- Untuk rencana utama, sila lihat: Bahasa Esperanto
Bahasa Esperanto ialah bahasa buatan antarabangsa yang ditutur dengan paling meluas. Namanya berasal daripada perkataan Doktoro Esperanto, nama samaran L. L. Zamenhof. Matlamat Zamenhof ialah untuk mewujudkan sebuah bahasa yang mudah dan fleksibel sebagai bahasa kedua sejagat untuk menggalakkan keamanan dan persefahaman antarabangsa.
Tatabahasa bahasa Esperanto yang tetap membuatkannya agak mudah dipelajari berbanding banyak bahasa lain.
Sifat linguistik
Pengelasan
Sebagai sebuah bahasa buatan, bahasa Esperanto tidak mempunyai perkaitan salasilah dengan sebarang bahasa etnik. Bahasa Esperanto boleh diperihalkan sebagai "sebuah bahasa yang sebahagian besar leksikonnya terdiri daripada bahasa-bahasa Romawi, yang intensif dari segi morfologi, yang aglutinatif, dan pada setakatnya mempunyai sifat isolatif". [1]. Fonologi, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan semantik berdasarkan bahasa-bahasa Indo-Eropah barat. Inventori fonem dan sebahagian besar semantik bahasa Esperanto pada dasarnya berasal daripada bahasa Slavik, sedangkan perbendaharaan katanya diterbitkan daripada bahasa-bahasa Romawi, dengan sumbangan yang lebih kecil daripada bahasa-bahasa Jermanik. Pragmatik dan aspek-aspek lain yang tidak ditetapkan oleh Zamenhof dalam dokumen-dokumennya yang asal dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asli penutur awal, terutamanya bahasa Rusia, Poland, Jerman, dan Perancis.
Dari segi tipologi, bahasa Esperanto mempunyai kata depan dan urutan kata pragmatik yang secara ingkar mengambil bentuk Subjek Kata-kerja Objek dan Kata Nama Adjektif. Perkataan-perkataan baru dibentukkan dengan banyak menggunakan awalan dan akhiran.
Fonologi
- Lihat juga Fonologi bahasa Esperanto
Esperanto mempunyai 5 vokal dan 23 konsonan, dua daripada konsonan itu merupakan separuh vokal. Bahasa Esperanto tidak mempunyai nada. Tekanan adalah selalu pada vokal kedua akhir, kecuali terdapt vokal akhir o menghilangkan bunyi (yang biasa berlaku untu puisi). Umpamanya, familio (keluarga) ialah [fa.mi.ˈli.o], tetapi famili’ ialah [fa.mi.ˈli].
Konsonan
Jenis konsonan | Bilabial | Labio- dental |
Alveolar | Belakang gusi |
Palatal | Velar | Glotis | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Plosif | p | b | t | d | k | g | ||||||||
Nasal | m | n | ||||||||||||
Tamparan | ɾ | |||||||||||||
Frikatif | f | v | s | z | ʃ | ʒ | x | h | ||||||
Afrikat | ʦ | ʧ | ʤ | |||||||||||
Malaran sisian tak geser | l | |||||||||||||
Malaran tak geser | j |
Bunyi /r/ biasanya digulung, tetapi kekadang juga ditampar ([ɾ] dalam IPA). /v/ mempunyai sebutan normatif seperti untuk v dalam bahasa Inggeris tetapi kekadang di antara v dan w (IPA [ʋ]), bergantung kepada latar belakang bahasa penutur. Vokal separuh [u̯] biasanya wujud hanya dalam diftong selepas vokal /a/ dan /e/. Asimilasi yang biasa (walaupun kekadang dipertikaikan) termasuk sebutan /nk/ sebagai [ŋk], seperti sink dalam bahasa Inggeris, dan /kz/ sebagai [gz], seperti x untuk example dalam bahasa Inggeris.
