Tanakh (bahasa Ibrani: תנ״ך) adalah kitab suci yang digunakan dalam agama Yahudi. Nama Tanakh adalah akronim yang dibentuk dari huruf awal Ibrani untuk tiga kitab suci Yahudi iaitu Taurat (Lima Kitab Nabi Musa), Nevi'im dan Ketuvim, lalu menjadi TaNaKh. Kitab-kitab dalam Tanakh boleh dikenal dalam pelbagai bentuk dalam Kitab Bible agama Kristian dan dalam beberapa variasi lain di mana ia dipanggil "Perjanjian Lama".
Menurut Talmud, kebanyakan dari isi Tanakh dikumpul oleh para agamawan Yahudisme dari Sanhedrin Agung pada tahun 450 SM. Sarjana moden pula berpendapat proses pengumpulan dan penulisan Tanakh menjadi lengkap antara tahun 200 SM sehingga 200 M.
Rujukan
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.