Taufik Hidayat | |
---|---|
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia | |
Menyandang jawatan 21 Oktober 2024 | |
Presiden | Prabowo Subianto |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bandung, Jawa Barat, Indonesia | 10 Ogos 1981
Latar belakang kerjaya
Ketika Taufik masih muda, beliau menyertai kelab badminton SGS di Bandung. Setelah sekian lama menjalani latihan bersama Iie Sumirat, Taufik mempelajari kekeliruan gerak geri badan dan karakter dan juga taktik permainan ketika berada di jaring.
Olimpik 2004
Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas.
2005: Kejohanan Dunia
Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.
2006 - 2007: Emas Sukan Asia dan Asia Tenggara kedua
Hidayat memenangi pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia 2002 Busan dan 2006 Doha. Beliau juga memenangi Kejohanan Asia 2007, dan dua pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 1999 Bandar Seri Begawan dan 2007 Nakhon Ratchasima.
Olimpik 2008
Hidayat bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2008, tetapi tersingkir pada pusingan kedua oleh Wong Choong Hann dari Malaysia.
Olimpik 2012
Buat kali keempat, Hidayat menyertai Sukan Olimpik Musim Panas, yakni di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 tetapi dia tersingkir pada pusingan 16 oleh Lin Dan dari China. Media popular ada kalanya menumpukan perhatian kepada persaingan yang dirasakan antara Hidayat dan pemain China Lin Dan, merujuk kepada kedua-duanya sebagai "seteru utama".[1][2][3] Ini ialah kali terakhir Hidayat menyertai Sukan Olimpik Musim Panas.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan anak perempuan Agum Gumelar, Ami Gumelar, pada 4 Februari 2006. Mereka mempunyai seorang anak perempuan pada awal Ogos 2008, bernama Natarina Alika Hidayat. Dia dilahirkan sejurus sebelum dia pergi bertanding ke Kejohanan Dunia.[4]
Pada Disember 2012, Hidayat secara rasmi membuka pusat latihan badminton bernama Taufik Hidayat Arena (THA) di Ciracas, Jakarta Timur yang diuruskannya.[5]
Penyertaan pasukan Indonesia
- 5 penyertaan Piala Sudirman (1999, 2001, 2003, 2005, 2007)
- 4 penyertaan Piala Thomas (2000, 2002, 2004, 2006)
Pencapaian
- 6 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Indonesia (1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006)
- 2 gelaran perseorangan lelaki Sukan Asia (2002 dan 2006)
- 1 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia (2005)
- 1 gelaran perseorangan lelaki Badminton Sukan Olimpik (2004)
- 2 gelaran Piala Thomas bersama Pasukan Kebangsaan Badminton Indonesia (2000 dan 2002)
- 3 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (2000, 2004 and 2007)
- 2 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Singapora (2001, 2005)
- 1 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia (2000)
- Memenangi Terbuka Brunei Open ketika berusia 16 tahun
Rekod lawan terpilih
Rekod menentang finalis Siri Super, atlet separuh akhir Kejohanan Dunia serta suku akhir Olimpik.[6]
- Bao Chunlai 5–9
- Chen Hong 9–2
- Chen Jin 2–4
- Chen Long 2–4
- Chen Yu 7–0
- Du Pengyu 5–1
- Ji Xinpeng 0-2
- Lin Dan 4–13
- Xia Xuanze 2–2
- Viktor Axelsen 0–1
- Peter Gade 10–8
- Poul-Erik Høyer Larsen 1–1
- Jan Ø. Jørgensen 2–2
- Kevin Cordón 1–0
- Hariyanto Arbi 0–1
- Hendrawan 2–1
- Sony Dwi Kuncoro 3–3
- Tommy Sugiarto 2–1
- Sho Sasaki 1–3
- Lee Hyun-il 2–4
- Park Sung-hwan 11–2
- Son Wan-ho 3–0
- Lee Chong Wei 8–15
- Liew Daren 2–1
- Wong Choong Hann 4–6
- Ronald Susilo 3–1
- Boonsak Ponsana 10–1
Rujukan
- ^ "Lin Dan: Arch rival in Doha not Taufik". China Daily. 1 December 2006. Dicapai pada 23 January 2010.
- ^ "Taufik says unable to communicate with Lin Dan". Chinaview.com.cn. Xinhua News Agency. 6 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2008. Dicapai pada 23 January 2010.
- ^ "Taufik Hidayat to meet Chinese Lin at Japan Open". Antara. 15 October 2006.
- ^ "Biography Taufik Hidayat". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2013. Dicapai pada 30 August 2013.
- ^ Monalisa; Sidik, Jafar M (10 December 2012). "Taufik Hidayat buka "Taufik Hidayat Arena"". www.antaranews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 4 December 2020.
- ^ "Taufik HIDAYAT | HEAD TO HEAD ANALYSIS | Profile". BWF Tournament Software. Dicapai pada 2021-07-31.
Pautan luar
- Profil Pemain BWF Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine