Tasik Tanganyika | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Africa" tidak wujud. | |
Koordinat | 6°30′S 29°40′E / 6.500°S 29.667°EKoordinat: 6°30′S 29°40′E / 6.500°S 29.667°E |
Jenis tasik | Tasik purba, tasik rengkahan |
Aliran masuk utama | Sungai Ruzizi Sungai Malagarasi Sungai Kalambo |
Aliran keluar utama | Sungai Lukuga |
Kawasan tadahan | 231,000 km2 (89,000 bt2) |
Negara lembangan | Burundi, DR Congo, Tanzania dan Zambia |
Panjang maksimum | 673 km (418 bt) |
Lebar maksimum | 72 km (45 bt) |
Luas permukaan | 32,900 km2 (12,700 bt2) |
Kedalaman purata | 570 m (1,870 ka) |
Kedalaman maksimum | 1,470 m (4,820 ka) |
Isi padu air | 18,900 km3 (4,500 bt3) |
Masa mastautin | 5500 years[1] |
Panjang pesisir1 | 1,828 km (1,136 bt) |
Ketinggian permukaan | 773 m (2,536 ka)[2] |
Petempatan | Kigoma, Tanzania Kalemie, DRC Bujumbura, Burundi |
Rujukan | [2] |
Nama rasmi | Tanganyika |
Ditetapkan | 2 Februari 2007 |
No. rujukan | 1671[3] |
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas. |
Tasik Tanganyika ialah sebuah tasik besar terletak di selatan benua Afrika dikelilingi negara-negara Burundi, Republik Demokratik Congo (45% pesisiran tasik), Tanzania (41% pesisiran) dan Zambia; ia sebahagian daripada rangkaian tasik-tasik besar terbentuk hasil rengkahan merentasi timur benua Afrika.[4]
Ia dianggarkan sebagai tasik air tawar kedua terbesar di dunia, tasik air tawar terpanjang di dunia dan tasik kedua paling dalam di dunia selepas Tasik Baikal di Siberia.[5][6] Air daripada tasik berkenaan mengalir ke dalam Sungai Congo seterusnya ke Lautan Atlantik di barat benua Afrika.
Geografi
Tasik ini terletak di Lurah Gelinciran Barat di Lembah Lurah Gelinciran Besar. Ia adalah tasik lurah gelinciran terbesar di Afrika dan kedua terbesar bagi kawasan permukaan di benua ini. Ia adalah tasik yang mempunyai kedalaman yang paling tinggi di Afrika dan mengandungi jumlah air tawar yang banyak. Ia terbentang sejauh 673 km di arah utara-selatan dan lebar sebanyak 50 km. Tasik ini meliputi 32,900 km², dengan pinggir tasik seluas 1,828km dan kedalaman maksima sebanyak 1,470 m (4,823 kaki) (di lembangan utara). Suhu permukaan sederhana tasik ini ialah 25 °C dan pH sekitar 8.4.
Pengaliran masuk utama ialah daripada Sungai Ruzizi melalui bahagian utara tasik ini terus dari Tasik Kivu. Manakala bagi Sungai Malagarasi, iaitu sungai kedua paling besar di Tanzania mengalir dari bahagian timur Tasik Tanganyika.
Biologi
Terdapat lebih kurang 250 spesies ikan cichlid dan 150 ikan bukan spesies cichlid, kebanyakannya tinggal di pesisir tasik. Biojisim terbsar ikan ialah di zon pelagik (perairan terbuka) dan kawasan ini didominisasi oleh enam jenis spesies - dua spesies "Sardin Tanganyika" dan empat spesies pemangsa Lates. Hampir semua (98%) spesies cichlid Tanganyika adalah endemik kepada tasik ini.
Spesies-spesies
- Ular Tedung Akuatik.
- Cyphotilapia frontosa, ikan berjalur yang sememangnya berasal dari Tasik Tanganyika.
- Altolamprologus Calvus, ikan yang sememangnya berasal dari Tasik ini.
Industri
Ikan-ikan daripada tasik ini menjadi sumber protein utama bagi penduduk tempatan. Buat masa sekarang, terdapat lebih kurang 45,000 orang yang terbabit secara khusus dalam bidang perikanan di tasik ini. Mereka beroperasi di lebih 800 tapak dan lebih kurang 1 juta orang bergantung kepada aktiviti perikanan ini. Ikan-ikan daripada tasik ini juga dieksport ke Afrika Timur. Perikanan komersial bermula pada pertengahan tahun 50-an.
Pengangkutan
Terdapat dua buah feri yang mengangkut penumpang dan kargo di sepanjang pesisir timur tasik ini - MV Liemba diantara Kigoma dan Mpulungu dan MV Mwongozo, yang beroperasi diantara Kigoma dan Bujumbura.
- Bandar pelabuhan Kigoma ialah pangkalan kereta api buat perkhidmatan kereta api dari Dar es Salaam di Tanzania.
- Bandar pelabuhan Kalemie ialah pangkalan kereta api buat rangkaian kereta api Republik Demokratik Congo.
Sejarah
Orang Eropah pertama yang menemui tasik ini ialah Richard Burton dan John Speke (1858). Mereka menemui tasik ini ketika mencari sumber kepada Sungai Nil. Speke menyambung pencariannya dan menemui sumber berkenaan iaitu Tasik Victoria.
Tasik ini menyaksikan berlakunya dua pertempuran yang terkenal, di bawah pemerintahan pegawai Bitish Geoffrey Spicer-Simson.
Pengrevolusi Argentina, Che Guevara menggunakan Tasik Tanganyika sebagai kem latihan untuk pasukan gerila. Daripada kemnya, Che dan pasukannya cuba untuk menggulingkan kerajaan tetapi terpaksa menarik diri dalam masa kurang daripada satu tahun oleh kerana Agensi Keselamatan Kebangsaan (NAS) mengawasi Che dan pasukan gerilanya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Yohannes, Okbazghi (2008). Water resources and inter-riparian relations in the Nile basin. SUNY Press. m/s. 127.
- ^ a b "LAKE TANGANYIKA". www.ilec.or.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2008. Dicapai pada 14 Mac 2008.
- ^ "Tanganyika". Ramsar Sites Information Service. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ Francis., Burton, Richard (1965). Burton and Lake Tanganyika. East African Literature Bureau. OCLC 180480726.
- ^ "Lake Tanganyika". www.zambiatourism.com. Dicapai pada 14 Mac 20084. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ Lewis, R. (16 May 2010). "Brown Geologists Show Unprecedented Warming in Lake Tanganyika". Brown University. Dicapai pada 25 Mac 2017.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tasik Tanganyika |
- (Inggeris) Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB