Tarpan | |
---|---|
Satu-satunya foto yang dikatakan mengenai Tarpan hidup, tetapi mungkin kuda kacukan atau jalang, 1884 | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | Equus
|
Spesies: | |
Subspesies: | E. f. ferus
|
Nama trinomial | |
Equus ferus ferus Boddaert, 1785
| |
Sinonim | |
Equus equiferus Pallas, 1811 |
Tarpan (Equus ferus ferus) ataupun dikenali sebagai kuda liar Eurasia ialah satu subspesies kuda liar yang pupus.[1] Individu terakhir yang dipercayai tergolong dalam subspesies ini mati di dalam kurungan di Rusia pada tahun 1909, meskipun sesetengah pihak mendakwa bahawa ianya bukan kuda liar yang tulen gara-gara menyerupai kuda jinak.[2]
Mulai 1930-an, terdapat beberapa cubaan untuk membangunkan kuda yang menyerupai Tarpan menerusi pembiakbakaan berpilih, iaitu yang dipanggil "pembiakbakaan kembali" oleh para pendukungnya. Antara baka-baka yang terhasil ialah kuda Heck, Hegardt atau kuda Stroebel, dan suatu turunan dari baka Konik; kesemuanya memiliki rupa primitif, terutamanya dengan warna bulu grullo. Sesetengah kuda ini kini dipasarkan sebagai "Tarpan." Walaupun begitu, sesiapa yang mengkaji sejarah kuda liar purba ini menegaskan bahawa gelaran "Tarpan" hanya untuk subspesies kuda liar yang sebenar.
Penampilan
Pokoknya, telah diusulkan bahawa terdapat dua subjenis Tarpan, iaitu Tarpan Hutan dan Tarpan Steppe, biarpun nampaknya hanya terdapat perbezaan kecil antaranya. Adalah pandangan umum bahawa hanya terdapat satu subspesies Tarpan, iaitu Equus ferus ferus.[2] Individu terakhir yang mati di dalam kurungan pada tahun 1909, berukuran tinggi 140–145 sentimeter (55–57 in) hingga paras bahu, mempunyai serumpun surai yang tebal berjuntai-juntai, warna bulu grullo, kaki hitam, dan tanda-tanda primitif seperti belang dorsal dan belang bahu.[2]
Sesetengah pihak menteorikan bahawa Tarpan pacak surainya kerana begitu jugalah sifat yang dipamerkan oleh semua saudara kuda liar yang masih wujud, padahal surai berjuntai dianggap sebagai petanda pembelajinakan.[2] Bagaimanapun, catatan bersejarah tidak jelas mengenai surai pacak pada kuda liar Eropah, malah adalah berkemungkinan bahawa surainya sebenarnya pendek dan berjuntai. Ciri ini berkelebihan di kawasan-kawasan yang berhujan lebat kerana surai sedemikian mengalihkan hujan dan salji daripada leher dan muka serta mencegah kehilangan haba, sebaik mana ekor yang lebat. Bangkai kuda liar Siberia yang diawet turut mempamerkan surai berjuntai.[4]
Penampilan kuda liar Eropah dibentuk semula dengan data genetik, osteologi dan sejarah. Satu kajian genetik menganjurkan bahawa bay adalah warna yang terutama sekali dalam kalangan kuda liar Eropah.[5] Ketika zaman Mesolitik, terdapatnya suatu gen yang mengekodkan warna bulu hitam di semenanjung Iberia. Warna ini tersebar ke timur tetapi tidak sebanyak warna bay dalam sampel yang diselidik, malah tidak pernah mencapai Siberia.[5] Bay yang dipadukan dengan dun membuahkan warna "bay dun" yang terdapat pada kuda Przewalski, manakala hitam dengan dun pula membuahkan bulu grullo. Kehilangan cairan dun mungkin berkelebihan di muka bumi Eropah barat yang lebih serba berhutan kerana warna serba gelap lebih senang untuk penyamaran di hutan.[4] Sesetengah Tarpan mungkin mempamerkan warna pangare atau "kersai", iaitu sifat pada sesetengah saudara kuda liar yang lain,[4] kerana terdapat catatan sejarah yang mengisahkan perut kuda yang berwarna cerah.[6] Juga berkemungkinan bahawa kuda liar mempunyai tanda-tanda primitif yang terdiri daripada belang-belang pada bahu, kaki dan spina.[7]
Sejarah
Kuda liar telah wujud di Eropah sejak zaman Pleistosen dan bertaburan dari Perancis Selatan dan Sepanyol ke timur hingga di tengah-tengah Rusia. Terdapat lukisan gua mengenai kuda purba sebelum bela jinak di Perancis dan Sepanyol, di samping artifak-artifak yang dipercayai membuktikan kewujudan spesies ini di Rusia selatan, di mana kuda sedemikian jenis dibela jinak sekitar tahun 3000 SM.[8] Equus ferus mempunyai taburan yang menjangkau luas dari Eropah ke Alaska; bahan-bahan bersejarah membayangkan bahawa kuda liar tinggal di kebanyakan kawasan Eropah dan steppe Eurasia pada zaman Holosen, kecuali sesetengah bahagian Skandinavia, Iceland dan Ireland.[6]
