Teh (susu) mutiara Bubble tea, 珍珠奶茶 zhēn zhū nǎi chá | |
---|---|
Nama alternatif | Teh mutiara Teh boba (boba tea) Teh buih (bubble tea) |
Jenis | Teh susu |
Jenis sajian | Minuman |
Tempat asal | Taiwan |
Kawasan/rantau | Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand |
Bahan utama | Tepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa |
Bahan yang biasa digunakan | Tapioca, gula, teh, non-dairy creamer, susu, Coconut jelly, popping boba |
sunting · sunting di Wikidata |
Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶 ; pinyin: zhēn zhū nǎi chá, bahasa Inggeris: bubble tea ), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶 ; pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]
Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]
Pembuatan
Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.
Teh
Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶, bái chá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.
"Bebola mutiara" atau boba (粉圓, fěn yuán)
Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang - gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.
Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.
Sejarah
Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an,[4] terutamanya di Vietnam.[5]
Rujukan
- ^ Contoh nama "teh mutiara": Teh mutiara dan Sinar Harian 13 tahun https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/40852
- ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The drink that changed the world. Rutland: Tuttle Publishing. m/s. 219. ISBN 9780804837248.
- ^ a b Chang, Derrick (12 June 2012). "Is this the inventor of bubble tea?". International Edition. CNN. Dicapai pada 13 February 2015.
- ^ "珍珠奶茶的製作方法 Zhēn zhū nǎi chá de zhì zuò fāng fǎ" [Cara pembuatan teh susu mutiara] (dalam bahasa Cina). Crystalpalace.poempalace.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 27 Julai 2011.
- ^ Atsushi Tomiyama (3 Mei 2018). "Vietnam embraces Taiwan-style bubble tea". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 28 Ogos 2019.