Taman Rekreasi Pantai Robina terletak di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Taman ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai berkonsepkan terbuka serta tandas untuk membersihkan diri. Kemudahan yang disediakan sesuai untuk semua golongan kerana terdapat juga laluan refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah, Tapak Sukan Ekstrem Rakan Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan Air bagi latihan kayak, wall climbing serta gimnasium mini.
Kawasan lapang untuk kegiatan senaman Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.