| Takoyaki | |
|---|---|
Sepinggan takoyaki | |
| Jenis | Octopus dish, yakimono, konamono |
| Jenis sajian | Snek |
| Tempat asal | Jepun, Korea Selatan |
| Kawasan/rantau | Kawasan berbahasa Jepun |
| Bahan utama | Adunan tepung, dadu kurita, serdak tempura (tenkasu), jeruk halia, daun bawang |
| Bahan yang biasa digunakan | Tepung gandum, doyak, beni shōga, Aonori, Katsuobushi, Bawang benggala, tepung, telur, mayones |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Takoyaki (たこ焼き atau 蛸焼, "cucur kurita"[1]) merupakan snek bebola masakan Jepun yang diperbuat daripada adunan tepung gandum diisi dengan kurita (たこ, tako); isi kurita biasanya yang dikisar atau dipotong dadu. Selain itu, ia ditambah dengan serdak lebihan tempura (tenkasu), jeruk halia, dan potongan daun bawang; ia dimasak menggunakan kuali beracuan khas.[2]
Takoyaki dihidangkan dengan sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Takoyaki dijual di gerai-gerai makanan tepi jalan; tapi kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.
Sejarah
Takoyaki mula dikembangkan di Osaka[3] pada tahun 1935 oleh Endo Tomekichi (遠藤留吉• えんどう とめきち), seorang penjaja kuih ラジオ焼き rajioyaki atau 肉焼き nikuyaki yang berisi konnyaku dan daging kicap. Beliau terinspirasi daripada akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari adunan sarat telur dan sotong kurita dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo;[4][5][6] beliau mengubah lanjut resipi ini dengan menaruh dashi ke dalam adunan yang diperisakan tidak seperti akashiyaki yang menjadikan kuah dashi sebagai cicahan.[7] Ia asalnya dari kawasan Kansai tersebar ke Kantō sekaligus terkenal ke seluruh Jepun, di mana ia mula dihidangkan secara dimasak garing.[8]
Yaki berasal daripada perkataan "yaku" (焼く) yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun dan masakan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.[9]
-
Memasak takoyaki
-
Takoyaki dihidangkan dengan mayonis
-
Sebuah gerai takoyaki di Nishinari-ku, Osaka
Kuali takoyaki

Kuali takoyaki (たこ焼き器, takoyakiki) atau—yang lebih jarang digunakan—takoyaki-nabe (たこ焼き鍋) ialah sejenis kuali rata yang diperbuat daripada besi tuang dengan acuan separuh bulat.[2] Besi berat ini memanaskan takoyaki dengan sekata, yang dipusingkan menggunakan pencungkil semasa proses pemasakan untuk menarik bahagian tepung sadur yang belum masak ke bahagian dasar acuan. Dapur takoyaki bergas komersial digunakan semasa festival Jepun atau oleh peniaga gerai tepi jalan. Bagi kegunaan rumah, dapur versi elektrik yang menyerupai plat panas juga boleh didapati.
Lihat juga
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Takoyaki |
Rujukan
- ^ Nana (2020). "Obses Dengan Snek Makanan Jepun "Takoyaki". Ini Resepinya!". Remaja. Dicapai pada 13 Mac 2022.
- ^ a b "蛸焼" [Takoyaki]. Dijitaru Daijisen (dalam bahasa Jepun). Tokyo, Jepun: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Dicapai pada 22 Jun 2012.
- ^ "蛸焼" [Takoyaki]. Nihon Kokugo Daijiten (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Dicapai pada 2012-06-17.
- ^ Takoyaki - Icon of Osaka
- ^ 暮らしと物価大阪百話 1992, m/s. 130.
- ^ 熊谷真菜 2007.
- ^ "株式会社ホットランド 店舗検索". 株式会社ホットランド. Dicapai pada 2016-03-08.
- ^ Takoyaki, the great street snack
Sumber-sumber
- 熊谷真菜 (2007). 「粉もん」庶民の食文化. 朝日新書. 朝日新聞社. ISBN 978-4-02-273165-4.
- 暮らしと物価大阪百話. 大阪都市協会. 1992. ISBN 978-4-900558-05-2.









