Kes | Tarikh kes disahkan | Umur | Kewarganegaraan | Data pesakit |
---|---|---|---|---|
1 | 9 Mac | 53 | Brunei | Beliau ialah seorang pesara dan telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan tiga orang rakannya pada 27 Februari 2020. Beliau dilaporkan telah menghadiri satu perkumpulan keagamaan (tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dilaporkan turut dihadiri oleh para mubaligh yang berasal dari pelbagai negara. Beliau bersama rakan-rakannya telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 melalui Miri, Sarawak dengan menaiki pesawat Air Asia AK5651. Beliau juga telah membuat perjalanan ulang alik ke Miri pada 6 Mac 2020 dan singgah mendirikan solat fardhu Jumaat di Masjid Kg Sg Teraban.
Pada malamnya, beliau telah mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan telah pergi ke Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac 2020 untuk mendapatkan rawatan dan sampel swab nasofarinks bagi ujian COVID-19 telah diambil. Beliau juga diketahui menghidap beberapa penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. Beliau telah dibawa ke ke Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong pada 9 Mac 2020 iaitu sebaik saja keputusan ujian awal makmal beliau diketahui. |
2 | 11 Mac | 61 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki warga tempatan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang telah bersama-samanya menghadiri perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia dan telah pulang ke tanah air bersama-sama kes pertama pada 3 Mac 2020. Beliau mula mengalami tanda-tanda jangkitan (demam panas dan kesukaran bernafas) pada 7 Mac 2020. |
3 | 11 Mac | 30 | Brunei | Kes ini ialah anak kepada Kes #2 yang berumur 30 tahun yang juga menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah pulang ke Brunei pada 2 Mac 2020 dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan (merasa demam dan sakit-sakit badan) pada 9 Mac 2020. |
4 | 11 Mac | 46 | Brunei | Isteri kepada kes pertama. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dalam masa 14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda jangkitan (batuk) pada 9 Mac 2020. |
5 | 11 Mac | 12 | Brunei | Salah satu anak-anak kepada kes pertama dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan. |
6 | 11 Mac | 5 | Brunei | Salah satu anak-anak kepada kes pertama dan mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020. |
7 | 11 Mac | 34 | Brunei | Kes ketujuh ialah warga tempatan yang telah menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia, dan telah pulang ke Brunei pada 4 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH2594 dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
8 | 11 Mac | 32 | Brunei | Kes kelapan ialah warga tempatan yang telah menyertai perkumpulan keugamaan (tabligh) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama-sama kes ketujuh. Beliau mula mengalami selsema juga pada 10 Mac 2020. |
9 | 11 Mac | 59 | Brunei | Kes kesembilan telah menghadiri acara tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke Brunei pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK3541 daripada Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan (sakit tekak) pada 5 Mac 2020. |
10 | 11 Mac | 33 | Brunei | Kes ke-10 ialah isteri kepada kes ketiga berumur 33 tahun dan tiada tanda-tanda jangkitan. |
11 | 11 Mac | 52 | Brunei | Kes ke-11 ialah isteri kepada kes kesembilan dan mula mengalami batuk pada 10 Mac 2020. |
12 | 12 Mac | 53 | Brunei | Kes ini telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia AK5644 pada 4 Mac 2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi kenderaan bersama-sama kes ketujuh, kes kelapan dan kes ke-21 untuk pulang ke Brunei. Beliau telah mengalami demam panas bermula pada 6 Mac 2020. |
13 | 12 Mac | 45 | Brunei | Kes ini ialah seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang juga menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan pening dan batuk pada 4 Mac 2020. |
14 | 12 Mac | Tidak diketahui | Brunei | Beliau ialah isteri kepada kes ke-13 dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur, dan beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan |
15 | 12 Mac | 33 | Brunei | Beliau juga telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
