Tarian Seudati adalah sejenis tarian tradisional yang berasal dari wilayah Aceh, Indonesia. Seudati berasal dari kata Syahadah, yang bermaksud pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya.
Tarian ini juga termasuk golongan tarian perang, yang ayat-ayat lagunya selalu membangkitkan semangat pemuda Aceh untuk bangkit dan melawan penjajahan. Oleh kerana itu, tarian ini telah diharamkan di era penjajahan Belanda, tetapi sekarang tarian ini digalakkan kembali dan menjadi salah satu seni kebanggaan bangsa Indonesia.