Tavan Bogd | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 4,374 m (14,350 ka) |
Tonjolan | 2342 |
Senarai | Ultra |
Koordinat | 49°8′45″N 87°49′9″E / 49.14583°N 87.81917°EKoordinat: 49°8′45″N 87°49′9″E / 49.14583°N 87.81917°E [1] |
Penamaan | |
Sebutan | tɑwɑŋ ˈbɔɡ.dɔ |
Geografi | |
Lokasi | Ulaankhus soum and Tsengel soum, Wilayah Bayan-Olgii, Mongolia |
Induk banjaran | Pergunungan Altai-Mongolia |
Pendakian | |
Pendakian pertama | 1956 |
Laluan paling mudah | Pendakian |
Nama rasmi | Kompleks Ukiran Batu Altai Mongolia |
Jenis | Cultural |
Kriteria | iii |
Ditetapkan | 2011 ( Sesi ke-35 ) |
No. rujukan | 1382 |
Majlis Negara | Mongolia |
Kawasan | Asia |
Tavan Bogd (Bahasa Mongolia: Таван богд, [tɑwɑŋ ˈbɔɡ.dɔ], "lima wali") ialah sebuah massif gunung di Mongolia, berdekatan dengan sempadan bertiga dengan Rusia dan China. Puncak tertingginya, Puncak Khüiten (dulu juga dikenali sebagai Puncak Nairmadal), ialah titik tertinggi di Mongolia dengan ketinggian 4374 meter atas paras laut.
Massif Tavan Bogd kebanyakannya diletak di Wilayah Bayan-Olgii, Mongolia; cerun utaranya dimiliki oleh Republik Altai, Rusia, dan cerun baratnya pula ditempatkan di Wilayah Burqin, China.
Selain daripada Puncak Khüiten, massif Tavan Bogd juga mempunyai empat puncak yang lain: Puncak Nairamdal, Puncak Malchin, Puncak Bürged (helang) and Puncak Olgii (ibu negara).[2]
Sempadan antarabangsa
Berdasarkan perjanjian tiga pihak dan peta topografi yang diterbitkan yang relevan, titik pertemuan sempadan China-Rusia, sempadan China-Mongolia dan sempadan Mongolia-Rusia ialah di titik tertinggi sebuah puncak dengan ketinggian 4081 meter atau 4104 meter, di koordinat 49°10′13.5″N 87°48′56.3″E.[3][4][5] Dalam peta dan perjanjian tersebut, puncak gunung tersebut dirujukkan sebagai Puncak Tavan Bogd (Bahasa Rusia: Таван-Богдо-Ула, Tavan-Bogdo-Ula; Bahasa Mongolia: Таван Богд Уул, Tavan Bogd Uul), atau Gunung Kuitun (Bahasa Cina: 奎屯山; pinyin: Kuítún shān).[3][4][6]
Disebabkan oleh lokasinya yang terpulau dan sukar untuk dicapai, di atas gunung yang dilapis oleh salji yang kekal, ketiga-tiga negara tersebut bersetuju untuk tidak menubuhkan sebuah penanda sempadan di titik pertemuan bertiga itu.[3]
Sumber lain mengatakan bahawa titik pertemuan bertiga itu dinamakan Puncak Nairamdal, tetapi ini tidak disahkan oleh sama ada persetujuan rasmi atau peta.
Beberapa puncak massif Tavan Bogd yang lain terletak di sempadan China-Mongolia atau sempadan Mongolia-Rusia. Secara khususnya, titik tertinggi massif itu, Puncak Khüiten, boleh dijumpai di sempadan China-Mongolia, kira-kira 2.5 kilometer selatan dari titik pertemuan bertiga itu. Ketika masa dulu, ia dikenali sebagai "Puncak Persahabatan" (Nairamdal Uul dalam bahasa Mongolia, atau Youyi Feng 友谊峰 dalam bahasa Cina).[7]
Puncak-puncak
Puncak-puncak utama massif Tavan Bogd ialah:
Nama | Ketinggian (meter) |
---|---|
Puncak Khüiten | 4,374 |
Puncak Nairamdal | 4,180 |
Puncak Bürged | 4,068 |
Puncak Malchin | 4,050 |
Puncak Olgii |
Glasiasi
Berdasarkan pengukuran satelit, jumlah kawasan glasiasi di kawasan massif Tavan Bogd berjumlah 204 kilometer persegi pada tahun 2009.[7] Kawasan glasier berjumlah 213 kilometer persegi pada tahun 1989; dalam kata-kata yang lain, glasier hilang 4.2% daripada kawasannya dalam masa 20 tahun.[7]
Daripada negara-negara yang kongsi massif itu, kawasan dengan paling banyak glasier terletak di Mongolia; ia mengandungi Glasier Potanin (terpanjang Mongolia) dan Glasier Alexandra.
Berdasarkan sebuah anggaran pada tahun 2011, cerun utara (Rusia) massif Tavan Bogd mengandungi 12 glasier, yang melapis sejumlah 22.8 kilometer persegi.[8] Berdasarkan pengkaji Rusia itu, glasier cerun utara massif itu kehilangan 11% daripada kawasannya antara tahun 1962 hingga tahun 2002, dan 12% lagi antara tahun 2002 hingga tahun 2009.[8]
Taman Negara dan kawasan terpelihara
Kawasan terpelihara khas telah ditetapkan dalam ketiga-tiga negara yang berkongsi Tavan Bogd.