Terdapat sebilangan besar gugus konsonan yang boleh wujud, iaitu sehingga tiga untuk posisi awal dan empat untuk posisi tengah (umpamanya untuk instrui, mengajar). Gugus akhir adalah tidak biasa, kecuali untuk nama-nama asing, elisi puisi untuk o akhir, dan untuk amat sedikit kata-kata dasar seperti cent (seratus) dan post (selepas).
Vokal
Bahasa Esperanto mempunyai lima vokal Sepanyol dan Swahili. Panjangnya tidak dibezakan dan tidak terdapat sebarang vokal yang disengaukan.
Jenis vokal | Depan | Belakang |
---|---|---|
Sempit | i | u |
Tengah | e | o |
Luas | a |
Terdapat enam diftong menurun: uj, oj, ej, aj, aŭ, eŭ (/ui̯, oi̯, ei̯, ai̯, au̯, eu̯/).
Dengan hanya lima vokal, terdapat banyak kelainan yang ditoleransi. Umpamanya, /e/ biasanya berbeza-beza antara [e] (Perancis é) dan [ɛ] (Perancis è). Perinciannya sering bergantung kepada bahasa asli penutur. Hentian glotis mungkin berlaku antara vokal berhampiran dalam sebilangan penuturan, khususnya ketika dua vokal adalah serupa, seperti untuk heroo (wira) dan praavo (moyang).
Tatabahasa
Perkataan-perkataan bahasa Esperanto diterbitkan melalui perangkaian kata-kata awalan, kata akar dan akhiran. Kaedah ini amat tetap supaya pengguna-pengguna bahasa Esperanto boleh mencipta perkataan-perkataan baru ketika mereka bertutur dan dapat difahami. Kata majmuk dibentukkan dengan penerang dahulu, dengan kata inti di belakang, iaitu dengan cara yang sama dengan bahasa Inggeris birdsong lawan songbird.
Golongan kata yang berbeza-beza ditandakan dengan akhiran tersendiri: semua kata nama berakhir dengan -o, semua adjektif dengan -a, adverba dengan -e, serta kata kerja dengan salah satu daripada enam akhiran kala dan modus, seperti kala kini -as.
Kata nama jamak berakhir dengan -oj (disebut "oy"), sedangkan objek tunggal berakhir dengan -on. Objek jamak berakhir dengan -ojn (disebut untuk merimakan dengan "coin" dalam bahasa Inggeris). Adjektif harus serasi dengan kata namanya; akhirannya mempunyai bentuk jamak -aj (disebut "eye" dalam bahasa Inggeris), objek -an, dan objek jamak -ajn (disebut untuk merimakan dengan "fine" dalam bahasa Inggeris).
|
|
Terdapat enam infleksi kata kerja yang terdiri daripada tiga kala dan tiga modus, iaitu kala kini -as, kala depan -os, kala lampau -is, modus infinitif -i, modus syarat -us, and modus suruh -u. Kata kerja tidak dibezakan untuk orang atau bilangan. Umpamanya: kanti - menyanyi; mi kantas - Saya menyanyi; mi kantis - Saya telah menyanyi; mi kantos - Saya akan menyanyi.
|
|
Urutan kata adalah agak bebas: adjektif boleh mendahului atau menyusul kata nama, dan subjek, kata kerja dan objek (ditandai dengan akhiran -n) boleh wujud dalam urutan yang berbeza-beza. Bagaimanapun, artikel la (the dalam bahasa Inggeris) dan demonstratif hampir selalui mendahului kata nama, dan kata depan harus mendahului artikel itu. Serupa juga, kata nafi ne (bukan, tidak) dan kata penghujung seperti kaj (kedua-dua, dan) dan ke ("that" dalam bahasa Inggeris) harus mendahului frasa atau klausa yang diperkenalkan. Dalam klausa kopula (A = B), urutan kata adalah sama penting dengan klausa bahasa Melayu seperti orang ialah kucing lawan kucing ialah orang.
Perbendaharaan kata
- Sila lihat senarai perkataan-perkataan bahasa Esperanto dan perkataan-perkataan bahasa Esperanto daripada Universala Vortaro di Wiktionary, kamus bebas dan projek kembar Wikipedia.
Perbendaharaan kata teras untuk bahasa Esperanto telah ditakrifkan dalam Lingvo internacia, sebuah buku yang diterbitkan oleh Zamenhof pada tahun 1887. Perbendaharaan kata itu mengandungi 900 kata akar yang dapat diperkembangkan untuk menjadi berpuluh-puluh ribu perkataan melalui penggunaan awalan dan akhiran, serta pemajmukan. Pada tahun 1894, Zamenhof menerbitkan kamus bahasa Esperanto pertama, Universala Vortaro, dengan set kata akar yang lebih besar. Bagaimanapun, peraturan-peraturan bahasa itu membenarkan penutur untuk meminjam kata akar ketika diperlukan dan sebagai panduan, hanya mencadangkan bahawa mereka mencari bentuk-bentuk yang paling sejagat, dan kemudian memperoleh maksud yang berkaitan daripada bentuk-bentuk itu.
Sejak masa itu, banyak perkataan telah dipinjam, khususnya tetapi bukan semata-matanya daripada bahasa-bahasa Eropah barat. Walaupun bukan semua perkataan pinjaman yang dicadangkan telah diterima, ada banyak juga yang telah diserapkan, khususnya istilah-istilah teknik dan sains. Sebaliknya, istilah-istilah untuk kegunaan harian cenderung dicipta daripada kata-kata akar yang sedia ada — umpamanya komputilo (komputer) daripada penggabungan komputi (mengira) dan akhiran -ilo (alat) — atau daripada peluasan maksud perkataan-perkataan yang sedia ada (umpamanya, muso (tikus) kini juga bermaksud peranti input komputer, seperti dalam bahasa Inggeris). Sering kali, terdapat banyak perdebatan antara penutur-penutur bahasa Esperanto mengenai adakah penggunaan sesuatu perkataan pinjaman mempunyai alasan yang kukuh, atau keperluan itu dapat dipenuhi dengan mencipta atau meluaskan makna perkataan-perkataan yang sedia ada.
Selain daripada kata-kata akar dan peraturan-peraturan untuk menggabungkan kata-kata akar itu, seorang pembelajar bahasa Esperanto harus mempelajari beberapa kata majmuk idiomatik yang tidak begitu jelas dan mudah. Umpamanya, eldoni (secara harfiahnya bermakna "memberikan") telah digunakan untuk perkataan "menerbitkan" (perkataan-perkataan pinjam terjemah daripada beberapa bahasa Eropah yang mempunyai terbitan yang sama), dan vortaro (secara harfiahnya bermaksud "himpunan perkataan") bermaksud "glosari" atau "kamus". Bentuk-bentuk ini telah ditiru daripada bahasa-bahasa Eropah etnik, dan penutur-penutur bahasa yang lain mungkin berpendapat bahawa bentuk-bentuk ini tidak logik.
Terbitan bentuk renta yang diwarisi daripada bahasa-bahasa sumber Esperanto mungkin serupa kabur, seperti perkaitan kabur antara kata akar centralo ("stesen kuasa") dengan centro ("pusat"). Kata majmuk dengan -um- adalah terang-terangan sembarangan, dan harus dibelajar satu demi satu, kerana -um- tidak mempunyai makna tertakrif. Umpamanya, imbuhan itu mengubahkan dekstren ("ke kanan") menjadi dekstrumen ("ikut arah jam)", dan komuna ("sama/berkongsi") menjadi komunumo ("komuniti").
Bagaimanapun, tidak terdapat banyak perkataan idiomatik atau slanga dalam bahasa Esperanto berbanding dengan bahasa-bahasa etnik, kerana penggunaan perkataan-perkataan itu menyebabkan komunikasi antarabangsa menjadi lebih sukar dan oleh itu, adalah bertentangan dengan matlamat utama bahasa Esperanto.
Sistem penulisan
Bahasa Esperanto ditulis dalam versi abjad Latin terubah suai, termasuk enam huruf dengan tanda diakritik: ĉ, ĝ, ĥ, ĵ, ŝ dan ŭ (iaitu, sirkumfleks c, g, h, j, s, dan tanda bunyi lemah u). Abjad bahasa Esperanto tidak termasuk huruf q, w, x, y, kecuali untuk nama asing tak berasimilasi.
Abjad 28-huruf adalah seperti berikut:
Semua huruf disebut lebih kurang sama dengan setara-setara huruf kecil dalam IPA, kecuali c serta huruf-huruf aksen:
Huruf | Sebutan |
---|---|
c | [ʦ] |
ĉ | [ʧ] |
ĝ | [ʤ] |
ĥ | [x] |
ĵ | [ʒ] |
ŝ | [ʃ] |
ŭ (as aŭ, eŭ) |
[u̯] |
Dua kelaziman penulisan ASCII serasi digunakan. Kedua-dua ini menggantikan dwilambang dengan huruf-huruf aksen. "Konvensi-h" yang asal (ch, gh, hh, jh, sh, u) didasarkan pada 'ch' dan 'sh' dalam bahasa Inggeris, sedangkan "konvensi-x" yang lebih terkini (cx, gx, hx, jx, sx, ux) adalah lebih berguna untuk penyisihan kata abjad dengan komputer (cx disusun dengan betul selepas cu, sx selepas sv, dan sebagainya), serta untuk penukaran kembali kepada ortografi piawai. Sila lihat Esperanta klavaro ([1]), reka letak papan kekunci, Latin-3 dan Unikod.
Bahasa Esperanto merupakan bahasa 'jelas' untuk komunikasi kod Morse sejak 1920-an, dan terdapat kod-kod untuk kesemua askara aksen bahasa Esperanto.
Frasa berguna
Di sini ada beberapa frasa bahasa Esperanto yang berguna, dengan transkripsi IPA:
- Helo: Saluton [sa.ˈlu.ton]
- Apakah nama kamu?:
- Kiel vi nomiĝas? [ˈki.el vi no.ˈmi.ʤas]
- Kio estas via nomo? [ˈki.o ˈes.tas ˈvi.a ˈno.mo]
- Nama saya ialah ... :
- Mi nomiĝas ... [mi no.ˈmi.ʤas ...]
- Mia nomo estas ... [ˈmi.a ˈno.mo ˈes.tas ...]
- Berapa?: Kiom? [ˈki.om]
- Kamu di sini: Jen [jen]
- Bolehkah kamu bertutur dalam bahasa Esperanto?: Ĉu vi parolas Esperanton? [ˈʧu vi pa.ˈro.las es.pe.ˈran.ton]
- Saya tak memahami kamu: Mi ne komprenas vin [mi ˈne kom.ˈpre.nas vin]
- Saya suka ini:
- Mi ŝatas tiun ĉi [mi ˈʃat.as ˈti.un ˈʧi]
- Ĉi tiu plaĉas al mi [ʧi ˈti.u ˈpla.ʧas al ˈmi]
- Terima kasih: Dankon [ˈdaŋ.kon]
- Terima kasih kembali (atau Sama-sama): Ne dankinde [ˈne daŋ.ˈkin.de]
- Silakan: Bonvolu [bon.ˈvo.lu]
- Ini untuk kesihatan kamu: Je via sano [je ˈvi.a ˈsa.no]
- Masya-Allah! (atau Alamak!)/Gesundheit!: Sanon! [ˈsa.non]
- Okey: Bone [ˈbo.ne]
- Nyaman hari ini: Estas bela tago [ˈes.tas ˈbe.la ˈta.go]
- Saya sayang kamu (Saya cinta kamu): Mi amas vin [mi ˈam.as vin]
- Selamat jalan:
- Ĝis (la) revido [ˈʤis (la) re.ˈvid.o]
- Ĝis (la)! [ˈʤis (la)]
- Keamanan: Pacon [ˈpa.tson]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Blanke, Detlev: Internationale Plansprachen. Eine Einführung ("International Planned Languages. An Introduction"), Berlin: Akademie-Verlag 1985
- Ludovikologia dokumentaro I Tokyo: Ludovikito, 1991. Cetakan semula Faksimile untuk Unua Libro dalam bahasa Rusia, Poland, Perancis, Jerman, Inggeris dan Sweden, bersama-sama dengan kamus-kamus bahasa Esperanto yang terawal untuk bahasa tersebut.
