Fairfax Stone Historical Monument State Park | |
---|---|
IUCN Kategori III (Monumen semulajadi) | |
![]() Fairfax Stone | |
Luas | 4 ekar (1.6 he) |
Didaftarkan | 1957[1] |
Badan pentadbir | West Virginia Division of Natural Resources |
Laman sesawang | wvstateparks |
Fairfax Stone Histotical Monument | |
Lokasi | near Thomas, West Virginia |
Dibina pada | 1746 |
No. rujukan NRHP | 70000653[2] |
Ditambahkan ke NRHP | January 26, 1970 |
sunting ![]() |
Taman Negeri Monumen Bersejarah Batu Fairfax (Fairfax Stone Historical Monument State Park) adalah taman negeri Virginia Barat yang memperingati Batu Fairfax (Fairfax Stone) yang merupakan penanda juruukur dan batu sempadan pada sumber Saliran Utara Sungai Potomac (The North Branch Potomac River). Batu yang asal diletakkan pada 23 Oktober, 1746 untuk menyelesaikan pertikaian sempadan antara Thomas Fairfax,Lord Fairfax ke-6 dari Cameron dan Majlis Privi Terhormat Baginda Ratu mengenai Leher Utara Virginia. Batu ini menentukan hak milik dan sempadan kepada kawasan besar yang belum pernah ditinjau dalam Koloni-koloni British iaitu Maryland dan Virginia
Taman
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/aa/Fairfax_Stone_2020g.jpg/220px-Fairfax_Stone_2020g.jpg)
Monumen Bersejarah Fairfax Stone adalah sebahagian daripada Taman Negeri West Virginia berukuran empat ekar dan terletak 6 batu utara dari Thomas, West Viriginia. Tapak ini amatlah tidak dikembangkan dari segi infrastrucktur. Akibatnya, tiada bangunan atau tandas di tapak ini
Sejarah
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c1/Fairfax_Stone_2020a.jpg/220px-Fairfax_Stone_2020a.jpg)
Sempadan tepat bagi "Northern Neck Land Grant" (kemudiannya dipanggil "Fairfax Grant") sebelum ini belum ditentukan sejak ia mula-mula dibuat pada tahun 1649 oleh Charles II of England yang telahpun dibuang negeri. John Savage dan pihak tinjauannya telah mengesan tapak ini sebagai sumber North Branch of the Potomac River (Cawangan Utara Sungai Potomac) pada tahun 1736 tetapi tidak membuat percubaan untuk tubuhkan sempadan barat.[3] Sebuah tinjauan pada tahun 1746 oleh Kolonel Peter Jefferson (Ayah Thomas Jefferson) dan Thomas Lewis mengakibatkan kedua-dua tempat Fairfax Stpme serta penubuhan garisan sempadan yang dikenali sebagai "Fairfax Line (Garisan Fairfax)". Garisan ini memanjang sampai Stone ke tenggara dan berakhir di punca sumber Sungai Rappahannock[4] dengan jarak sepanjang 77 batu (124 km). Pada tahun 1748, George Washington bersama dengan penjaga sempadan dan peninjau terkenal iaitu David Morgan dari Virginia, telah meninjau tempat itu sekali lagi. Kerja mereka adalah untuk menubuhkan sempadan paling utara untuk tanah dan ladang Lord Fairfax atas sempadan terkini negeri Maryland dan West Virginia. Mereka meletakkan Batu Fairfax dimana ia terletak sekarang bagi penyempurnaan kerja keras mereka. Cawangan Utara Sungai Potomac pada mulanya mengalir ke barat dari sumbernya di Batu Fairfax sebelum melengkung ke utara dan kemudian mengalir ke timur ke arah Chesapeake Bay. Atas sebab ini, batu ini hanyalah sudut daerah bagi daerah-daerah West Virginia, bukannya sebahagian daripada sempadan negeri dengan Maryland. Isu ini hanyalah diselesaikan apabila Mahkamah Agung telah memerintah bertentang dengan Maryland pada tahun 1910 dalam kes Maryland v. West Virginia yang menentukan bahawa Maryland hanya akan pergi ke barat atas Potomac hinggalah cukup jauh untuk bertemu satu titik di mana garis utara dari Batu Fairfax akan melintasi cabang Potomac itu.[5] Sebelum perintah itu, sempadan negeri Maryland tidak ditetapkan. Tiga daerah Virginia Barat—Grant, Preston dan Tucker—berkongsi sempadan yang ditanda oleh Batu Fairfax ( Virginia Barat yang telah berpisah dari Virginia semasa Perang Saudara Amerika).
Tapak ini diletakkan dalam Daftar Negara Tempat Bersejarah pada 26 Januari 1970. [6]
Nasib batu asal
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8b/FairfaxStone1881.jpg/265px-FairfaxStone1881.jpg)
Batu Fairfax yang asli, mengikut amalan tinjauan yang terbiasa pada zaman itu, kemungkinan besar hanyalah batu semula jadi tanpa tanda yang dipilih dari antara singkapan di kawasan itu. Pertikaian sempadan antara Maryland dan Virginia menyebabkan batu yang berikunya dipindahkan pada tahun 1833 selepas tapak tersebut terlupa dari ingatan.[7] Batu itu masih utuh pada tahun 1859 apabila seorang bernama Leftenan Melcher menemuinya semula dan menjalankan semula "Fairfax Line" bagi pihak kedua-dua negeri. Batu tersebut telah hilang pada tahun 1909, apabila dicuri oleh pelaku musnah.[7] Telah terdapat enam Batu Fairfax, setiap satu menggantikan yang terakhir kerana luluhawa atau vandalisme. Batu yang terkini adalah sebuah batu seberat enam tan dengan muka rata. Di muka batu bertatah plak sejarah mengenai kepentingan batu tersebut. Sebelahnya adalah batu yang diletak pada tahun 1910.[8] Batu terkini yang seberat enam tan ini telah didedikasi pada 5 Oktober, 1957[9]
Lagenda plak
Lihat juga
- Senarai taman negeri Virginia Barat
Rujukan
- ^ Where People and Nature Meet: A History of the West Virginia State Parks. Charleston, West Virginia: Pictorial Histories Publishing Company. April 1988. ISBN 0-933126-91-3.
- ^ Perkhidmatan Taman Negara (9 Julai 2010). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.
- ^ Wayland, John W. (1926-07). "The Fairfax Line: Thomas Lewis' Journal of 1746". The William and Mary Quarterly. 6 (3): 269. doi:10.2307/1921279. ISSN 0043-5597. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "The Allegheny Frontier: West Virginia Beginnings, 1730–1830. By <italic>Otis K. Rice</italic>. (Lexington: University Press of Kentucky. 1970. Pp. xiii, 438. $10.50.)". The American Historical Review. 1970-12. doi:10.1086/ahr/75.7.2121. ISSN 1937-5239. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Schuchert, Charles (1910). Field Notebook: Maryland, New Jersey, New York, Pennsylvania, West Virginia 1910. [s.n.]
- ^ Lewis, Clifford M. (August 17, 1970). "Fairfax Stone Historical Monument" (PDF). West Virginia Department of Arts, Culture and History. National Park Service. Dicapai pada 17 November 2024.
- ^ a b "Sivrihissar (in vico). Op. cit. Op. cit. 334, n. 19". Supplementum Epigraphicum Graecum. Dicapai pada 2025-02-10.
- ^ Peck, Garrett (2013-01-23). "Seneca Quarry". Southern Spaces. doi:10.18737/m7x02p. ISSN 1551-2754.
- ^ McJunkin, MD, Brittain; Kemper, MPH, Suzanne; Kodali, MD, Baby; Chunchulu,MD, Srivani; Smith, MS 4, Benjamin; Shah, MD, Nirmita (2016-10-26). "OUTPATIENT OPIOID PRESCRIBING FOR CHRONIC NON-CANCER PAIN: ASSESSMENT OF INDICATIONS, EFFICACY AND SAFETY". West Virginia Medical Journal. 2016 (1). doi:10.21885/wvmj.2016.17. ISSN 0043-3284.