Taman Makmur | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | تامن معمور |
![]() | |
Koordinat: 3°25′04″N 101°11′10″E / 3.417857°N 101.186147°EKoordinat: 3°25′04″N 101°11′10″E / 3.417857°N 101.186147°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Kuala Selangor |
Mukim | Ujong Permatang |
Kawasan parlimen | Tanjong Karang |
Kawasan negeri | Sungai Burong |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Kuala Selangor |
• Ahli Parlimen | Zulkafperi Hanapi |
• Ahli Dewan Negeri | Mohd Zamri Mohd Zainuldin |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak digunapakai) |
Poskod | 45500 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Makmur (Jawi: تامن معمور) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Makmur merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Ujong Permatang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Makmur ialah 45500 Tanjong Karang.[4]
Lokasi

Taman Makmur merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Makmur terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Ujong Permatang, Taman Makmur terletak di bahagian utara Mukim Ujong Permatang, dekat dengan sempadana Mukim Tanjong Karang. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Makmur ialah Kampung Tok Adam di bahagian barat; Taman Mahsuri, Taman Damai, dan Taman Radin Mas di bahagian barat laut, Kampung Sungai Gulang-Gulang di bahagian timur, Taman Padi Mas dan Taman Ria Mas di bahagian tenggara dan ladang kelapa sawit Ladang Banjar di bahagian selatan.[1][2] Taman Makmur mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]
Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Makmur terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Makmur terletak di dalam kawasan negeri Sungai Burong.[5]
Kawasan Taman Makmur adalah salah satu kawasan petempatan manusia yang membentuk Bandar Tanjong Karang. Kedudukannya dalam Bandar Tanjong Karang, terletak di bahagian paling tenggara, berdekatan dengan sempadan Pekan Tanjong Karang.[2][6] Taman Makmur terletak di dalam Seksyen 3 Bandar Tanjong Karang.[2][6] Taman Makmur juga terletak di kawasan lembah Sungai Tengi yang bermuara di Selat Melaka.[2]
Pengangkutan
Taman Makmur terletak di tebing selatan Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan). Jarak Taman Makmur ke pusat bandar terdekat iaitu Tanjung Karang, ialah dalam lingkungan 1.5–2 kilometer (0.9–1.2 bt) melalui Jalan Persekutuan 5.[a][7] Perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor laluan KS01 (Kuala Selangor–Tanjong Karang) berkhidmat di sepanjang Jalan Klang–Teluk Intan.
Nota
- ^ Diukur dari Taman Makmur ke Stesen Bas Tanjong Karang, Tanjong Karang
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Taman Makmur |
- ^ a b "Taman Makmur, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 9 Januari 2024. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
- ^ a b "Taman Makmur, Tanjong Karang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
- ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ a b "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2021. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "Taman Makmur, Selangor – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2024.