Cikgu Taharim Ariffin | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Utan Aji | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Meninggal dunia | 8 Mac 1970![]() |
Cause of death | Dibunuh |
Parti politik | ![]() |
Cikgu Taharim Ariffin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Utan Aji mewakili PAS selepas menang dalam pilihan raya negeri Perlis 1964. Taharim menjadi wakil pertama PAS di Dewan Undangan Negeri Perlis[1] Pada pilihan raya negeri Perlis 1969, beliau sekali lagi bertanding di DUN Utan Aji, namun tewas.
Taharim memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perlis dari 1966 sehingga kematiannya pada 1970.
Kematian
Taharim, terbunuh akibat ditembak perompak dalam usahanya menggagalkan kejadian rompakan di rumah jirannya pada 4.45 pagi, 8 Mac 1970.[2][3] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Utan Aji, dan majlis pengebumiannya dihadiri lebih 2000 orang termasuk Menteri Besar Perlis, Sheikh Ahmad Mohd Hashim dan tokoh-tokoh PAS. Jawatan Pesuruhjaya PAS Perlis dipangku oleh Mahmud Mohd Noor setelah kematian Taharim.[4]
Perompak yang berasal dari selatan Thai, Din Choi anak Pom, antara perompak yang diberkas polis setelah kejadian itu,[5][6] telah didakwa di Mahkamah Sesyen Perlis pada 25 Mac 1970 atas tuduhan membunuh Taharim.[7]
Rujukan
- ^ "AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS 1955 - 2008". Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis. 2010. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ Bin Man, Sa'ad (9 Mac 1970). "Tokoh PAS Perlis mati kena tembak". Berita Harian (Singapura). m/s. 1. Dicapai pada 14 Februari 2025.
- ^ Mohd Nasir Awang (15 Julai 1999). ""Membujur lalu, melintang patah…"". Gemersik Bayu Pantai. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700910-1.2.81
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700311-1.2.62
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700315-1.2.101
- ^ "Petani Thai di-tudoh membunoh ketua PAS". Berita Harian (Singapura). 26 Mac 1970. m/s. 5. Dicapai pada 14 Februari 2025.