Taman Kandan Baru | |
---|---|
Koordinat: 3°3′36.0″N 101°38′16.8″E / 3.060000°N 101.638000°EKoordinat: 3°3′36.0″N 101°38′16.8″E / 3.060000°N 101.638000°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Petaling |
Mukim | Petaling |
Kawasan parlimen | Puchong |
Kawasan negeri | Kinrara |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak dipratikkan) |
Poskod | 47190 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Kandan Baru merupakan kawasan perumahan di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Kandan Baru merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Petaling, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling.[1][2] Poskod bagi Taman Kandan Baru ialah 47190 Puchong.[3]
Lokasi
Taman Kandan Baru merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Kedudukan Taman Kandan Baru dalam Daerah Petaling boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tenggara daerah tersebut manakala dalam Mukim Petaling pula, Taman Kandan Baru terletak di bahagian utara. Taman Kandan Baru juga merupakan salah satu petempatan yang membentuk Pekan Puchong Jaya. Antara petempatan yang terletak serantau dengannya ialah kawasan Jalan Merbuk, Jalan Nuri, Jalan Helang dan Jalan Enggang dalam Bandar Puchong Jaya di bahagian barat, Taman Kandan Lama dan Taman Perindustrian Kinrara di bahagian barat laut, Seksyen 3, 4 dan 5 kepada Taman Kinrara di bahagian utara, Seksyen 2 kepada Taman Kinrara dan Taman Paik Siong di bahagian timur laur, Seksyen 7 kepada Taman Kinrara di bahagian tenggara, Taman Bukit Kuchai di bahagian selatan dan Taman Aman Sari dan Taman Tenaga di bahagian barat daya.[1] Taman Kandan Baru mempunyai poskod tersendiri iaitu 47190 dalam daerah pos Puchong.[3]
Dari perspektif politik pula, kawasan perumahan Taman Kandan Baru mencakupi kawasan parlimen Puchong di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Kandan Baru terletak di dalam kawasan negeri Kinrara.[4]
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Kandan Baru adalah di latitud Bumi tiga darjah tiga minit 36.0 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 38 minit 16.8 saat Timur (3°3′36.0″N 101°38′16.8″E / 3.060000°N 101.638000°E).[2]
Rujukan
- ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b "Taman Kandan Baru, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
- ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.