Logo lama THR Gegar (2005-2017)Logo lama Gegar (2018-2025)
THR Gegar (dijenamakannya kembali dari pengenalannya sebelum ini, Gegar pada 2018 sehingga Februari 2025) merupakan sebuah stesen radio swasta komersial di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio dan dilancarkan pada 1 Januari 2005 bersama dengan saudaranya, Raaga. THR Gegar ialah radio swasta komersial pertama yang ditempatkan di luar Pantai Timur (berbanding Manis FM), di Pusat Penyiaran Asia (AABC), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebelum pelancaranya, stesen ini berasal daripada sebuah inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering sebuah syarikat dimiliki oleh Datuk Zaki Tun Azmi, dan nama ini mencadangkan stesen ini menyasarkan pengguna jalan raya/lebuh raya dengan laporan trafik dan hiburan dikenali sebagai THR.fm.
Disebabkan THR Gegar bersiaran melalui frekuensi FM di Kelantan, Pahang dan Terengganu, stesen ini telah menjadikan temanya digelar stesen Permata Pantai Timur. Sehingga kini, THR Gegar telah menjadi stesen radio nombor 1 di Pantai Timur dengan purata 4 juta orang pendengar setiap minggu. Serta, sasaran pendengarnya yang berusia 18-40 tahun di seluruh Pantai Timur. Dengan perkembangan teknologi, THR Gegar tidak terhad didengari oleh pendengar di Pantai Timur namun juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui platform Astro/NJOI, dan melalui aplikasi SYOK.