Bahagian massif Tavan Bogd yang dimiliki oleh Mongolia diletak di dalam Taman Negara Altai Tavan Bogd. Taman tersebut merangukmi 6,362 kilometer persegi. Ia mengandungi sungai Khoton, sungai Khurgan, dan sungai Dayan. Kawasan terpelihara itu memberikan tempat tinggal kepada pelbagai spesies haiwan alp, seperti kambing biri-biri Argali, Ibex, rusa merah, martes Beech, Moose, ayam jantan salji, dan helang emas.
Pada bahagian Rusia sempadan berkenaan, Dataran Ukok, bersebelahan dengan massif Tavan Bogd dari utara, sebahagian daripada Pergunungan Emas altai, sebuah Tapak Warisan Dunia.
Di barat cerun massif itu, di bahagian China, aliran glasier mengalir ke Sungai Akkul (阿克库勒湖), yang mengalir ke Sungai Kanas jauh ke timur; kawasan Sungai Lake telah diisytiharkan sebagai tapak pandangan AAAAA oleh Pentadbiraan Pelancongan Kebangsaan China.[9] Sebuah kawasan seluas 5,588 kilometer persegi telah ditetapkan sebagai Tapak Simpanan Alam Semulajadi Kanas. (zh:喀纳斯湖自然风景保护区)
Juga lihat
Rujukan
- ^ Peaklist source
- ^ "AsiaTRAVEL - Mongolia" Yuducom
- ^ a b c ПРОТОКОЛ-ОПИСАНИЕ ТОЧКИ ЗАПАДНОГО СТЫКА ГОСУДАРСТВЕННЫХ ГРАНИЦ ТРЕХ ГОСУДАРСТВ МЕЖДУ ПРАВИТЕЛЬСТВОМ Российской Федерации, ПРАВИТЕЛЬСТВОМ МОНГОЛИИ и ПРАВИТЕЛЬСТВОМ КИТАЙСКОЙ НАРОДНОЙ РЕСПУБЛИКИ (ПОДПИСАН в г. ПЕКИНЕ 24.06.1996) Diarkibkan 2018-02-16 di Wayback Machine (Protokol dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menyatakan titik pertemuan barat sempadan ketiga-tiga negara itu. Ditandatangan di Beijing pada Jun 24, 1996) (dalam bahasa Rusia)
- ^ a b Соглашение между Правительством Российской Федерации, Правительством Китайской Народной Республики и Правительством Монголии об определении точек стыков государственных границ трех государств (Заключено в г. Улан-Баторе 27 января 1994 года) (Perjanjian dengan Kerajaan Rusia, Kerajaan Mongolia dan Kerajaan China, menentukan titik-titik pertemuan bagi sempadan ketiga-tiga negara itu) (dalam bahasa Rusia)
- ^ Peta Topo M45-104 Soviet, skala 1:100,000 (dalam bahasa Rusia)
- ^ 中华人民共和国和俄罗斯联邦关于中俄国界西段的协定 (Perjanjian antara China dan Rusia berkaitan dengan bahagian barat sempadan China-Rusia) 1994-09-03 (dalam bahasa Cina)
- ^ a b c Krumwiede, Brandon S.; Kamp, Ulrich; Leonard, Gregory J.; Kargel, Jeffrey S.; Dashtseren, Avirmed; Walther, Michael (2014), "Perubahan Glasier Terkini Di Pergunungan Altai Mongolia: Kajian dari Munkh Khairkhan dan Tavan Bogd", dalam Kargel, Jeffrey Stuart (ed.), Global Land Ice Measurements from Space, Springer-Praxis siri geofizik, Springer, pp. 481–509, ISBN 3540798188
- ^ a b Chistyakov, K. V.; Ganiushkin, D. A. (2015), "Glasiasi dan Fenomena Thermokarst dan Bencana Alam di Pergunungan di Barat Laut Asia Tengah", dalam Culshaw, Martin; Osipov, Victor; Booth, S.J.; et al. (eds.), Environmental Security of the European Cross-Border Energy Supply Infrastructure NATO Science for Peace and Security Series C: Environmental Security, Springer, pp. 207–218, ISBN 940179538X
- ^ "Tapak pandanan AAAAA" Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China
Bibliografi
- Krumwiede, Brandon S.; Kamp, Ulrich; Leonard, Gregory J.; Kargel, Jeffrey S.; Dashtseren, Avirmed; Walther, Michael (2014), "Perubahan Glasier Terkini Di Pergunungan Altai Mongolia: Kajian dari Munkh Khairkhan dan Tavan Bogd", dalam Kargel, Jeffrey Stuart (ed.), Global Land Ice Measurements from Space, Springer-Praxis siri geofizik, Springer, pp. 481–509, ISBN 3540798188
- Chistyakov, K. V.; Ganiushkin, D. A. (2015), "Glasiasi dan Fenomena Thermokarst dan Bencana Alam di Pergunungan di Barat Laut Asia Tengah", dalam Culshaw, Martin; Osipov, Victor; Booth, S.J.; et al. (eds.), Environmental Security of the European Cross-Border Energy Supply Infrastructure NATO Science for Peace and Security Series C: Environmental Security, Springer, pp. 207–218, ISBN 940179538X
Pautan luar