Telinga adalah sebuah cerita pendek dari Indonesia karya Seno Gumira Ajidarma yang dimuatkan dalam rampaian cerpen Saksi Mata. Di Timor Leste, cerpen ini diterbitkan dalam bahasa Portugis dengan judul Orelhas, yang dibuat oleh João Paulo Tavares Esperança dan diterbitkan dalam tambahan sastera Varzea de Letras edisi Oktober/November 2004.
Huraian
Dalam bukunya Ketika Jurnalisme Dibungkam Sastra Harus Bicara (Yogyakarta, Yayasan Bentang Budaya, 1997), Seno menulis bahawa ilham penulisan Telinga muncul ketika gabenor Timor Timur Mário Viegas Carrascalão menerima empat pemuda di pejabatnya, dua daripada mereka terpotong telinganya.
Karya ini pertama kali terbit dalam surat khabar KOMPAS pada tanggal 9 OgosTelinga kembali diterbitkan dalam Pelajaran Mengarang (cerita-cerita pilihan KOMPAS pada tahun 1993). Telinga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Riana Puspasari dan terbit dengan judul Ears dalam The Jakarta Post pada tahun 1994. Cerpen ini kemudian diterjemahkan kembali dalam bahasa Inggeris oleh Jan Lingard, diterbitkan dengan judul Ears di Inside Indonesia pada bulan Jun 1995.








