Takehiko Inoue | |
---|---|
Kelahiran | 12 Januari 1967 Okuchi, Kagoshima,Jepun |
Kewarganegaraan | (Jepun) |
Nama samaran | Takehiko Inoue |
Karya terkenal | Slam Dunk,Real,Vagabond |
Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka
Takehiko Inoue (井上 雄 彦, Takehiko Inoue?), Lahir 12 Januari 1967 di Okuchi, Kagoshima) adalah seorang pelukis komik di Jepun, dikenali kerana karyanya Slam Dunk, yang telah menjadi terkenal di Jepun dan luar negera. Banyak karya-karyanya yang mengfokuskan bola keranjang sebagai tema utama, Inoue sendiri adalah penggemar sukan tersebut, dan banyak orang Jepun mula bermain bola keranjang kerana mereka membaca karya Slam Dunk karya Inoue, malah turut membantu sukan bola keranjang popular di Jepun dan di seluruh Asia Timur.
Inoue telah menggambar manga terutama di majalah berorientasikan kelakian.Nama Takehiko Inoue ditempah sebagai pada buku-bukunya dijual di Amerika Utara melalui Viz Media (Vagabond, Slam Dunk, dan Real), walaupun Gutsoon! Entertainment terjemahan terdahulu Slam Dunk di Amerika Utara menggunakan Inoue Takehiko.
Biografi
Beliau mula berkarya dalam majalah manga pada tahun 1988 melalui Purple Maple yang muncul dalam majalah Shonen Jump.Kemudian adalah Chameleon Jail pada 1989. Karyanya yang paling terkenal adalah Slam Dunk, yang telah menjadi pengaruh besar di Jepun dalam sukan bola keranjang, dan kemudian juga hingga ke luar negeri.
Karya berikutnya adalah Buzzer Beater yang dapat dilihat di Internet. Manga ini ada di laman sesawangnya, dan tampil dalam bahasa Jepun dan Inggris.
Ketika ini beliau sedang mengerjakan dua manga terkini beliau iaitu Vagabond dan Real.