Tahun 0 tidak wujud dalam sistem Anno Domini yang lazimnya digunakan untuk menghitung tahun dalam takwim Gregory serta pendahulunya, takwim Julius. Sebaliknya, tahun 1 SM disusuli oleh tahun 1 Masihi. Namun begitu, tahun 0 wujud dalam penomboran tahun astrologi (yang mana ia serentak dengan tahun 1 SM dalam takwim Julius) dan juga ISO 8601:2004 (yang mana ia serentak dengan tahun 1 SM dalam takwim Gregory), di samping juga takwim-takwim Buddha dan Hindu.
Mengira selang tanpa 0
Ketiadaan tahun 0 menimbulkan kekeliruan berkenaan sempadan selang-selang perpuluhan yang lebih lama, seperti dekad dan abad. Misalnya, alaf ketiga takwim Gregory sebenarnya bermula pada 1 Januari 2001, bukannya 1 Januari 2000 yang diheboh-hebohkan. Begitu juga, abad ke-20 bermula pada 1 Januari 1901.
Hukum ini timbul kerana takwim Gregory bermula dengan tahun 1, bukan tahun 0. Oleh itu, penomboran tahun secara kardinal (bilangan) dan ordinal (turutan) adalah sama: Tahun 10 adalah tahun ke-10 dalam takwim dan juga akhir dekad pertama. Tahun 11 pula merupakan tahun pertama dalam dekad kedua, dan sebagainya. Namun begitu, tahun-tahun yang berakhir dengan 0, bukan 1, sering dianggap sebagai permulaan dekad, abad atau alaf yang baru.[1]
Sistem penomboran tahun purba, astronomi dan ISO
Ahli sejarah
Era Anno Domini diperkenalkan pada tahun 525 oleh Dionysius Exiguus (c.470–c.544), yang menggunakannya untuk menamai tahun pada jadual Paskanya. Beliau memperkenalkan era baru untuk menghindari penggunaan era Diocletianyang berasaskan kenaikan takhta Maharaja Diocletian, kerana beliau tidak ingin memperingati seorang penindas penganut Kristian. Menurut prakata dalam jadual Paskanya, Dionysius menyatakan bahawa "tahun ini" merupakan "kekonsulan Probus Junior [Flavius Probus]", dan juga 525 tahun "semenjak penjelmaan Tuan kami, Jesus Christ".[2] Tidak diketahui bagaimana dia memperoleh bilangan 525 itu.
Dionysius tidak menggunakan tahun AD untuk menarikhkan sebarang peristiwa bersejarah. Amalan ini hanya dilariskan apabila seorang paderi Inggeris, Bede (c. 672–735), yang menggunakan tahun AD dalam karyanya, Historia ecclesiastica gentis Anglorum ("Sejarah Kegerajaan Orang Inggeris", 731). Bede turut pernah sekali menggunakan istilah yang serupa dengan sebelum Kristus, namun amalan itu tidak laris sehingga zaman kemudian. Bede tidak menomborkan hari-hari dalam sebulan, minggu-minggu mahupun bulan-bulan dalam setahun secara turutan; tetapi beliau pernah menomborkan kebanyakan hari-hari dalam seminggu dalam bahasa Latin Gereja. Catatan sejarah Kristian terawal menggunakananno mundi ("pada tahun duniawi") yang bermula dengan hari pertama penciptaan, atau anno Adami ("pada tahun Adam") yang bermula pada hari penciptaan Adam lima hari kemudian (iaitu hari keenam penciptaan mengikutnaratif penciptaan Kitab Kejadian) yang digunakan oleh Africanus, ataupun anno Abrahami ("dalam tahun Ibrahim") yang bermula 3,412 tahun selepas Penciptaan menurut Septuaginta yang digunakan oleh Eusebius dari Caesarea, ketiga-tiganya menetapkan "satu" sebagai tahun permulaan Penciptaan, atau penciptaan Nabi Adam a.s., mahupun keputeraan Nabi Ibrahim a.s. Bede meneruskan tradisi ini secara relatif dengan zaman AD (Masihi).
Dalam bab II, jilid I Historia ecclesiastica, Bede menyatakan bahawa Julius Caesar menyerang Britain "pada tahun 693 selepas Rom didirikan, yakni tahun ke-60 sebelum lahirnya Jesus", sementara dalam bab III, "pada tahun Rom 798, Claudius" juga menyerang Britain dan "dalam beberapa hari sahaja … menamatkan perang pada … [tahun] ke-46 sejak penjelmaan Tuan kami".[3] Sungguhpun kedua-dua tarikh itu tidak tepat, namun ia adalah memadai untuk menyimpulkan bahawa Bede tidak menyertakan tahun sifar di antara SM dan M: 798 − 693 + 1 (kerana tahun-tahun itu inklusif) = 106, tetapi 60 + 46 = 106, maka tiada ruang untuk tahun sifar. Istilah moden "sebelum Masihi" (BC) sekadar lebih kurang sama erti, bukanterjemahan bulat-bulat, bagi ungkapan Latin ante incarnationis dominicae tempus ("sebelum waktu penjelmaan Tuan kami") yang tiada singkatannya. Penggunaan 'BC' terus digunakan sekali-sekala sepanjang Zaman Pertengahan.
Adalah dipercayai bahawa Bede tidak memakai tahun sifar kerana beliau tidak tahu akan angka sifar. Biarpun angka Arab bagi sifar (0) tidak diterima di Eropah hingga abad ke-11, apalagi angka Rumi tiada aksara bagi sifar, Bede dan Dionysius Exiguus menggunakan perkataan Latin iaitu nulla yang bererti "tiada apa", bersama dengan angka Rumi atau kata-kata bilangan Latin di mana sahaja bilangan sifar boleh digunakan.[2][4][5]
Tatanama anno Domini tidak digunakan secara meluas di Eropah Barat hingga abad ke-9, manakala tahun bersejarah 1 Januari hingga 31 Disember tidak diseragamkan di seluruh Eropah Barat hingga tahun 1752. Penggunaan 'BC' yang meluas (ratusan kali) julung kali didapati dalamFasciculus Temporum (Ikatan Zaman) oleh Werner Rolevinck pada tahun 1474, di samping tahun duniawi (anno mundi).[6] Istilah anno Domini, zaman Dionysius, zaman Kristian, era kasar, dan era umum digunakan secara sama erti mulai Zaman Pembaharuan hingga abad ke-19, sekurang-kurangnya dalam bahasa Latin. Oleh itu, para ahli sejarah pun menyamarkan kesemua istilah itu.
Ahli sejarah tidak pernah sesekali menggunakan tahun sifar. Ertinya, sebagai contoh, mulai 1 Januari 500 SM hingga 1 January 500 M, adalah 999 tahun: 500 tahun SM, dan 499 tahun M yang mendahului tahun 500. Dalam kegunaan am, 1 M didahului oleh 1 SM, tanpa tahun sifar di antaranya. Oleh itu, tahun 2006 sesungguhnya "tahun ke-2006. Bukan pilihan sistem takwim (Julius mahupun Gregory) mahupun era (Anno Domini atau Era Umum) menentukan sama ada tahun sifar boleh digunakan atau tidak. Seandainya para penulis tidak ingin menggunakan kelaziman dalam golongan mereka (ahli sejarah atau astronomi), mereka perlu menyatakan dengan jelas sama ada mereka menyertakan tahun 0 dalam kiraan tahun; jika tidakl, tarikh bersejarah mereka akan disalah faham. Tidak seorang pun ahli sejarah yang menyertakan tahun 0 dalam menomborkan tahun-tahun dalam era piawai semasa.[7]
Astronomi
Untuk memudahkan pengiraan, ahli astronomi menggunakan tahun lompat sifar yang bersamaan dengan 1 SM dalam era Kristian tradisional sejak abad ke-17. Ahli-ahli astronomi moden tidak menggunakan tahun sebagai selang kerana tahun ini tiada bezanya tahun biasa dengan tahun lompat, justeru selangnya tidak jitu.
Dalam bidang astronomi, penomboran semua tahun yang bernama Anno Domini (Masihi) tidak berubah. Bagaimanapun, nombor-nombor tahun yang berlabel Sebelum Masihi dikurangkan satu disebabkan penyertaan tahun 0 sebelum 1 AD. Oleh itu, tahun SM astronomi tidak sama dengan tahun SM bersejarah. Untuk mengelakkan kekeliruan ini, ahli astronomi moden menomborkan tahun dengan positif atau negatif sebagai ganti SM dan M.
Notasi astronomi
Ahli astronomi menggunakan bilangan tahun bukan sahaja untuk mengecamkan tahun takwim (di samping bilangan bulan dan hari bulan) bahkan juga mengecamkan satu tika yang tertentu (yang dipanggil epok dalam bidang astronomi). Untuk mengecamkan tika ini, ahli astronomi menambah satu nombor yang terdiri daripada angka-angka perpuluhan pecahan pada nombor tahun, seperti yang diperlukan demi kejituan yang diingini: maka J2000.0 adalah waktu tengah hari 2000 Januari 1 (Gregory), dan 1992.5 adalah genap 7.5 tahun kali 365.25 hari lebih awal, iaitu tika 1992 July 2.125 (03:00) (Gregory). Begitu juga, J1996.25 adalah 3.75 tahun Juliusz sebelum J2000.0, iaitu tika 1996 April 1.8125 (19:30), atau sesuku tahun selepas tika J1996.0 =1996 Januari 1.5. Mengikut notasi ini, J0000.0 adalah tengah hari −1 Disember 19 (Julius), dan J0001.0 adalah pukul 18:00 pada 0 December 18 (Julius). Notasi astronomi ini dipanggil epok Julius dan diperkenalkan pada tahun 1984; sebelum itu, nombor tahun astronomi dengan pecahan perpuluhan merujuk pada tahun Besselan dan ditulis tanpa awalan huruf.
Pada abad ke-19, ahli-ahli astronomi mula beralih dari era bernama kepada lambang bernombor, yang mana sesetengah daripada mereka menggunakan tahun SM/0/M sementara yang lain menggunakan tahun −/0/+. Menjelang pertengahan abad ke-20, semua ahli astronomi menggunakan tahun −/0/+.
ISO 8601
ISO 8601:2004 (dan dahulunya ISO 8601:2000, tetapi bukan ISO 8601:1988) terang-terang menggunakan penomboran tahun astronomi dalam sistem rujukan tarikhnya. Oleh sebab ia juga menetapkan penggunaan takwim Gregory prolepsis untuk semua tahun sebelum 1582, sesetengah pembaca tersalah anggap bahawa tahun sifar turut disertakan dalam takwim prolepsis tersebut, tetapi ia tidak digunakan dengan era SM/M. Format "asas" untuk tahun 0 ia bentuk empat angkar 0000 yang bersamaan dengan tahun sejarah 1 SM. Sesetengah bentuk "diperluas" juga diterima: -0000 dan +0000, dan juga bentuk lima atau enam angka. Tahun-tahun sebelum 0 juga dinyatakan sebagai tahun negatif empat, lima atau enam angka, yang mempunyai nilai mutlak yang kurang satu daripada tahun SM yang bersamaannya, maka -0001 = 2 BC. Oleh sebab hanya aksara-aksara ISO 646 (ASCII 7 bit) dibenarkan oleh ISO 8601, maka tanda tolak diganti dengan tanda sengkang.
Tradisi lain
Takwim Asia Selatan
Semua era yang digunakan bersama takwim-takwim Hindu dan Buddha, seperti era Saka atau Kali Yuga, bermula dengan tahun 0. Kesemua kalendar ini menggunakan bilangan tahun genap berlalu, berbanding dengan kebanyakan takwim lain yang mengunakan turutan tahun semasa. Setahun genap belum berlalu bagi mana-mana tarikh pada tahun epok, maka bilangan 1 tidak boleh diterima. Sebaliknya, pada tahun pertama, petunjuk 0 tahun (berlalu) dinyatakan untuk menandakan bahawa epok itu belum genap 1 setahun. Ini adalah serupa dengan kaedah Barat dalam menyatakan umur seseorang – seseorang tidak mencapai umur setahun sehinggalah setahun telah berlalu semenjak kelahirannya (cuma umurnya dalam setahun sejak kelahirannya dinyatakan dalam bilangan hari, minggu, bulan atau pecahan tahun, bukan umur sifar tahun).
Rujukan
- ^ Horton, Jim (January), Socialism Today, Issue 44, Millennium mythology, dicapai pada 2012-03-01,
Today most people accept the logic of centuries beginning in years marked '00.
Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan) - ^ a b Nineteen year cycle of Dionysius
- ^ Ecclesiastical History of the English Nation
- ^ Faith Wallis, trans. Bede: The Reckoning of Time (725), Liverpool: Liverpool Univ. Pr., 2004. ISBN 0-85323-693-3.
- ^ Byrhtferth's Enchiridion (1016). Edited by Peter S. Baker and Michael Lapidge. Early English Text Society 1995. ISBN 978-0-19-722416-8.
- ^ Werner Rolevinck,temporum.
- ^ V. Grumel, La chronologie (1958), page 30.