Takdir Cinta | |
---|---|
Format | Drama |
Pencipta | MD Entertainment |
Dibintangi oleh | Ririn Dwi Ariyanti Andrew Andika Ditmar Hadi Revand Narya Citra Anggun Maya Kusuma Piet Pagau Anna Tairas |
Lagu pembukaan | Cinta Mati 3 , Mulan Jameela |
Lagu penutup | Cinta Mati 3 , Mulan Jameela |
Negara asal | |
Bilangan episod | 9 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Indosiar |
Siaran asal | Isnin , 8 Februari 2010 – Jumaat, 19 Februari 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Seruni, Pilgrimage to the West |
Diikuti oleh | Mamamia C'mon Baby |
Takdir Cinta adalah salah satu Sinetron stripping yang ditayangkan Indosiar.
Pelakon
- Ririn Dwi Ariyanti sebagai Ceria
- Andrew Andika sebagai Alfin dan Alfian
- Ditmar Hadi sebagai Rama
- Revand Narya sebagai Tio
- Citra Anggun sebagai Syarni
- Maya Kusuma sebagai Safira
- Piet Pagau sebagai Danu
- Anna Tairas sebagai Sri
- Linda Ramadhanty sebagai Dian
- Lidya Lau sebagai Gita
- Rachel Amanda sebagai Linda
- Ade Surya Akbar sebagai Raihan
- Gisela Cindy sebagai Amara
Sinopsis
Puspa meninggal saat melahirkan Ceria. Safira (ibu tiri Puspa) yang mengetahui hal itu dengan licik menukar Ceria yang baru lahir dengan bayi lain yang sudah meninggal. Safira sengaja melakukan ini kerana tidak mahu Ceria, yang keturunan langsung Danu, mendapat bahagian harta Danu. Danu yang tidak tahu hal ini, sedih anak dan cucunya meninggal sekaligus.
Tak ada yang menyangka, cucu yang dikira Danu telah meninggal, rupanya masih hidup, malah tumbuh cantik. Ceria tinggal bersama Sri, seorang ahli rombongan pasar malam. Dalam didikan Sri, Ceria tumbuh jadi gadis baik hati dan sederhana. Sri yang berhutang pada Rama, terpaksa menyetujui perjodohan Ceria dengan ketua kumpulan pasar malam itu. Tapi Ceria tidak menyukai Rama. Diam-diam dia menyukai Alfin, pemuda yang dikenalnya di pasar malam. Alfin yang tidak ingin kehilangan Ceria, mengajaknya kabur. Tapi Rama yang mengetahui hal itu berusaha mencegahnya. Dia mengurung Ceria hingga gagal menemui Alfin. Alfin kecewa luar biasa. Dia berfikir Ceria tidak benar-benar mencintainya. Sejak malam itu, Alfin menghilang dan tak pernah menemui Ceria lagi.
Suatu hari, Ceria mampir ke rumah Safira untuk membahagikan risalah pasar malam. Safira yang selama ini menikmati harta kekayaan Danu, tidak menyangka akan bertemu dengan Ceria yang kini sudah dewasa. Safira pun ketakutan. Ia berusaha sekuat tenaga mengelakkan Danu tidak melihat Ceria, kerana wajahnya sangat mirip dengan Puspa. Tapi tanpa dinyana, Ceria juga bertemu dengan Alfian, kembaran Alfin. Alfin dan Alfian ternyata adalah anak kandung Safira. Tapi Ceria tidak mengetahui bahawa mereka berdua kembar, dan selama ini hidup terpisah akibat perpisahan Safira dengan bekas suaminya. Ceria dengan polosnya mendekati Alfian dan minta maaf kerana melanggar perjanjian mereka.
Safira semakin panik mengetahui Ceria mendekati Alfian. Ia berusaha menjauhkan Ceria dari kota tempat tinggalnya. Ia juga memberi amaran Alfian untuk tidak dekat-dekat dengan Ceria. Di lain pihak, Rama pun terus mendesak Ceria untuk berkahwin dengannya. Ceria tersudutkan dalam pilihan meraih cinta sejatinya atau berkahwin dengan Rama demi membalas budi lelaki itu. Ketika pilihan sudah ditetapkan, muncul sebuah kejutan baru tentang Alfin dan Alfian! Juga jati dirinya sesungguhnya!
Ceria yang dikejar-kejar oleh Rama bersembunyi di rumah Lena, bekas pembantu ibunya, Puspa. Lena sangat terkejut melihat kemiripan wajah antara Ceria dengan Puspa. Dia sangat yakin kalau Ceria adalah anak Puspa yang dulu ditukar oleh Safira. Lena kemudian memberi tahu Dian, adik kandung Danu tentang kewujudan Ceria. Setelah bertemu dengan Ceria, Dian semakin yakin bahawa Ceria adalah anak Puspa. Dian yang selama ini pergi dari rumah Danu kerana muak dengan ulah Safira, akhirnya memilih kembali dan mendedahkan semuanya pada Danu. Berkali-kali Dian menyakinkan Danu bahawa cucu kandungnya masih hidup dan selalu saja digagalkan oleh Safira.
Setelah melewati perjalanan berliku, akhirnya Danu mengetahui siapa Ceria setelah hampir menabraknya. Cucu kandung yang selama ini dia kira sudah meninggal akhirnya bisa pulang ke rumah. Surat wasiat Danu yang semula ditujukan kepada Safira dan Alfian, kini dipindahnamakan menjadi atas nama Ceria. Safira sangat terkejut. Rencananya untuk menguasai seluruh harta kekayaan Danu kini gagal sudah. Namun dia tidak kehilangan akal, dia kemudian menyuruh Alfian untuk berkahwin dengan Ceria supaya semua harta tersebut tetap jatuh ke tangan mereka. Ceria sangat gembira kerana hubungannya dengan Alfian telah diluluskan oleh datuknya. Namun sampai saat ini, Ceria masih belum mengetahui bahawa yang berada bersamanya sekarang bukan Alfin tapi Alfian.
Pernikahanpun digelar. Akan tetapi diam-diam Alfian punya hubungan khusus dengan anak-anak pembantunya, Syarni. Ceria yang mengetahui hubungan tersebut dan pengakuan Alfian tentang tujuan dia mengahwini Ceria menjadi sangat syok. Di lain pihak Syarni tidak terima atas pernikahan Alfian dengan Ceria dan sekarang sedang mengandung anak Alfian. Pertengkaran berlaku. Syarni yang kalap tidak sengaja menusukkan pisau ke perut Alfian yang menyebabkan dia meninggal. Esok harinya, Alfin dikejutkan oleh salah seorang warga yang mengatakan bahawa ada mayat di tasik yang wajahnya mirip dengannya. Alfin sangat sedih begitu menemui mayat saudara kembarnya telah terbujur kaku. Dia kemudian menemui Syarni dan membawanya ke pejabat polis. Ceria juga tak kalah kagetnya begitu melihat mayat Alfian. Safira tak henti-henti menyalahkan Ceria. Kemudian Alfin datang dan menjelaskan kalau selama ini Ceria menikahi orang yang salah.