Tasik Natron | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Tanzania" tidak wujud. | |
Lokasi | Utara Tanzania |
Koordinat | 02°25′S 36°00′E / 2.417°S 36.000°EKoordinat: 02°25′S 36°00′E / 2.417°S 36.000°E |
Jenis tasik | tasik garam |
Negara lembangan | Tanzania |
Ketinggian permukaan | 600 meter (2,000 ka)[1] |
Nama rasmi | Lake Natron Basin |
Ditetapkan | 4 Julai 2001 |
No. rujukan | 1080[2] |
Tasik Natron adalah sebuah tasik garam atau alkali terletak di Wilayah Arusha utara negara Tanzania. Ia berada dalam Rengkahan Gregory mencabang dari Rengkahan Afrika Timur. [1] Tasik ini berada dalam suatu lembangan saliran yang dipelihara sebagai tanah lembap Ramsar yang mempunyai kepentingan antarabangsa.[2]
Tasik ini mendapat namanya dari tahap kandungan sebatian natron terkumpul banyak di dasar tasik hasil penyejatan tinggi sehingga meningkatkan tahap kealkalian tasik melebihi pH 12. Batuan dasarnya sekitarnya terdiri dari lava muntahan gunung berapi Ol Doinyo Lengai di bahagian selatannya pada zaman Pleistosen yang mempunyai kadar karbonat banyak tetapi kadar kalsium dan magnesium sangat rendah lalu sangat kaustik (dapat mengakis).[3] Sifat mengakis ini sangat membahayakan banyak hidupan selain suhu sekitaran yang tinggi (sering melebihi 40-60 °C) serta tahap kemasinannya.[1][4]
Flora dan fauna
Tasik ini dikerumuni beberapa alga, invertebrata, dan burung endemik yang tidak begitu terjejas persekitaran tasik ini. Beberapa spesies ikan seperti Alcolapia latilabris dan A. ndalalani juga dapat bertahan di kawasan perairan pinggir tasik yang sedikit kurang masin.
Masinnya air tasik menampung hidup koloni-koloni besar sianobakteria dan Spirulina di kawasan sekitarnya. Keberadaan hidupan sejenis ini sebagai sumber makanan flamingo kecil (Phoeniconaias minor) menarik banyak kawanan burung hampir terancam ini ke habitat itu malah merupakan satu-satunya kawasan pembiakan yang kekal untuk spesies ini. Spesies flamingo besar (Phoenicopterus roseus) turut bersarang di kukup-kukup pinggir tasik ini.
Rujukan
- ^ a b c "Eastern Africa: Northern Tanzania, on the border with Kenya". World Wildlife Fund.
- ^ a b "Lake Natron Basin". Ramsar Sites Information Service. Dicapai pada 25 April 2018.
- ^ "Alkaline Environments", authored by W. D. Grant and B. E. Jones, in Encyclopedia of Microbiology, editor-in-chief Joshua S. Lederberg, Academic Press, 2010, page 129, accessed 24 November 2014
- ^ Swancer, Brent (20 April 2015). "The Bizarre Medusa Lake of Africa". Dicapai pada 1 Jun 2019.
Pautan luar
- Profil di LakeNet
- Artikel NBC mengenai gambar Nick Brandt tentang haiwan yang membatu di tasik Natron
- "Lake Natron, Tanzania". Earth Observatory Newsroom. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2006. Dicapai pada 17 April 2018.