Tanjung Balai Karimun | |
---|---|
Bandar | |
Tanjung Balai Karimun | |
Transkripsi Lain | |
• Jawi | تنجوڠ بالاي-كريماون |
• Cina Ringkas | 丹戎巴來卡里汶 |
Pelabuhan Tanjung Balai | |
Koordinat: 01°00′00″N 103°25′18″E / 1.00000°N 103.42167°E | |
Negara | ![]() |
Provinsi | Kepulauan Riau |
Kabupaten | Kabupaten Karimun |
Keluasan | |
• Jumlah | 17.73 km2 (6.85 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 48,953 |
• Kepadatan | 2,800/km2 (7,200/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+7 (Waktu Indonesia Barat) |
Kod kawasan | (+62) 777 |
Tanjung Balai Karimun (Jawi: تنجوڠ بالاي-كريماون, Cina ringkas: 丹戎巴來卡里汶; Cina tradisional: 丹戎巴萊卡里汶), sering disingkatkan sebagai Tg. Balai, adalah bandar utama di hujung selatan Pulau Karimun Besar, sebahagian daripada Kabupaten Karimun dalam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Ia sering disebut sebagai Tanjung Balai Karimun untuk membezakannya daripada Kota Tanjungbalai yang terletak di Kabupaten Asahan.
Pengangkutan
Bandar ini mempunyai pelabuhan dengan nama yang sama, yang menyediakan perkhidmatan ke pelabuhan/bandar Dumai di Sumatera, merentasi Selat Melaka serta ke Singapura merentasi Selat Singapura.
Bandar ini turut mempunyai sebuah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Raja Haji Abdullah, yang yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tetap dua hala ke Pekanbaru tiga kali seminggu.
Geografi dan iklim
Kedudukan geografi Kabupaten Karimun terletak antara 0°35’–1°10’ Lintang Utara dan 103°30’–104° Bujur Timur. Di sebelah utara, kabupaten ini bersempadan dengan Selat Singapura dan Semenanjung Malaysia, manakala di sebelah selatan bersempadan dengan Kabupaten Indragiri Hilir. Sebelah timur pula bersempadan dengan Kota Batam dan Kabupaten Kepulauan Riau, sementara di sebelah barat bersempadan dengan Kabupaten Meranti dan Kabupaten Pelalawan. Lokasinya yang strategik menjadikan Kabupaten Karimun menghadap terus ke laluan pelayaran antarabangsa iaitu Selat Melaka dan Selat Singapura.[1]
Tanjung Balai Karimun mempunyai iklim hutan hujan tropika (Af) dengan hujan lebat sepanjang tahun.
Data iklim untuk Tanjung Balai Karimun | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 30.3 (86.5) |
30.9 (87.6) |
31.2 (88.2) |
31.3 (88.3) |
31.3 (88.3) |
31.2 (88.2) |
31.0 (87.8) |
30.9 (87.6) |
30.9 (87.6) |
31.0 (87.8) |
30.6 (87.1) |
30.3 (86.5) |
30.9 (87.6) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.0 (78.8) |
26.4 (79.5) |
26.6 (79.9) |
26.9 (80.4) |
26.9 (80.4) |
26.9 (80.4) |
26.6 (79.9) |
26.5 (79.7) |
26.5 (79.7) |
26.6 (79.9) |
26.3 (79.3) |
26.1 (79.0) |
26.5 (79.7) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 21.7 (71.1) |
21.9 (71.4) |
22.1 (71.8) |
22.5 (72.5) |
22.6 (72.7) |
22.6 (72.7) |
22.3 (72.1) |
22.2 (72.0) |
22.2 (72.0) |
22.2 (72.0) |
22.1 (71.8) |
21.9 (71.4) |
22.2 (72.0) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 176 (6.9) |
121 (4.8) |
158 (6.2) |
211 (8.3) |
189 (7.4) |
163 (6.4) |
156 (6.1) |
178 (7.0) |
195 (7.7) |
231 (9.1) |
251 (9.9) |
214 (8.4) |
2,243 (88.2) |
Sumber: Climate-Data.org[2] |
Galeri
-
Pejabat kerajaan Kabupaten Karimun di bandar Tanjung Balai Karimun
-
Pelabuhan Tanjung Balai Karimun
-
Moto Kabupaten Karimun yang terdapat di bandar Tanjung Balai Karimun
-
Pemandangan dari Pelabuhan Tanjung Balai Karimun
Rujukan
- ^ "Sejarah Karimun – Kabupaten Karimun" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-24. Dicapai pada 2021-08-14. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Iklim: Tanjung Balai Karimun" (dalam bahasa Inggeris). Climate-Data.org. Dicapai pada 12 November 2020.