Tang Sanzang merupakan watak ciptaan Wu Cheng'en di dalam novel Hikayat Perjalanan Ke Barat. Beliau diinspirasikan daripada sami Xuanzang yang telah melakukan perjalanan ke India di atas ketidakpuasan hati beliau terhadap teks-teks Buddha di China pada zaman dinasti Tang[1]
The four heroes of Journey to the West, Tang Sanzang on the second from the left, riding on Yulong. Painted decoration in the Long Corridor at the Summer Palace in Beijing, China
Tang Sanzang adalah salah seorang watak di dalam novel Hikayat Perjalanan Ke Barat karya Wu Cheng'en. Beliau merupakan seorang sami yang diutuskan oleh Maharaja Taizong daripada kerajaan Tang untuk menyembah Buddha Rulai danmendapatkan Tiga Kitab Asas Buddha di Barat yang dipanggil sebagai Sānzángjīng (三藏经).[2]
Banyak jin yang ingin mendapatkan dagingnya kerana dipercayai bahawa dagingnya akan menyebabkan pemakannya kekal abadi dan kekalk awet muda. Tidak terlepas juga bahawa terdapat juga jin betina yang ingin mengahwininya kerana semangat Yang yang dimiliki oleh Sanzang setelah bertapa menyucikan diri selama sepuluh kehidupan.