skuad negara tewas 1–4 pada Tajikistan. Kemudian tewas 0–3 kepada Syria & 1–3 pada Vietnam. Kebanyakannya mengkritik cara Dollah Salleh memilih pemain yang hanya berdasarkan prestasi lampau & bukan prestasi semasa. Dollah juga dikritik kerana tidak memanggil pemain yang memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad untuk mewakili negara.
Pada kejohanan AFF 2014, Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dengan Myanmar, Thailand dan Singapura yang mana dianggap laluan yang cukup sukar memandangkan Thailand dan Singapura ialah juara bertahan piala AFF. Malaysia memulakan langkah hambar apabila seri 0–0 dengan Myanmar dan tewas 2–3 kepada Thailand di peringkat kumpulan. Ramai yang menyifatkan laluan Malaysia ke separuh akhir seperti sudah tertutup.
Tetapi keputusan tidak dijangka berlaku apabila Malaysia mencipta kejutan menewaskan Singapura 3–1 di Stadium Kallang, Singapura. Ini dibantu dengan kekalahan Singapura kepada Thailand di peringkat kumpulan yang mana mereka tewas 1–2. Perbezaan mata melayakkan Malaysia ke separuh akhir bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina. Ini merupakan kejayaan manis Malaysia kerana berjaya menundukkan tuan rumah Singapura di tempat lawan.
Pada separuh akhir pertama, Malaysia bertemu Vietnam. Pertemuan ini seperti mengulang semula memori tahun 2010 bila mana Malaysia bertemu lawan yang sama di separuh akhir, iaitu Vietnam. Pada separuh akhir pertama, Malaysia kalah 1–2. Ramai yang menyifatkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Shah Alam antara yang paling mengewakan kerana barisan pertahanan Malaysia seperti hilang punca dan fokus sehingga mendorong reaksi marah daripada Dollah Salleh. Imej Malaysia juga tercalar kerana berlaku rusuhan di Stadium Shah Alam yang mana penyokong Malaysia bertindak menyerang penyokong Vietnam. Ini disifatkan antara yang mengejutkan peminat bola kerana ia jarang terjadi sebegini pada penyokong tempatan. Malaysia bertandang ke Hanoi yang mana ia juga merupakan satu misi sukar kerana Malaysia memerlukan lebih 2 gol untuk layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014. Pada separuh akhir kedua, Malaysia sekali lagi mencipta kejutan apabila menang 4–2 ke atas Vietnam dan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3 bertemu Thailand yang menewaskan Filipina 3–0 di Stadium Rajamangala dengan agregat 3–0. Vietnam merupakan tuan rumah bersama Singapura dalam AFF 2014 yang berjaya dikalahkan Malaysia.
Pertemuan Malaysia dan Thailand di Piala AFF 2014 mengembalikan memori Piala Tiger 1996 bila mana Thailand menewaskan Malaysia 1–0 dengan jaringan Kiatisuk Senamuang, yang kini jurulatih Thailand. Ironinya, Malaysia dan Thailand merupakan peserta akhir yang tidak menggunakan khidmat jurulatih import dan pemain naturalisasi. Bahkan kedua-dua jurulatih negara merupakan bekas pemain bolasepak yang mana Kiatisuk pernah beraksi sebagai pemain import untuk pasukan Perlis dan Dollah Salleh sebagai pemain Pahang pada era 90-an. Pada perlawanan akhir pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand di Bangkok. Menyukarkan lagi peluang Malaysia untuk mengecapi Piala AFF 2014 sepertimana pada tahun 2010.
Bagaimanapun, pada perlawanan akhir kedua Malaysia hampir mencipta kejutan apabila mendahului Thailand 3–0 di Bukit Jalil. Yang mana disifatkan peluang semakin cerah kerana Malaysia sudah berada pada agregat 3–2 mengatasi Thailand. Tetapi harapan Malaysia musnah apabila Thailand berjaya memperoleh 2 gol pada penghujung permainan. Ini kerana jika Malaysia memperoleh gol di Bangkok, situasi sudah pasti berbeza kerana kelebihan jaringan di tempat lawan sangat penting untuk perlawanan timbal balik. Malaysia akhirnya akur tewas agregat 3–4 yang mana kesudahannya Malaysia 3, Thailand 2. Tapi perbezaan agregat memusnahkan harapan Malaysia untuk menjuarai kejohanan ini buat kali kedua.
AFF 2014 dianggap perlawanan paling dramatik dalam sejarah pasukan bolasepak Malaysia kerana edisi kali ini Malaysia banyak menciptakan kejutan yang mana tidak dijangka oleh lawan mahupun penyokong tanah air.
Kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010
Pada Piala AFF Suzuki 2010, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Mohd Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5–1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5–1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2–1 semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2–0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur dan Hanoi pada 15 dan 18 Disember.[22]
Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2–1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara dengan agregat 4–2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara.[23] Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011.
Kit
Dari tahun 1970 hingga 2007, kit pasukan kebangsaan telah dibuat oleh Adidas, yang juga menaja kit pasukan kebangsaan. Sejak tahun 2007, rasmi Malaysia kit pasukan telah dikeluarkan oleh Nike. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning adalah untuk mengimbas kembali kit yang digunakan oleh pasukan kebangsaan Malaysia tahun 1920-an. Pasukan besar negara tahun 1970-an juga menggayakan jalur yang sama, yang sepatutnya mengingatkan pada jalur harimau, simbol pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Pada bulan November 2010, Nike Malaysia mencipta kit bola sepak baru bagi rakyat Malaysia yang dibuat khas untuk Piala Suzuki AFF 2010. Reka bentuk kit rumah itu jalur hitam dan kuning dibentuk oleh barisan hitam bergaris-garis. Kit jauh mempunyai depan kosong biru dan merah dan putih di tepi lengan. Nike menggunakan bendera Malaysia sebagai logo mereka dan bukannya meletakkan logo Persatuan Bola Sepak Malaysia, seperti mana yang berlaku untuk pasukan kebangsaan besar tahun 1970-an.[24] Di bahagian bawah bendera, petikan "Tanah Tumpahnya Darahku" boleh didapati. Petikan tersebut ialah sebahagian daripada lagu Lagu Kebangsaan Malaysia, merujuk bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk negara.
Adidas (1970 – 2007)
| |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nike (2007 – sekarang)
| ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nike (2007 – sekarang)
| |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Rekod Kejohanan
Rekod Piala Dunia FIFA | Kelayakan Piala Dunia FIFA | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB | BP | M | S | K | JG | GB | |
1930 | Tidak menyertai | – | |||||||||||||
1934 | |||||||||||||||
1938 | |||||||||||||||
1950 | |||||||||||||||
1954 | |||||||||||||||
1958 | |||||||||||||||
1962 | |||||||||||||||
1966 | |||||||||||||||
1970 | |||||||||||||||
1974 | Tidak layak | 4 | 2 | 1 | 1 | 3 | 3 | ||||||||
1978 | 4 | 1 | 2 | 1 | 7 | 6 | |||||||||
1982 | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 8 | |||||||||
1986 | 4 | 2 | 1 | 1 | 6 | 2 | |||||||||
1990 | 6 | 3 | 1 | 2 | 8 | 8 | |||||||||
1994 | 6 | 2 | 2 | 2 | 16 | 7 | |||||||||
1998 | 6 | 3 | 2 | 1 | 5 | 3 | |||||||||
2002 | 6 | 2 | 1 | 3 | 8 | 11 | |||||||||
2006 | 6 | 0 | 0 | 6 | 2 | 18 | |||||||||
2010 | 2 | 0 | 1 | 1 | 4 | 1 | |||||||||
2014 | 4 | 1 | 1 | 2 | 8 | 10 | |||||||||
2018 | 8 | 1 | 1 | 6 | 3 | 30 | |||||||||
2022 | 8 | 4 | 0 | 4 | 10 | 12 | |||||||||
Jumlah | Tiada | 67 | 21 | 14 | 32 | 83 | 119 |
Nota: Kejohanan bawah 23 tahun sejak 1992 |
|
Rekod Piala Asia | Rekod kelayakan Piala Asia | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB | BP | M | S | K | JG | GB | ||
1956 | Tidak layak | 4 | 1 | 1 | 2 | 18 | 8 | |||||||||
1960 | 2 | 1 | 0 | 1 | 5 | 3 | ||||||||||
1964 | 3 | 1 | 0 | 2 | 9 | 10 | ||||||||||
1968 | 4 | 1 | 1 | 2 | 4 | 5 | ||||||||||
1972 | 5 | 4 | 0 | 1 | 15 | 3 | ||||||||||
1976 | Pusingan 1 | 5/6 | 2 | 0 | 1 | 1 | 1 | 3 | 4 | 3 | 1 | 0 | 6 | 1 | ||
1980 | 6/10 | 4 | 1 | 2 | 1 | 5 | 5 | 4 | 2 | 1 | 1 | 5 | 3 | |||
1984 | Tidak layak | 4 | 2 | 1 | 1 | 10 | 3 | |||||||||
1988 | 4 | 1 | 1 | 2 | 4 | 6 | ||||||||||
1992 | 3 | 0 | 2 | 1 | 2 | 6 | ||||||||||
1996 | 2 | 1 | 1 | 0 | 5 | 2 | ||||||||||
2000 | 6 | 2 | 1 | 3 | 4 | 4 | ||||||||||
2004 | 6 | 1 | 2 | 3 | 9 | 12 | ||||||||||
2007 | Pusingan 1 | 16/16 | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 12 | Tuan Rumah Bersama | |||||||
2011 | Tidak layak | 4 | 0 | 0 | 4 | 2 | 12 | |||||||||
2015 | 6 | 2 | 1 | 3 | 5 | 7 | ||||||||||
2019 | 5 | 0 | 1 | 4 | 4 | 13 | ||||||||||
2023 | Akan Ditentukan | |||||||||||||||
Jumlah | Terbaik: Pusingan 1 | 3/16 | 9 | 1 | 3 | 5 | 7 | 20 | 54 | 17 | 14 | 23 | 79 | 87 |
Nota: Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.
Rekod Sukan Asia | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB |
1951 | Tidak menyertai | |||||||
1954 | ||||||||
1958 | Pusingan 1 | 13/14 | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 8 |
1962 | Tempat Ketiga | 3/8 | 5 | 3 | 0 | 2 | 23 | 9 |
1966 | Pusingan 1 | 10/11 | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 5 |
1970 | 10/10 | 3 | 0 | 0 | 3 | 0 | 4 | |
1974 | Tempat Ketiga | 3/15 | 7 | 3 | 2 | 2 | 20 | 13 |
1978 | Pusingan 2 | 7/14 | 5 | 2 | 0 | 3 | 4 | 10 |
1982 | Pusingan 1 | 14/16 | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 4 |
1986 | 15/18 | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 5 | |
1990 | 12/14 | 2 | 0 | 1 | 1 | 0 | 3 | |
1994 | 11/18 | 4 | 1 | 1 | 2 | 6 | 11 | |
1998 | Tidak menyertai | |||||||
Jumlah | Terbaik: Tempat Ketiga | 10/12 | 38 | 9 | 5 | 24 | 59 | 71 |
Nota: Semenjak 2002, kejohanan ini menghadkan kepada skuad bawah 23 dan
3 pemain berumur 23 tahun ke atas dibenarkan turut serta, kejohanan ini juga tidak
dianggap sebahagian rekod pasukan kebangsaan atau tiada kaps dianugerahkan.
Rekod Sukan SEA | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB |
1959 | Tempat Ketiga | 3/4 | 3 | 2 | 0 | 1 | 5 | 5 |
1961 | Juara | 1/6 | 4 | 4 | 0 | 0 | 10 | 3 |
1963 | Tidak diadakan | |||||||
1965 | Tempat Keempat | 4/5 | 2 | 0 | 0 | 2 | 0 | 4 |
1967 | Pusingan 1 | 5/5 | 2 | 0 | 0 | 2 | 1 | 6 |
1969 | Separuh Akhir | 3/5 | 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 5 |
1971 | Naib Juara | 2/7 | 5 | 4 | 0 | 1 | 16 | 6 |
1973 | Tempat Ketiga | 3/6 | 4 | 1 | 2 | 1 | 4 | 2 |
1975 | Naib Juara | 2/4 | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 |
1977 | Juara | 1/7 | 5 | 4 | 0 | 1 | 24 | 3 |
1979 | 1/5 | 5 | 3 | 2 | 0 | 4 | 0 | |
1981 | Naib Juara | 2/6 | 4 | 1 | 2 | 1 | 4 | 5 |
1983 | Tempat Ketiga | 3/7 | 4 | 1 | 2 | 1 | 7 | 3 |
1985 | 3/6 | 4 | 2 | 2 | 0 | 10 | 3 | |
1987 | Naib Juara | 2/6 | 4 | 1 | 2 | 1 | 4 | 3 |
1989 | Juara | 1/8 | 5 | 5 | 0 | 0 | 11 | 2 |
1991 | Pusingan 1 | 5/7 | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 4 |
1993 | 5/9 | 4 | 2 | 0 | 2 | 13 | 5 | |
1995 | 7/10 | 4 | 1 | 1 | 2 | 9 | 5 | |
1997 | 7/10 | 4 | 2 | 0 | 2 | 5 | 5 | |
1999 | 5/10 | 4 | 2 | 0 | 2 | 10 | 10 | |
Jumlah | Terbaik: Juara | 20/20 | 76 | 39 | 14 | 23 | 146 | 82 |
Nota: **Jalur berwarna merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.
Nota: Sejak tahun 2001, kejohanan ini menjadi kejohanan skuad bawah 23 tahun dan tidak
dianggap sebagai rekod pasukan kebangsaan, mahupun kaps diberikan.
Nota: *Menunjukkan keputusan seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti. |
Perlawanan Antarabangsa FIFA 'A'
Di bawah adalah senarai perlawanan antarabangsa FIFA 'A', Malaysia telah bermain melawan pasukan diiktiraf FIFA.[25][26][27][28][29][30]
Tentangan |
Perlawanan |
Menang |
Seri* |
Kalah |
Jaringan Gol |
Gol Bolos |
Perbezaan Gol |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Afghanistan | 2 | 1 | 1 | 0 | 7 | 1 | +6 |
Amerika Syarikat | 1 | 1 | 0 | 0 | 3 | 0 | +3 |
Australia | 7 | 1 | 0 | 6 | 1 | 19 | –18 |
Bahrain | 9 | 2 | 3 | 4 | 14 | 20 | –6 |
Bangladesh | 8 | 6 | 1 | 1 | 10 | 3 | +7 |
Bosnia dan Herzegovina | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 5 | –3 |
Brazil | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 4 | –4 |
Brunei | 10 | 10 | 0 | 0 | 44 | 3 | +41 |
Kemboja | 24 | 17 | 3 | 4 | 74 | 23 | +51 |
Kanada | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 5 | –5 |
China | 11 | 0 | 2 | 9 | 3 | 32 | –31 |
Taipei Cina | 10 | 6 | 2 | 2 | 22 | 10 | +12 |
England | 1 | 0 | 0 | 1 | 2 | 4 | –2 |
Denmark | 2 | 0 | 1 | 1 | 2 | 6 | -7 |
Fiji | 4 | 1 | 1 | 2 | 4 | 8 | –4 |
Finland | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 2 | –1 |
Jerman | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 3 | –3 |
Hong Kong | 21 | 10 | 5 | 6 | 33 | 24 | +9 |
India | 22 | 10 | 6 | 6 | 45 | 27 | +16 |
Indonesia | 62 | 21 | 19 | 22 | 91 | 80 | +1 |
Iran | 5 | 0 | 0 | 5 | 0 | 11 | –11 |
Iraq | 8 | 0 | 3 | 5 | 3 | 14 | –11 |
Israel | 2 | 0 | 0 | 2 | 3 | 11 | –8 |
Jamaica | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 2 | –2 |
Jepun | 22 | 8 | 7 | 7 | 31 | 26 | +5 |
Jordan | 3 | 0 | 2 | 1 | 0 | 1 | –1 |
Kenya | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 |
Kuwait | 12 | 2 | 2 | 8 | 8 | 29 | –21 |
Laos | 11 | 8 | 2 | 1 | 36 | 5 | +31 |
Lesotho | 2 | 2 | 0 | 0 | 9 | 0 | +9 |
Liberia | 1 | 1 | 0 | 0 | 3 | 1 | +2 |
Libya | 3 | 0 | 2 | 1 | 2 | 2 | 0 |
Liechtenstein | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | –1 |
Makau | 3 | 2 | 1 | 0 | 14 | 0 | +14 |
Maldives | 3 | 3 | 0 | 0 | 8 | 1 | +7 |
Maghribi | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 8 | –5 |
Myanmar | 47 | 22 | 8 | 17 | 85 | 65 | +20 |
Nepal | 6 | 5 | 1 | 0 | 21 | 0 | +21 |
New Zealand | 13 | 2 | 2 | 9 | 9 | 31 | –22 |
Korea Utara | 8 | 1 | 3 | 4 | 5 | 14 | –9 |
Oman | 5 | 1 | 0 | 4 | 2 | 6 | –4 |
Pakistan | 4 | 3 | 0 | 1 | 15 | 4 | +11 |
Palestin | 3 | 1 | 0 | 2 | 4 | 6 | –2 |
Papua New Guinea | 4 | 3 | 0 | 1 | 17 | 5 | +12 |
Filipina | 15 | 11 | 3 | 1 | 59 | 3 | +56 |
Qatar | 6 | 0 | 3 | 3 | 3 | 11 | –8 |
Arab Saudi | 10 | 1 | 2 | 7 | 8 | 21 | –13 |
Senegal | 1 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | +1 |
Singapura | 50 | 20 | 17 | 13 | 80 | 57 | +23 |
Korea Selatan | 60 | 14 | 10 | 36 | 60 | 105 | –45 |
Vietnam Selatan | 13 | 7 | 3 | 3 | 27 | 15 | +12 |
Sri Lanka | 7 | 6 | 0 | 1 | 23 | 6 | +17 |
Sweden | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 3 | –2 |
Switzerland | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 2 | -2 |
Syria | 3 | 2 | 0 | 1 | 9 | 6 | +3 |
Tajikistan | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | 4 | –3 |
Thailand | 80 | 31 | 29 | 20 | 124 | 100 | +24 |
Timor-Leste | 5; | 4 | 1 | 0 | 13 | 1 | +12 |
Turki | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 3 | –3 |
Emiriah Arab Bersatu | 6 | 2 | 0 | 4 | 4 | 10 | –6 |
Uruguay | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 6 | –6 |
Uzbekistan | 6 | 0 | 0 | 6 | 2 | 21 | –19 |
Vietnam | 14 | 4 | 3 | 7 | 12 | 15 | –3 |
Yaman | 2 | 2 | 0 | 0 | 3 | 1 | +2 |
*Menandakan seri termasuklah perlawanan kalah mati memutuskan pada tendangan penalti.