16 | 12 Mac | 63 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 63 yang juga telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 5 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI872 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
17 | 12 Mac | 33 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
18 | 12 Mac | 30 | Brunei | Beliau berumur 30 tahun ialah isteri kepada kes kelapan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur. Beliau mempunyai tanda-tanda jangkitan yang ringan, yakni batuk dan selsema. |
19 | 12 Mac | 34 | Brunei | Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur di mana beliau telah ditugaskan sebagai pemandu kenderaan bagi jemaah tabligh dan tidak menyertai perkumpulan tersebut. Beliau telah pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 ke Bandar Seri Begawan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
20 | 12 Mac | 64 | Brunei | Beliau telah menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pergi ke Kuala Lumpur pada 27 Februari 2020 dan pulang ke tanah air pada 29 Februari 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia AK278 ke Bandar Seri Begawan. Beliau telah mula mengalami batuk dan selsema pada 9 Mac 2020. |
21 | 12 Mac | 35 | Brunei | Kes ini ialah seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Air Asia AK5644 pada 4 Mac 2020 ke Miri, Sarawak. Beliau kemudian berkongsi kenderaan bersamasama Kes 7, Kes 8 dan Kes 12 untuk pulang ke Brunei. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
22 | 12 Mac | 31 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki tempatan yang merupakan rakan kerja kepada kes ketiga. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. Beliau telah menjalani ujian makmal sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penyiasatan kontak rapat bagi kes ketiga. |
23 | 12 Mac | 63 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki yang telah menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan. |
24 | 12 Mac | 30 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang menyertai perkumpulan keugamaan di Kuala Lumpur, dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan. |
25* | 12 Mac | 64 | Brunei | Seorang lelaki tempatan berumur 64 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan Kemboja tetapi tidak ada kaitan dengan perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 4 Mac 2020 dan mula merasa demam pada 8 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac.[1] |
26 | 13 Mac | 46 | Brunei | Beliau ialah wanita tempatan yang merupakan isteri kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
27 | 13 Mac | 21 | Brunei | Beliau ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan baru mengadu sengal badan pada hari tersebut. |
28 | 13 Mac | 25 | Brunei | Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
29 | 13 Mac | 16 | Brunei | Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
30 | 13 Mac | 13 | Brunei | Beliau juga ialah anak kepada kes ke-12. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
31 | 13 Mac | 64 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan Malaysia. Beliau telah pergi ke Kuala Lumpur melalui Labuan pada 17 Februari 2020 dan seterusnya melanjutkan perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia. Beliau telah pulang ke Brunei melalui Kuala Lumpur (transit) pada 4 Mac 2020 dan seterusnya menaiki pesawat Air Asia AK5175 ke Labuan. Beliau telah pulang dari Labuan pada hari yang sama. Beliau telah mula mengalami batuk sejak 10 Mac 2020. |
32 | 13 Mac | 25 | Brunei | Beliau seorang wanita yang merupakan isteri kepada kes ke-19. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
33 | 13 Mac | 39 | Brunei | Beliau berumur 39 tahun ialah adik kepada kes ke-13. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
34 | 13 Mac | 2 | Brunei | Kanak-kanak ini ialah anak saudara kepada kes ke-13 Kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
35 | 13 Mac | 60 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki tempatan yang menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Februari hingga 3 Mac 2020. Beliau kemudiannya pergi ke New Delhi, India pada 4 Mac 2020 bersama tiga orang rakannya yang juga bersama-samanya di perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 pada 11 Mac 2020. Beliau hanya mula mengadu batuk dan selsema pada hari tersebut. |
36 | 13 Mac | 56 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki yang menyertai perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur. Beliau telah pulang ke tanah air pada 5 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI872 dan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan iaitu demam panas, batuk dan selsema pada 7 Mac 2020. |
37 | 13 Mac | 28 | Brunei | Beliau tidak menyertai perkumpulan keagamaan di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perkumpulan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. |
38 | 14 Mac | 17 | Brunei | Beliau tidak lagi menuntut mahapun tidak berkerja. Beliau telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur dan pulang ke tanah air pada 3 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
39 | 14 Mac | 38 | Brunei | Beliau ialah adik ipar kepada kes ke-13 dan isteri kepada kes-33. Beliau telah menghadiri makan malam keluarga bersama mereka pada 4 Mac 2020. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda penyakit. |
40 | 14 Mac | 8 bulan | Brunei | Beliau berumur 9 bulan adalah anak perempuan kepada Kes 15 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
41 | 15 Mac | 31 | Brunei | Beliau ialah isteri kepada kes ke-15 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk dan selesema pada 12 Mac 2020. |
42 | 15 Mac | 55 | Brunei | Beliau ialah adik kepada kes ke-12 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas dan batuk pada 9 Mac 2020. |
43 | 15 Mac | 29 | Brunei | Beliau ialah seorang lelaki dan tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. |
44 | 15 Mac | 23 | Brunei | Beliau mempunyai kaitan dengan kluster kes ke-25. Kes ini telah menghadiri majlis keluarga bersama-samanya pada 8 Mac 2020 dan telah mula mengalami demam panas pada 10 Mac 2020. |
45 | 15 Mac | 56 | Tidak diketahui | Beliau mempunyai kaitan dengan kluster Kes 25. Kes ini telah menghadiri majlis keluarga bersama-samanya pada 8 Mac 2020 dan telah mula merasa demam dan selsema pada 12 Mac 2020. |
46 | 15 Mac | 56 | Tidak diketahui | Beliau ialah rakan kepada kes kelapan dan telah bertemu dengannya pada 9 Mac 2020. Beliau telah mula mengalami demam pada 12 Mac 2020. |
47 | 15 Mac | 68 | Brunei | Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di tanah air yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. |
48 | 15 Mac | 20 | Brunei | Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga telah turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang telah berada di perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. |
49 | 15 Mac | 24 | Tidak diketahui | Beliau menghadiri majlis keluarga bersama-sama kes ke-25 pada 8 Mac 2020 dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
50 | 15 Mac | 55 | Brunei | Beliau ialah isteri kepada kes ke-36 (kluster tabligh). Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
51 | 16 Mac | 29 | Tidak diketahui | Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-37, salah satu kes yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan. |
52 | 16 Mac | 27 | Tidak diketahui | Isteri kepada kes-43, salah satu kes yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk, selsema, sakit kepala dan rasa letih pada 12 Mac 2020. |
53 | 16 Mac | 42 | United Kingdom | Beliau ialah seorang lelaki warga British yang mempunyai keluarga di Brunei dan beliau telah tiba ke negara ini pada 9 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Sebelum tiba ke Brunei, beliau telah pergi ke Switzerland dan beberapa bandaraya di United Kingdom. Beliau mula mengalami demam panas, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas pada 14 Mac 2020. |
54 | 16 Mac | 39 | Tidak diketahui | Beliau ialah kontak rapat kepada kes ke-30 yang tergolong generasi pertama kluster tabligh. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk dan sakit tekak pada 12 Mac 2020. |
55 | 17 Mac | 21 | Tidak diketahui | Beliau ialah kes generasi kedua bagi kluster tabligh di Kuala Lumpur, yakni kes yang dijangkiti bukan secara langsung dari jemaah tabligh yang menghadiri perkumpulan di Kuala Lumpur tetapi melalui satu kes yang mempunyai kaitan rapat dengan jemaah tabligh. |
56 | 17 Mac | 17 | Brunei | Beliau tidak menyertai perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur tetapi telah menghadiri satu perjumpaan tabligh pada 5 Mac 2020 di Brunei yang juga dihadiri oleh beberapa orang jemaah yang menghadiri perkumpulan tabligh di Kuala Lumpur. |
