Tanah Marie Byrd adalah sebuah rantau yang tidak dituntut di benua Antartika. Dinamakan sempena isteri kepada pegawai tentera laut Amerika Syarikat, Richard E. Byrd yang menerokai rantau tersebut pada awal abad ke-20,[1] Tanah Marie Byrd merupakan wilayah yang tidak dituntut terbesar di dunia dengan keluasan sekitar 1,610,000 km2 (620,000 bt2).
Kawasan Tanah Marie Byrd terletak di Antartika Barat, timur pentas ais Ross dan laut Ross, yang memanjang ke arah timur dianggarkan hingga ke garisan antara pangkal pentas ais Ross dan pesisir Eights. Ia menjangkau di antara 158°B dan 103°24'B. Rangkuman kawasan antara perana Rockefeller dan pesisir Eights adalah berdasarkan penerokaan Byrd.
Geografi
Terdapat lima kawasan pesisir di rantau ini. Berikut merupakan senarainya dari barat ke timur:
No. | Kawasan | Sempadan barat | Sempadan timur |
---|---|---|---|
1 | Pesisir Saunders | 158°00'B | 146°31'B |
2 | Pesisir Ruppert | 146°31'B | 136°50'B |
3 | Pesisir Hobbs | 136°50'B | 127°35'B |
4 | Pesisir Bakutis | 127°35'B | 114°12'B |
5 | Pesisir Walgreen | 114°12'B | 103°24'B |
Tanah Marie Byrd | 158°00'B | 103°24'B |
Rujukan
Bacaan lanjut
- Behrendt, John C. (2005). The Ninth Circle: A memoir of life and death in Antarctica, 1960-1962 (dalam bahasa Inggeris). Albuquerque: University of New Mexico Press. m/s. 240. ISBN 0-8263-3425-3.
- Byrd, Richard E. (1935). Discovery: The Story of the Second Byrd Antarctic Expedition (dalam bahasa Inggeris). New York: G.P. Putnam's Sons. m/s. 405.
- Gould, Laurence M. (1984). Cold: the record of an Antarctic sledge journey. Limited ed (dalam bahasa Inggeris). Northfield, Minnesota: Carleton College. m/s. 213.
- Parfit, Michael (1985). South Light: A Journey to the Last Continent (dalam bahasa Inggeris). Macmillan Publishing Co. m/s. 306. ISBN 0-02-594730-3.
- Rodgers, Eugene (1990). Beyond the Barrier: The Story of Byrd's First Expedition to Antarctica (dalam bahasa Inggeris). Naval Inst Press. ISBN 978-0-87021-022-8.
Pautan luar
- White Ocean of Ice – Blog mengenai Antartika dan perubahan iklim
- "International Thwaites Glacier Collaboration". Dicapai pada 1 Februari 2022. Kumpulan projek di bawah pertubuhan Thwaites
- "ROSETTA-ICE". Dicapai pada 1 Februari 2022. Siasatan udara di pinggir benua Laut Ross dan geologi tepian barat Tamah Marie Byrd