Tapak World Trade Center (kod ZIP: 10048), juga dikenali sebagai "Ground Zero" selepas serangan 11 September 2001, terletak di kawasan seluas 16 ekar (65,000 m2) di Lower Manhattan di Bandar Raya New York, A.S.[1] Kompleks World Trade Center terletak di tapak ini sehingga ia dimusnahkan dalam serangan tersebut; Studio Daniel Libeskind, Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, Silverstein Properties dan Lower Manhattan Development Corporation menyelia pembinaan semula tapak ini. Kawasan ini disempadanai oleh Vesey Street di utara, West Side Highway di barat, Liberty Street di selatan, dan Church Street di timur. Lembaga Pelabuhan memiliki tanah tapak ini (kecuali 7 World Trade Center). Pemaju Larry Silverstein memegang pajakan terhadap ruang kedai dan pejabat di empat bangunan di tapak ini.[2]
Sementara Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (Port Authority of New York and New Jersey) seringkali disebut sebagai pemilik tapak WTC, situasi pemilikan sebenarnya lebih kompleks dan agak kabur.[3] Port Authority memang memiliki bahagian "penting" tapak seluas 16 ekar (65,000 m2) itu, tetapi telah mengakui "kekaburan terhadap pemilikan berbagai-bagai jaluran hartanah di tapak World Trade Center", sejak 1960-an lagi. Tidak jelas siapa yang memiliki 2.5 ekar (10,000 m2) tapak ini, merupakan tanah di mana terletaknya jalan sebelum World Trade Center dibina.
Menara baharu
- One World Trade Center
- Two World Trade Center
- Three World Trade Center
- Four World Trade Center
- Five World Trade Center
- 7 World Trade Center
- National September 11 Memorial & Museum
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tapak World Trade Center |
Rujukan
- ^ Dan Barry (24 September 2001). "A Nation Challenged - The Site: 'At the Scene of Random Devastation, a Most Orderly Mission'". The New York Times. Dicapai pada 2010-07-31.
- ^ Anemona Hartocollis (27 Mac 2008). "Developer Sues to Win $12.3 Billion in 9/11 Attack". The New York Times. Dicapai pada 2010-07-31.
- ^ David W. Dunlap (22 April 2004). "Who Owns Ground Zero? Don't Expect a Simple Answer". New York Times. Dicapai pada 2010-07-16.
Pautan luar
- Tapak rasmi - Silverstein Properties