"Kuda Hutan" atau "Tarpan Hutan" merupakan andaian oleh sesetengah ahli alam semula jadi pada abad ke-19, termasuklah Tadeusz Vetulani yang berpendapat bahawa penghutanan yang berterusan di Eropah selepas Zaman Ais yang terlanjut telah membentuk suatu subjenis kuda liar yang sesuai hidup di hutan, yang dinamakannya Equus sylvestris. Bagaimanapun, rujukan sejarah tidak menyebut tentang sebarang perbezaan ketara antara populasi-populasi berkenaan, maka ramai cendekiawan menganggap bahawa hanya terdapat satu subspesies kuda liar Eurasia barat, iaitu Equus ferus ferus.[2] Apapun, telah diperikannya sejenis kuda yang pendek dan gempal, tinggal di hutan dan tanah tinggi pada abad ke-19 di Sepanyol, pergunungan Pyrenees, Camargue, Ardennes, Great Britain, dan tanah tinggi selatan Sweden. Ia memiliki kepala yang keras dan badan yang kuat, serta surai keriting halus yang lebat. Warnanya diperikan sebagai perang pucat atau perang kekuningan dengan belang pada tumit dan batang kaki, ataupun kaki yang hitam sama sekali. Lambung dan bahunya berbintik-bintik, dan ada juga yang cenderung kepada warna keabuan. Ia tinggal di kawasan berbatu-batan serta mempamerkan perilaku yang pintar dan garang. Di kawasan paya Belanda, ditemuinya kuda liar hitam dengan tengkorak yang besar, mata yang kecil dan muncung yang kejur-kejur bulunya. Surainya lebat, telapuknya besar dan rambutnya keriting. Akan tetapi, mungkin juga kuda ini jalang dan bukan liar sejati.[9]
Kepupusan Tarpan yang disebabkan oleh manusia bermula di Eropah Selatan, mungkin sekali pada zaman purbakala.[6] Tatkala manusia memburu kuda liar sejak zaman Paleolitik,[4] pada zaman bersejarah, daging kuda merupakan sumber khasiat protein yang penting untuk kebanyakan budaya. Sebagai haiwan maun yang besar-besar, taburan Tarpan terus dikurangkan oleh berkembangnya tamandun di benua Eurasia. Kuda liar lebih teruk tertindas kerana menyebabkan kerosakan ke atas simpanan rumput kering serta cuba melarikan kuda betina jinak dari padang ternak. Lagipun, pembiakbakaan dengan kuda liar mendatangkan kerugian ekonomi buat para petani kerana anak kepada pengawanan sedemikian sukar dijinakkan.[6] Tarpan paling lama bertahan di bahagian selatan kawasan steppe Rusia. Sekitar tahun 1880, apabila kebanyakan "Tarpan" mungkin sudah pun menjadi kacukan, kuda liar telah menjadi amat jarang ditemui. Pada tahun 1879, terbunuhnya individu terakhir yang disahkan secara saintifik. Selepas itu, hanya dirakamkan penemuan yang meragukan.[6] Setelah kuda Tarpan pupus di alam liar dalam tahun 1875 hingga 1890, kuda betina terakhir yang dikira liar terbunuh dalam cubaan untuk menangkapnya. Tarpan terakhir dalam kurungan mati pada tahun 1909 di sebuah zoo di Rusia.[10]
Rujukan
- ^ Templat:MSW3 Perissodactyla
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBunzel
- ^ Bennett, 1998
- ^ a b c d Baker, Sue, 2008: Exmoor Ponies: Survival of the Fittest – A natural history.
- ^ a b Ludwig et al. 2009: Coat color variation at the beginning of horse domestication
- ^ a b c d e Tadeusz Jezierski, Zbigniew Jaworski: Das Polnische Konik. Die Neue Brehm-Bücherei Bd. 658, Westarp Wissenschaften, Hohenwarsleben 2008
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPruvost
- ^ "Tarpan". Breeds of Livestock. Oklahoma State University. Dicapai pada 2008-10-07.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaSmith
- ^ Dohner, Janet Vorwald (2001). "Equines: Natural History". Dalam Dohner, Janet Vorwald (penyunting). Historic and Endangered Livestock and Poultry Breeds. Topeka, KS: Yale University Press. m/s. 300. ISBN 978-0-300-08880-9.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tarpan. |
Cari tarpan dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |