
![]() ![]() muzik Israel |
---|
Keagamaan |
Sekular |
Israel |
Piyyutim |
Tarian |
Muzik untuk percutian |
Tarian Yahudi merujuk kepada tarian yang dikaitkan dengan orang Yahudi dan agama Yahudi. Tarian tersebut telah lama digunakan oleh orang Yahudi sebagai suatu bahantara untuk mengungkapkan rasa gembira dan perasaan bersama yang lain. Tarian merupakan kegiatan masa lapang kegemaran dan memainkan peranan dalam perayaan agama.[1]
Tarian yang dikaitkan dengan tradisi Ashkenazi dan Sephardi, terutamanya tarian perkahwinan Yahudi, ialah bahagian penting kehidupan Yahudi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Tarian rakyat yang dikaitkan dengan Zionisme dan pembentukan Negara Israel menjadi popular pada 1950-an.[2]
Tarian vernakular
Dalam kalangan Yahudi Ashkenaz, tarian menuruti muzik klezmer merupakan bahagian penting dalam majlis perkahwinan di shtetl. Tarian Yahudi dipengaruhi oleh tradisi tarian bukan Yahudi tempatan, tetapi terdapat perbezaan yang jelas, terutamanya dalam gerakan tangan dan lengan, dengan kerja kaki yang lebih rumit oleh lelaki yang lebih muda.[3] Undang-undang agama Yahudi menghalang percampuran jantina, menjadikan tarian dibuat dalam bulatan berasingan untuk lelaki dan wanita.
Tarian Hasidi
Dalam Hasidi, tarian merupakan alat untuk mengekspresikan kegembiraan dan dipercayai dapat menyucikan jiwa, menggalakkan kegembiraan rohani dan menyatukan masyarakat. Ia juga difikirkan untuk merangsang kegembiraan, dan oleh itu mempunyai kesan terapeutik.[4]
Horah
Horah ialah tarian bulatan Yahudi yang biasanya ditarikan mengikut muzik Hava Nagila. Ia secara tradisinya ditarikan pada majlis perkahwinan Yahudi dan majlis-majlis keraian Yahudi lain.[5] Populariti Horah di Israel dikaitkan kepada penari Yahudi Romania Baruch Agadati. Pada tahun 1924, beliau membuat koreografi persembahan yang dipersembahkan oleh teater pekerja "Ohel" yang melawat penempatan perintis Lembah Jezreel. "Hora Agadati," nama tarian asal, menjadi masyhur. Tarian itu dipengaruhi oleh tarian Romania dan beberapa ciri tarian Rusia. Sejak itu, tarian itu berkembang, dan pada pertengahan 1940-an, penciptanya berkata bahawa kini ia telah menjadi tarian rakyat yang sebenar.[6][7]
Tza'ad Temani
Tza'ad Temani ("langkah Yamaniah") ialah satu bentuk tarian berupakan melompat di satu-satu tempat.[8] Tza'ad Temani sering digabungkan dalam tarian awam di majlis perkahwinan dan perayaan Yahudi. Teater Tarian Inbal sebagai contoh, berkhususkan tarian Yamaniah di Israel.[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Landa, M. J. (1926). The Jew in Drama, p. 17. New York: Ktav Publishing House (1969). Each Jewish diasporic community developed its own dance traditions for wedding celebrations and other distinguished events.
- ^ "Jewish Dance in America". Jewish-theatre.com. 2009-02-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-27. Dicapai pada 2013-02-15.
- ^ Yiddish, Klezmer, Ashkenazic or 'shtetl' dances Diarkibkan 2011-08-12 di Wayback Machine, Le Site Genevois de la Musique Klezmer. Accessed 12 February 2006.
- ^ "Hasidism: Dance". Yivoencyclopedia.org. 2008-03-09. Dicapai pada 2013-02-15.
- ^ "Wedding traditions". Worldweddingtraditions.com. Dicapai pada 2013-02-15.
- ^ "The dance Horra Agadati" Diarkibkan 2022-06-16 di Wayback Machine, Palestine Folk Dance Series No. 1. Recorded by Gert Kaufmann
- ^ "Hora History". Forward.com. 12 December 2007. Dicapai pada 2013-02-15.
- ^ "Glossary of Israeli Folk Dancing". Imber.com.au. 2009-03-19. Dicapai pada 2013-02-15.
- ^ Dick Oakes (2013-02-04). "Inbal Dance Company". Google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2012. Dicapai pada 2013-02-15.
Bacaan lanjut
- Matti Goldschmidt: The Bible in Israeli Folk Dances, Viersen 2001 (191 pages), ISBN 3-933512-12-3
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tarian Yahudi |