57 | 18 Mac | 53 | Bangladesh | Beliau ialah pekerja sektor swasta di Brunei dan menghadiri perkumpulan tabligh di sini pada 5 Mac 2020, dan mula mengalami demam panas pada 12 Mac 2020. |
58 | 18 Mac | 42 | Tidak diketahui | Beliau ialah isteri kepada kes ke-57. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami sengal badan pada 16 Mac 2020. |
59 | 18 Mac | 13 | Tidak diketahui | Beliau ialah anak kepada kes ke-57 dan mula mengalami demam panas pada 13 Mac 2020. |
60 | 18 Mac | 13 | Tidak diketahui | Anak kepada kes ke-57 dan saudara kembar kepada kes ke-59. Beliau mula mengalami demam panas pada 13 Mac 2020. |
61 | 18 Mac | 12 | Tidak diketahui | Anak kepada kes ke-57. Beliau mula mengalami demam panas pada 14 Mac 2020. |
62 | 18 Mac | 3 | United Kingdom | Anak kepada kes-53 dan mula mengalami selsema pada 13 Mac 2020. |
63 | 18 Mac | 62 | Tidak diketahui | Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-43. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah bertemu dengan Kes 43 pada 9 Mac 2020. Beliau mula merasa demam panas dan mengalami selsema pada 14 Mac 2020. |
64 | 18 Mac | 49 | Tidak diketahui | Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-42. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula batuk dan selsema pada 11 Mac 2020. |
65 | 18 Mac | 29 | Tidak diketahui | Beliau ialah anak kepada kes ke-47. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah bertemu dengan ayahnya pada 10 Mac 2020. |
66 | 18 Mac | 7 | Tidak diketahui | Kanak-kanak ini ialah kotak rapat kepada kes ke-42. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan. |
67 | 18 Mac | 20 | Brunei | Beliau ialah rakan rapat kepada kes ke-48. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
68 | 18 Mac | 12 | Brunei | Kanak-kanak ini ialah kontak rapat kepada kes ke-52. Penyiasatan kontek menunjukkan kes ini adalah kes pertama dalam generasi ketiga kluster tabligh. |
69 | 19 Mac | 46 | Brunei | Pulang melancong bersama keluarga dari Malaysia pada 11 Mac 2020 dan telah mula mengalami batuk pada 9 Mac 2020. |
70 | 19 Mac | 72 | Tidak diketahui | Kontak keluarga kes ke-53 dan tidak mengalami sebarang tanda jangkitan. |
71 | 19 Mac | 52 | Tidak diketahui | Menghadiri sebuah perkumpulan tabligh di Brunei pada 5 Mac 2020. |
72 | 19 Mac | 46 | Tidak diketahui | Beliau menghadiri sebuah perkumpulan tabligh di Brunei pada 5 Mac 2020. |
73 | 19 Mac | 68 | Brunei | Pulang melancong bersama keluarga dari United Kingdom pada 16 Mac 2020 dan telah mula mengalami batuk pada 12 Mac 2020. |
74-77 | 20 Mac | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Kontak rapat keluarga kepada kes ke-69. Kesemua mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
78 | 20 Mac | 54 | United Kingdom | Beliau ialah seorang warga British yang berkerja di Brunei dan telah tiba di negara ini pada 16 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau telah menjalani ujian makmal COVID-19 setelah dimaklumkan bahawa seorang penumpang yang duduk berdekatan dengannya dan yang telah meneruskan perjalanan ke Hong Kong telah disahkan positif COVID-19 sebaik sahaja tiba di Hong Kong. Penyiasatan epidemiologi tidak mengaitkan kes ini dengan kes ke-73 yang telah menaiki pesawat yang sama. |
79 | 21 Mac | 28 | Tidak diketahui | Kontak rapat kepada kes ke-13. Pada awal penyiasatan kontak rapat, kes ini telah didapati negatif ujian makmal COVID-19 dan telah menjalani kurantin sejak 12 Mac 2020. Walau bagaimanapun, beliau telah mula mengalami sengal badan pada 16 Mac 2020 dan oleh itu, telah diaturkan untuk menjalani ujian makmal sekali lagi. |
80 | 21 Mac | 6 bulan | Brunei | Kontak kepada kes ke-73. Anak damit ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan. |
81 | 21 Mac | 43 | Tidak diketahui | Rakan kerja kepada kes ke-69. Kedua-duanya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri, dan mula mengalami demam panas, sengal badan dan batuk pada 14 Mac 2020. |
82 | 21 Mac | 27 | Tidak diketahui | Rakan kerja kepada kes ke-69 mengalami sakit kepala pada 17 Mac 2020. |
83 | 21 Mac | 45 | Brunei | Isteri kepada kes ke-71. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan telah mula mengalami demam panas, mual, muntah dan sakit kepala pada 8 Mac 2020. |
84 | 22 Mac | 32 | Tidak diketahui | Beliau ialah rakan kerja kepada kes ke-69. Kes ini telah mula mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi pada 15 Mac 2020. |
85 | 22 Mac | 10 | Tidak diketahui | Anak kepada kes ke-81 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan mula mengalami selsema dan sakit kepala pada 21 Mac 2020. |
86 dan 87 | 22 Mac | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Kontak keluarga kepada kes ke-63. Kedua-duanya tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
88 | 22 Mac | 39 | Brunei | Seorang warga tempatan yang baru pulang dari United Kingdom ke negara ini pada 21 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau mula mengalami batuk pada 19 Mac 2020 iaitu semasa masih berada di luar negara. |
89 | 23 Mac | 51 | Tidak diketahui | Kontak kerja kepada kes ke-69. Beliau mula mengalami demam dan batuk pada 16 Mac 2020. |
90 | 23 Mac | 40 | Tidak diketahui | Kontak kerja kepada kes ke-69. Beliau mula mengalami tanda-tanda deman dan batuk pada 14 Mac 2020. |
91 | 23 Mac | 36 | Indonesia[2] | Kes ini pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI796 setelah bercuti di Surabaya, Indonesia bersama keluarga dan rakannya. Beliau mula mengalami demam panas, sakit kepala, batuk dan selsema pada 21 Mac 2020. |
92 | 24 Mac | 39 | Tidak diketahui | Isteri kepada kes ke-81 yang mula mengalami demam panas pada 22 Mac 2020. Beliau tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara. |
93 | 24 Mac | 57 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
94* | 24 Mac | 56 | Brunei | Kotak rapat kerja kepada kes ke-84. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula merasa demam pada 22 Mac 2020. Pesakit ini memasuki unit rawatan rapi pada 25 Mac dan meninggal dunia pada 27 Mei.[3] |
95 | 24 Mac | 42 | Tidak diketahui | Isteri kepada kes ke-90. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami selsema pada 20 Mac 2020. |
96 | 24 Mac | 50 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
97 | 24 Mac | 60 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
98 | 24 Mac | 30 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
99 | 24 Mac | 66 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
100 | 24 Mac | 60 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
101 | 24 Mac | 45 | Tidak diketahui | Kontak rapat kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami demam panas pada 22 Mac 2020. |
102 | 24 Mac | 60 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
103 | 24 Mac | 41 | Brunei | Beliau telah mula mengalami demam panas dan sakit tekak pada 12 Mac 2020. |
104 | 24 Mac | 51 | Tidak diketahui | Kes ini berkait dengan kes ke-91, iaitu kumpulan keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
105 | 25 Mac | 17 | Brunei | Seorang lelaki tempatan yang mempunyai kaitan dengan kluster keluarga yang telah melancong ke Surabaya, Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796. |
106 | 25 Mac | 23 | Brunei | Kes ini pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau mula mengalami sakit kepala pada 24 Mac 2020. |
107 | 25 Mac | 51 | Tidak diketahui | Kes ini ialah pekerja asing berumur 51 tahun yang berkerja di Brunei dan pulang ke negara ini dari Surabaya, Indonesia pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI796 (tempat duduk 29B). Walau bagaimanapun, Kes ini bukan dalam rombongan yang sama dengan kumpulan kes ke-91. |
108 | 25 Mac | 72 | Tidak diketahui | Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan Kes 73, 80, 88, 101 dan 109. Beliau telah pulang dari United Kingdom bersama Kes 73 pada 16 Mac 2020 dan ujian makmal beliau pada awalnya adalah negatif. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
109 | 25 Mac | 33 | Tidak diketahui | Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan Kes 73, 80, 88, 101 dan 108. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan mula mengalami demam panas dan selsema pada 23 Mac 2020. |
110 | 26 Mac | 21 | Brunei | Seorang warga tempatan yang telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI004. Beliau mula mengalami batuk dan sakit tekak pada 20 Mac 2020. |
111 | 26 Mac | 42 | Tidak diketahui | Kes ini mempunyai hubungan dengan kluster yang berkaitan dengan kumpulan kes ke-73. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom dan telah pulang ke negara ini pada 15 Mac 2020 di mana ujian makmal beliau pada ketika itu adalah negatif. Walau bagaimanapun, beliau telah kemudiannya terdedah kepada beberapa kes yang telah disahkan dengan COVID-19. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
112 | 26 Mac | 51 | Tidak diketahui | Kes ini berhubungan dengan kluster kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Ujian awal makmal beliau pada 20 Mac 2020 adalah negatif dan beliau telah mula menjalani kurantin sejak hari tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah sekali lagi menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 berikutan pengesahan kes ke-101 di dalam kluster berkenaan. |
113 | 26 Mac | 20 | Tidak diketahui | Anak kepada kes ke-103 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas dan sakit kepala pada 22 Mac 2020. |
114 | 26 Mac | 50 | Tidak diketahui | Kes ini berhubungan dengan kluster yang berkaitan dengan kes ke-73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Ujian awal makmal beliau pada 20 Mac 2020 adalah negatif dan beliau telah mula menjalani kurantin sejak hari tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah sekali menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 berikutan pengesahan kes ke-101 di dalam kluster berkenaan. Beliau telah mula mengalami demam panas dan selsema pada 24 Mac 2020. |
115 | 27 Mac | 39 | Brunei | Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 21 Mac 2020 bersama keluarganya dengan menaiki pesawat BI004. Beliau hanya mula mengalami demam panas, sakit kepala, selsema dan mual pada 26 Mac 2020. Kes ini tidak mempunyai kaitan dengan kes ke-88 yang telah pulang ke negara ini dengan menaiki pesawat yang sama |
116 | 28 Mac | 59 | Brunei | Beliau pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 19 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau hanya mula mengalami sengal badan dan batuk pada 23 Mac 2020. |
117 | 28 Mac | 21 | Tidak diketahui | Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 22 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau telah menjalani pengasingan diri sejak tiba di negara ini dan hanya mula menghidap selsema semasa memulakan pengasingan diri pada 22 Mac 2020. |
118 | 28 Mac | 20 | Tidak diketahui | Kontak rapat keluarga kepada kes ke-116. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
119 | 28 Mac | 35 | Tidak diketahui | Beliau telah pulang ke negara ini dari United Kingdom pada 23 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
120 | 28 Mac | 39 | Tidak diketahui | Beliau telah pulang ke negara ini dari Manila pada 14 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI686. Beliau telah mula mengalami batuk dan selsema pada 14 Mac 2020. |
121 | 29 Mac | 21 | Brunei | Beliau telah menghadirkan diri untuk menjalani ujian makmal bagi COVID19 di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 27 Mac 2020. Kes ini masih lagi dalam penyiasatan. |
122 | 29 Mac | 67 | Brunei | Suami kepada kes ke-116. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami batuk pada 23 Mac 2020. Pesakit ini memasuki unit rawatan rapi pada 30 Mac dan meninggal dunia pada 16 Jun. |
123 | 29 Mac | 19 | Tidak diketahui | Beliau telah pulang ke negara ini dari Melbourne, Australia pada 19 Mac 2020 dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI006. Beliau telah mula mengalami sakit tekak pada 19 Mac 2020. |
124 | 29 Mac | 30 | Tidak diketahui | Isteri kepada Kes 120. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negeri dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
125 | 29 Mac | 51 | Tidak diketahui | Beliau pulang ke negara ini selepas melancong bersama keluarganya ke Thailand dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI514 pada 21 Mac 2020. Beliau telah mula mengalami sakit kepala, batuk, sengal badan dan selsema pada 23 Mac 2020. |
126 | 29 Mac | 31 | Tidak diketahui | Beliau pergi melancong ke Austria pada 7 Mac 2020 dan pulang ke negara ini melalui London dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004 (tempat duduk 40D) pada 15 Mac 2020. Beliau telah membuat pengasingan diri sebaik saja tiba ke negara ini dan telah mula mengalami sakit kepala dan sakit tekak pada 17 Mac 2020. |
127 | 30 Mac | 3 | Tidak diketahui | Anak kepada Kes 120. Kanak-kanak ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami demam panas pada 21 Mac 2020. |
128 | 31 Mac | 36 | Tidak diketahui | Isteri kepada kes ke-111. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah mula mengalami sakit kepala dan selsema pada 27 Mac 2020. |
129 | 31 Mac | 25 | Tidak diketahui | Beliau telah pulang dari Phuket, Thailand pada 20 Mac 2020 dengan menaiki pesawat BI520. Beliau telah mula mengalami demam panas pada 30 Mac 2020. |
130 | 1 April | 39 | Brunei | Beliau telah menyertai Kalimantan Bike Week bersama 32 orang rakannya dan telah menjalani pengasingan diri sejak pulang ke negara ini pada 16 Mac 2020. Beliau telah menghidap batuk yang berpanjangan dan telah menjalani ujian makmal bagi COVID-19 pada 30 Mac 2020. |
131 | 1 April | 28 | Tidak diketahui | Beliau melakukan pengasingan diri sejak pulang ke negara ini dari Amerika Syarikat melalui Singapura dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI424 pada 16 Mac 2020. Beliau mula mengalami sesak nafas ringan pada 21 Mac 2020. Beliau hanya menjalani ujian makmal bagi COVID-19 pada 30 Mac 2020 setelah sesak nafas beliau semakin teruk. |
132 | 2 April | 40 | Brunei | Isteri kepada kes ke-103. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan telah pertama kali menjalani ujian makmal pada 24 Mac 2020 yang didapati negatif. Walau bagaimanapun, semasa menjalani kurantin beliau telah mula mengalami sakit tekak dan selsema pada 30 Mac 2020. |
133 | 2 April | 38 | Brunei | Seorang warga tempatan yang telah pulang ke negara ini dari United Kingdom melalui Singapura dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI424 pada 01 April 2020. Beliau telah mula mengalami demam panas dan batuk pada 16 Mac 2020 iaitu semasa berada di United Kingdom. Walaupun beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan di sepanjang perjalanan pulang ke negara ini. |
134 | 3 April | 22 | Brunei | Seorang pelajar yang telah pulang ke negara ini dari Amerika Syarikat melalui United Kingdom dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI004 pada yang tiba pada 29 Mac 2020. Beliau menjalani pengasingan diri sejurus selepas tiba di Brunei dan tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan. |
135 | 4 April | 43 | Brunei | Beliau pergi ke Kuala Lumpur pada 27 Februari, tetapi tidak menghadiri majlis tabligh yang dianjurkan di situ. Kemudian, beliau hadir ke sebuah perjumpaan tabligh di Makassar, Indonesia, tetapi acara itu dibatalkan dan dikuarantin oleh pihak Indonesia hingga 24 Mac. Pada 25 Mac, beliau pergi ke Jakarta dan terbang ke Kuala Lumpur pada 2 April dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH720. Beliau pulang ke Brunei pada 3 Mac melalui Miri, Sarawak dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH2574. Beliau mengalami batuk sejak 22 Mac. |
136 | 10 April | 28 | Brunei | Seorang warga tempatan yang menuntut di Indonesia. Beliau telah menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH0872 ke Kuala Lumpur pada 7 April 2020 dan seterusnya
pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat Royal Brunei BI874 pada 8 April 2020. Beliau tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
137 | 18 April | 31 | Tidak diketahui | Isteri kepada kes ke-109 dan mempunyai kaitan dengan kluster Kes 73. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
138 | 19 April | 50 | Brunei | Kontak keluarga kepada kes ke-33. Beliau telah menjalani ujian makmal pada 13 Mac 2020 iaitu semasa kes ke-33 mula-mula dikesan di mana hasil ujian beliau ialah negatif. Beliau kemudiannya didapati positif berikutan pemeriksaan susulan bagi kes ke-33 pada 18 April 2020. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan. |
139 | 6 Mei | 40 | Tidak diketahui | Kes ini melibatkan seorang lelaki yang dikesan melalui surveilan terhadap para penduduk Brunei serta warga asing. |
140 | 7 Mei | 46 | Tidak diketahui | Kawan kepada kes ke-139 yang dilaporkan semalam yang mana kedua-dua kes baru ini juga telah dikesan melalui surveilan yang dilakukan di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pekerja asing. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga kes berkemungkinan dijangkiti virus SARS-CoV-2 pada bulan Mac 2020 dan mereka telah tinggal ditempat yang sama. |
141 | 7 Mei | 31 | Tidak diketahui | Kawan kepada kes ke-139 yang dilaporkan semalam yang mana kedua-dua kes baru ini juga telah dikesan melalui surveilan yang dilakukan di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pekerja asing. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga kes berkemungkinan dijangkiti virus SARS-CoV-2 pada bulan Mac 2020 dan mereka telah tinggal ditempat yang sama. |
142 | 7 Ogos | 24 | Brunei | Kes merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang menuntut di Yaman. Beliau telah pulang ke tanah air pada 5 Ogos 2020 dengan menaiki penerbangan Royal Brunei BI874 (tempat duduk 44K) dari Kuala Lumpur. |
143 | 19 Ogos | 31 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dengan penerbangan Diraja Brunei BI874 pada 12 Ogos 2020 melalui Kuala Lumpur dari Timur Tengah. Kes ini telah dikesan melalui program saringan ujian swab COVID-19 bagi sesiapa yang baru tiba ke negara ini dari luar negara. |
144 | 25 Ogos | 36 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dengan penerbangan Diraja Brunei BI874 pada 19 Ogos 2020 melalui Kuala Lumpur dari India. Kes ini telah dikesan melalui program saringan ujian swab COVID-19 bagi sesiapa yang baru tiba ke negara ini dari luar negara. |
145 | 3 September | 33 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke negara ini dari Indonesia melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI 874 (tempat duduk 32H) pada 28 Ogos 2020. Kes ini telah dikesan melalui program saringan ujian swab COVID-19 bagi sesiapa yang baru tiba ke negara ini dari luar negara. |
146 | 24 September | 29 | Brunei | Seorang lelaki tempatan yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India pada 18 September 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI4112 (tempat duduk 26J). |
147 | 14 Oktober | 25 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874 (tempat duduk 42C). |
148 | 22 Oktober | 40 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2020 melalui penerbangan Diraja Brunei
BI874 (tempat duduk 27A). |
149 | 23 November | 37 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India melalui Kuala Lumpur pada 11 November 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874. |
150 | 24 November | 37 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Mesir melalui Kuala Lumpur pada 13 November 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874. |
151 | 1 Disember | 26 | Tidak diketahui | Seorang perempuan yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 20 November 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874. |
152 | 8 Disember | 39 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 November 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874. |
153 | 30 Disember | 29 | Tidak diketahui | Seorang lelaki yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India melalui Kuala Lumpur, Malaysia pada 18 Disember 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI874. |
154 | 30 Disember | 27 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India pada 18 Disember 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI4112. |
155 | 30 Disember | 61 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India pada 18 Disember 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI4112. |
156 | 30 Disember | 63 | Tidak diketahui | Seorang lelaki iaitu suami kepada kes-155. Beliau tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India pada 18 Disember 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI4112. |
157 | 30 Disember | 33 | Tidak diketahui | Seorang wanita yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari India pada 18 Disember 2020 dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei BI4112. |
* Disahkan meninggal dunia. Rujukan: Laporan-laporan oleh Menteri Kesihatan Brunei[4] |
Rujukan
- ^ "Brunei reports first coronavirus death". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 28 Mac 2020. Dicapai pada 28 Mac 2020.
- ^ Batubara, Herianto (24 Mac 2020). "1 dari 3 WNI Positif Corona di Brunei Terdeteksi Datang dari Surabaya". detikNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Mac 2020.
- ^ "Kenyataan Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam" (PDF). Kementerian Kesihatan (Brunei). 27 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ "Press Releases & Press Info on Coranavirus Disease 2019 (COVID-19)". Kementerian Kesihatan Brunei (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2020.