Hurikan kategori 5 major (SSHWS/NWS) | |
Terbentuk | 30 Ogos 2017 |
---|---|
Reda | 12 September 2017 |
Angin terkuat | 1 minit berterusan: 185 bpj (295 km/j) |
Tekanan terendah | 914 mbar (hPa); 26.99 inHg |
Kematian | 55 (setakat 12 September) |
Kerosakan | > $30 bilion (2017 USD) (Taufan paling merugikan ke-4 atau ke-5 dalam catatan secara tidak rasmi) |
Kawasan terjejas | Kepulauan Leeward (terutama Barbuda, Saint-Barthélemy, Saint Martin, dan Kepulauan Virgin), Antillen Besar, Kepulauan Turks dan Caicos, Bahama, Amerika Syarikat Tenggara |
Sebahagian daripada Musim ribut Atlantik 2017 |
Taufan Irma ialah ribut Tanjung Verde yang teramat dahsyat dan menimbulkan bencana besar, ribut paling kuat yang berlaku di Atlantik sejak Dean pada tahun 2007. Taufan ini juga merupakan taufan Atlantik paling kuat yang menyerang Amerika Syarikat sejak Katrina pada tahun 2005, dan badai besar pertama yang menyerang negara bahagian Florida sejak Wilma pada tahun 2005. Taufan bernama yang ke-9, siklon tropika ke-4, dan ribut besar yang ke-2 dari musim ribut Atlantik 2017, Irma menyebabkan kerosakan dan menimbulkan bencana besar sepanjang tempoh panjang, terutama di bahagian timur laut Kepulauan Caribbean.
Irma terbentuk pada 30 Ogos 2017 berdekatan Kepulauan Tanjung Verde dari gelombang tropika yang telah bergerak dari pesisir pantai Afrika barat tiga hari sebelumnya.[1][2][3] Taufan Irma dengan pantas melanda tidak lama setelah dibentuk, menjadi ribut Kategori 2 pada skala Saffir-Simpson hanya dalam tempoh 24 jam.
Kronologi
Taufan Irma dibentuk di Lautan Atlantik. Pada 22 Ogos 2017, NHC memantau gelombang tropika di Afrika Barat, taufan baru di Atlantik in berkecepatan 30 mil per jam (51 km per jam) dengan kategori tekanan tropika. Pada 30 Ogos 2017, Irma menjadi ribut tropika, suhu permukaan laut Atlantik sangat panas. 31 Ogos, Taufan Irma menjadi Kategori 1 dengan angin menaik dari 75 mil per jam (110 km/h) ke 115 mil per jam (185 km/h) hanya dalam 12 jam. 4 September. Irma menjadi Kategori 4. Semakin terus ke Kepulauan Leeward. Irma menjadi Kategori 5. 6 September. Irma melepasi Barbuda, Bahama, dan lain-lain.
Rujukan
- ^ Brian McNoldy (30 Ogos 2017). "Tropical Storm Irma forms in Atlantic, and we're still watching Gulf of Mexico early next week". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 6 September 2017.
- ^ "Hurricane Irma intensifies over the Atlantic". CNBC. Reuters. 1 September 2017. Dicapai pada 6 September 2017.
- ^ Marina Koren (August 31, 2017). "Hurricane Irma Just Hit Category 3". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 September 2017.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hurricane Irma |
- The National Hurricane Center's advisory archive on Hurricane Irma
- Hurricane Irma Viewed From the International Space Station di YouTube
- Ready.gov's advice on Hurricanes
- Track and wind speed history