Taman Hidupan Liar Tabin Tabin Wildlife Reserve | |
---|---|
Lokasi | Lahad Datu, Sabah, Malaysia |
Koordinat | 5°16′N 118°39′E / 5.267°N 118.650°EKoordinat: 5°16′N 118°39′E / 5.267°N 118.650°E |
Luas | 1,225 km2 (473 bt2) |
Ditubuhkan | 1984 |
Badan pentadbir | Sabah Parks |
sunting |
Taman Hidupan Liar Tabin terletak 50km di timur laut Lahad Datu di Semenanjung Dent, Sabah. Pusat pemuliharaan seluas kira-kira 122,539 hektar ini menjadi tumpuan pengunjung dari jauh dan dekat setiap tahun. Seperti namanya, Tabin adalah tempat untuk melihat pelbagai hidupan liar dan terkenal seperti tiga mamalia terbesar di Sabah, gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan banteng.
Tabin merupakan tempat perlindungan tropika untuk hidupan liar dan terletak sesuai di sebelahnya antaranya ialah ladang luas yang menjadi padang tempat memberikan makanan. Kemuncak kunjungan ke Tabin ialah Safari Malam.
Untuk ke sana: Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit. Dari Lahad Datu, mengembara menerusi jalan raya selama sejam ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.