Jadual dan Keputusan Perlawanan
Menang Seri Kalah
2021
23 Mei 2021 Persahabatan1 | Kuwait | 4–1 | Malaysia | Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
---|---|---|---|---|
23:15 (UTC+8) | Ahmed Al-Dhefiri 21' Fahad Al Hajeri 55' Shabaib Al-Khaldi 61' Fahad Al-Alabraim 68' |
Laporan | Guilherme Lucrécio 28' | Stadium: Stadium The Sevens |
29 Mei 2021 Persahabatan | Bahrain | 2–0 | Malaysia | Riffa, Bahrain |
---|---|---|---|---|
00:30 (UTC+8) | Mahdi Abduljabbar 41' (pen.) Mohamed Marhoon 61' |
Stadium: Stadium Nasional Bahrain Pengadil: Turki Al-Khudhayr (Arab Saudi) |
4 Jun 2021 Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2 | Emiriah Arab Bersatu | 4–0 | Malaysia | Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
---|---|---|---|---|
00:45 (UTC+8) | Ali Mabkhout 18', 90+1' Fábio Lima 83', 90+2' |
Laporan (FIFA) Laporan (AFC) |
Stadium: Stadium Zabeel Kehadiran: 1,127 Pengadil: Kim Dae-yong (Korea Selatan) |
12 Jun 2021 Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2 | Malaysia | 1–2 | Vietnam | Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
---|---|---|---|---|
00:45 (UTC+8) | Guilherme Lucrécio 72' (pen.) | Laporan (FIFA) Laporan (AFC) |
Nguyễn Tiến Linh 27' Quế Ngọc Hải 82' (pen.) |
Stadium: Stadium Al Maktoum Kehadiran: 335 Pengadil: Ryuji Sato (Jepun) |
16 Jun 2021 Kelayakan Piala Dunia 2022 – Pusingan 2 | Thailand | 0–1 | Malaysia | Dubai, Emiriah Arab Bersatu |
---|---|---|---|---|
00:45 (UTC+8) | Laporan (FIFA) Laporan (AFC) |
Safawi Rasid 52' (pen.) | Stadium: Stadium Al Maktoum Kehadiran: 142 Pengadil: Mohammed Al-Hoish (Arab Saudi) |
6 Oktober 2021 Persahabatan | Jordan | v | Malaysia | Amman, Jordan |
---|---|---|---|---|
23:00 (UTC+8) | Stadium: Stadium Raja Abdullah II |
9 Oktober 2021 Persahabatan | Uzbekistan | v | Malaysia | Amman, Jordan |
---|---|---|---|---|
23:00 (UTC+8) | Stadium: Stadium Antarabangsa Amman |
6 Disember 2021 Piala AFF 2020 (Peringkat Kumpulan) | Kemboja | v | Malaysia | |
--:-- (UTC+8) |
9 Disember 2021 Piala AFF 2020 (Peringkat Kumpulan) | Malaysia | v | Laos | |
--:-- (UTC+8) |
12 Disember 2021 Piala AFF 2020 (Peringkat Kumpulan) | Vietnam | v | Malaysia | |
--:-- (UTC+8) |
19 Disember 2021 Piala AFF 2020 (Peringkat Kumpulan) | Malaysia | v | Indonesia | |
--:-- (UTC+8) |
- 1 Perlawanan antarabangsa Bukan FIFA 'A'
Pemain
Skuad terkini
Berikut senarai nama 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat bermula 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang pasukan Jordan pada 6 Oktober 2021 dan Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadualkan berlangsung di Amman, Jordan.[31]
Kaps dan gol betul pada 15 Jun 2021 selepas perlawanan menentang Thailand.
Senarai panggilan
Pemain berikut dipanggil dalam 12 bulan terakhir.
|
Nota:
- INJ Mengundurkan diri dari skuad kerana kecederaan
- PRE Skuad awal
Skuad terdahulu
|
|
|
Kakitangan kejurulatihan
Senarai di bawah menunjukkan kakitangan yang berdaftar secara rasmi untuk Pasukan Senior Malaysia.[32]
Pengarah teknikal | Scott O'Donell |
Ketua Jurulatih | Kim Pan-gon |
Penolong jurulatih 1 | Pau Marti Vicente |
Penolong jurulatih 2 | E. Elavarasan |
Jurulatih Penjaga Gol | Cho Jun-ho |
Jurulatih Kecergasan | Gokhan Kandemir |
jurulatih Analisis Prestasi | Lim Jae-hun |
Jurulatih
|
|
|
|
1.↑ – menguruskan pasukan secara sekali saja sebagai penjaga pengurus
Kepujian
Benua
Serantau
- Juara (1): 2010
Jemputan
- Kejohanan Hari Kebangsaan Vietnam Selatan[34]
- Juara (1): 1992
- Juara (1): 1996-97
- Naib Juara (1): 1983
- *Juara bersama
Nota
- ^ Keputusan dikira sejak selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.[6]
Lihat juga
- Pasukan bola sepak wanita Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-14 Malaysia
- Pasukan bola sepak pantai kebangsaan Malaysia
- Pasukan futsal kebangsaan Malaysia
- Pasukan hoki kebangsaan Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura
- Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia
- Pasukan bola sepak kebangsaan Timor-Leste
- Pasukan bola sepak kebangsaan Brunei
- Persaingan bola sepak Malaysia-Indonesia
Rujukan
- ^ a b Tengku: A real feast of soccer – The Straits Times, 9 August 1963, Page 17.
- ^ Aidil Zafuan Kapten, Adakah Khairulazhan Ketepikan Farizal Untuk Tugas Di Gawang Semuanyabola.com. Dicapai pada 19 November. 2019.
- ^ "Mohamed Mokhtar Dahari". RSSSF.
- ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
- ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ "Perlawanan Tanah Melayu, penilaian dan mata ditukar". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai pada 25 November 2016.
- ^ "Malaysia matches, ratings and points exchanged". World Football Elo Ratings: Malaysia. Dicapai pada 24 November 2016.
- ^ New Straits Times (Inggeris)
- ^ a b "The Malaysian Football Story – Again", Mysinchew.com, 29 Jun 2008.
- ^ MAJID MISSES A PENALTY AND MALAYSIA CRASH – The Straits Times, 9 August 1963. (Inggeris)
- ^ Sabah FA: Give us a chance – The Straits Times, 10 June 1977. (Inggeris)
- ^ FAM now look East for fresh soccer talent – The Straits Times, 8 June 1977. (Inggeris)
- ^ Sabahan may be Mokhtar's replacement – The Straits Times, 2 December 1976. (Inggeris)
- ^ "Teong Kim says sad state of affairs due to lack of infrastructure", TheStar.com, 20 Julai 2007.
- ^ "Mokhtar pernah jadi penjaring terbanyak dunia". Syafiq Aznan. Berita Harian. 24 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2021. Dicapai pada 24 June 2021.
- ^ Bicskei Bertalan feláll a malajziai kispadról (Hungary)
- ^ "FAM Pecat Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Kebangsaan",BERNAMA, 1 Februari 2009.
- ^ Coach Rajagopal urges Malaysians to support team irrespective of results
- ^ Malaysia Trounce Zimbabwe
- ^ Malaysia wins SEA Games
- ^ "Malaysia enter last 16 but crippled by injuries and suspensions". The Star. November 14, 2010. Dicapai pada 2010-11-14.
- ^ "Indonesia tunduk", Utusan Malaysia. 14 Jun 2009.
- ^ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years". Bernama. Dicapai pada 2010-12-19.
- ^ [1]
- ^ Malaysia National Kit 2011–2012, Made for 2010 AFF Suzuki Cup
- ^ FIFA.Com – Malaysia – Fixtures and Result Retrieved at 16 January 2011
- ^ World Football Elo Ratings: Malaysia Retrieved at 17 January 2011
- ^ Malaysia International Matches 1953–2000 Retrieved at 17 January 2011
- ^ Results of Malaysia 1953–2001 Retrieved at 17 January 2011
- ^ Results and fixtures of Malaysia Retrieved at 18 January 2011
- ^ Results and fixtures of Malaya Retrieved at 18 January 2011
- ^ "Siaran Media: Senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 1 Oktober 2021". Football Association Malaysia. Dicapai pada 23 September 2021.
- ^ FAM - National Senior Team Dicapai pada 13 Ogos 2011
- ^ "Vingada Appointed National Team Head Coach". Football Association of Malaysia (FAM). 15 May 2017. Dicapai pada 15 May 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Quoc Khanh Cup
- ^ President's Gold Cup
Pautan luar
- Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia
- Malaysia di laman web rasmi FIFA
- Malaysia di laman web rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia
- Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia
Gelaran
Didahului oleh 1959 Vietnam Selatan |
Juara Sukan SEA 1961 (Gelaran pertama) |
Diikuti oleh: 1963 Tidak diadakan |
Didahului oleh 1975 Thailand |
Juara Sukan SEA 1977 (Gelaran kedua) 1979 (Gelaran ketiga) |
Diikuti oleh: 1981 Thailand |
Didahului oleh 1987 Indonesia |
Juara Sukan SEA 1989 (Gelaran keempat) |
Diikuti oleh: 1991 Indonesia |
Didahului oleh 2008 Vietnam |
Juara Piala ASEAN 2010 (Gelaran pertama) |
Diikuti oleh: 2012 Singapura |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia Senior |