- Fundamento de Esperanto Diarkibkan 2003-12-11 di Wayback Machine. Cetakan semula HTML untuk Fundamento 1905, daripada Akademi bahasa Esperanto.
- Auld, William. La Fenomeno Esperanto ("Fenomena bahasa Esperanto"). Rotterdam: Universala Esperanto-Asocio, 1988.
- Butler, Montagu C. Step by Step in Esperanto. ELNA 1965/1991. ISBN 0939785013
- Culbert, Sidney S. Tiga pucuk surat mengenai perkaedahannya untuk menganggarkan bilangan penutur bahasa Esperanto, diimbas dan diterjemahkan dalam HTML oleh David Wolff.
- DeSoto, Clinton (1936). 200 Meters and Down. Hartford Barat, Connecticut, Amerika Syarikat: Liga Geganti Radio Amerika, m.s. 92.
- Everson, Michael. Abjad Eropah: Esperanto {PDF}. Evertype, 2001.
- Harlow, Don. Buku bahasa Esperanto. Diterbitkan sendiri dalam laman web (1995-96).
- Wells, John. Lingvistikaj aspektoj de Esperanto ("Aspek linguistik bahasa Esperanto"). Edisi kedua. Rotterdam: Universala Esperanto-Asocio, 1989.
Pautan luar
Wikipedia Tatabahasa bahasa Esperanto, ensiklopedia bebas |
Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Tatabahasa bahasa Esperanto |
- Kamus
- Reta Vortaro, sebuah kamus bahasa Esperanto
- Kamus bahasa Esperanto Alternatif
- Kamus bahasa Esperanto: daripada Kamus Webster
- Wiktionary Esperanto dan Wiktionary:Category:Esperanto language
- jVortaro, sebuah kamus bahasa Esperanto yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Java
- Penterjemahan automatik daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa kebangsaan lain.
- Daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Esperanto.
- Traduku: Penterjemah Mesin dalam Talian
- Majstro Multlingva Tradukvortaro - Sebuah kamus terjemahan bahasa berbilang yang menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa pangsi
- Logos.
- Kursus dan sebutan bahasa Esperanto
- Lernu.net – sila lihat juga Lernu!
- Kursus bahasa Esperanto percuma – Kursus gaya emel
- Kurso de Esperanto – Perisian dan kursus gaya emel (bahasa berbilang)
- Esperanto - Panorama
- Projekto NESTO Diarkibkan 2006-01-06 di Wayback Machine – Kursus Didikan untuk bahasa Esperanto dalam banyak bahasa.
- Parolu, sebutan bahasa Esperanto.
- Portal
- Ĝangalo - La mondo en Esperanto - Dunia dalam bahasa Esperanto (portal berita terbesar dalam bahasa Esperanto)
- China Interreta Informa Centro - Get Laluan Rasmi China untuk Berita dan Maklumat dalam bahasa Esperanto
- Esperantomondo - Forum bahasa Esperanto
- Perkhidmatan Sahabat Pena bahasa Esperanto
- Kritikan
- Belajar Jangan Bertutur dalam bahasa Esperanto Diarkibkan 2005-10-30 di Wayback Machine oleh Justin B. Rye
- Adakah Perbendaharaan Kata Bahasa Esperanto Terlalu Luas?