TAI TF-KAAN | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat penguasaan udara pesawat siluman[1] |
Negara pengeluar | Turki |
Pengeluar | Industri Aeroangkasa Turki |
Penerbangan sulung | 21 Februari 2024 |
Diperkenalkan | 2028 (terancang)[perlu rujukan] |
Status | Pembangunan prototaip, Ujian penerbangan |
Jumlah dibina | 1+2 Prototaip |
Kos program | AS$25 bilion[perlu rujukan] |
Kos seunit | AS$100-110 juta[perlu rujukan] |
TAI TF-KAAN adalah sebuah pesawat penguasaan udara generasi ke-5 berenjin kembar[2] yang kini dibangunkan [3][4][5] oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI) dengan bantuan teknologi daripada BAE Systems, United Kingdom. Pesawat ini diwar-warkan akan mengantikan armada pesawat F-16 yang digunakan oleh Tentera Udara Turki dan juga akan ditawarkan kepada negara-negara luar. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek berprofil tinggi di Turki.[6][7][8][9][10][11][12][13]
Fasa pembangunan
Pada 15 Disember 2010, Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan Turki telah memutuskan untuk mereka, membangun, dan mengeluarkan sebuah pesawat tempur udara ke udara generasi baru secara lokal yang mana akan mengantikan pesawat pejuang F-16 dan akan digunakan bersama-sama dengan pesawat F-35.[14] Dana berjumlah AS$20 juta telah diperuntukan untuk fasa rekabentuk konsep awal selama 2 tahun yang akan dilakukan oleh TAI.[15] Para pegawai TAI mengatakan bahawa fasa rekabentuk konsep akan siap pada akhir tahun 2013, dan laporan akan disediakan untuk kelulusan Perdana Menteri bagi tujuan dana fasa pembangunan dan rangka kerja.
TAI dan Industri Enjin TUSAŞ (TEI) akan mengetuai rekabentuk, proses awal dan pembangunan pesawat ini. TEI akan memfokuskan pada pengeluaran enjin pesawat, sementara TAI akan membangunkan kerangka pesawat dan komponen-komponen lain. Kajian akan mendedahkan anggaran kos pesawat, sistem-sistem mekanik dan elektronik yang akan digunakan termasuk perspektif yang lebih luas akan peluang dan cabaran di dalam penerbangan tentera.[16] TF-KAAN ialah salah satu daripada beberapa projek aeroangkasa Turki selain projek siluman UCAV Bayraktar Kızılelma dan TAI Anka-3.
Kerjasama dengan Saab AB
Semasa lawatan negara oleh Presiden Turki, Abdullah Gül ke Sweden pada 13 Mac, 2013, pihak Industri Aeroangkasa Turki (TAI) telah menandatangani perjanjian dengan firma Saab AB Sweden, yang mana menetapkan:[7][8][17][18]
- Saab AB akan menyediakan bantuan teknologi rekabentuk di dalam program TFX.
- TAI memiliki pilihan untuk membeli unit rekabentuk pesawat pejuang Saab AB.[perlu rujukan]
Pada 8 Januari 2015, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa program TFX akan menggunakan pelantar asli buatan Turki sepenuhnya tanpa bantuan kerjasama dengan Korea, Sweden, Brazil atau Indonesia.[perlu rujukan]
Bantuan teknologi daripada BAE Systems
Pada bulan Disember 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki telah mengumumkan bahawa ia telah memilih BAE Systems dari United Kingdom bagi membantu rekabentuk pesawat penguasaan udara generasi baru negara. Pada hari yang sama Rolls-Royce telah menawarkan kepada Turki perpindahan teknologi EJ200 dan pembangunan bersama enjin terbitan untuk kegunaan program TFX.[19]
Tentera Udara Turki ingin memperoleh sekurang-kurangnya 250+ buah TFX bermula pada tahun 2025 dan menyepadukan ia ke dalam struktur rangkaian berpusat yang digunakan oleh tentera udara termasuk F-35, F-16 Block 50+, pesawat tempur tanpa pemandu masa depan, Penyerak Stand-Off dan Boeing 737 AEW&C Peace Eagle.[perlu rujukan] Turki merancang untuk menggunakan TFX bermula pada 2025, dan digunakan bersama-sama dengan F-35A. TFX akan mengimbangi kekurangan F-35 di dalam pertempuran udara-ke-udara. Kebenaran untuk memulakan fasa pertama pembangunan pesawat ini secara rasmi dijangka pada akhir tahun 2014.[20]
Tender
Pada 13 Mac 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki secara rasminya mengeluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat kepada syarikat-syarikat Turki yang mempunyai keupayaan "bagi melakukan rekabentuk, pembangunan dan aktiviti pengeluaran dalam negara bagi program pesawat pejuang Turki bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang generasi bagu untuk Angkatan Tentera Turki" yang mana memberi isyarat program ini bermula dengan rasmi.[21]
Rekabentuk
Kerangka
Hüseyin Yağcı, Ketua Jurutera bagi program TFX di TAI telah menyatakan bahawa kesemua tiga kertas cadangan rekabentuk konsep setakat ini memaparkan rekabentuk ketumpatan rendah radar bagi keratan rentas pesawat, ruang senjata dalaman dan keupayaan untuk superkrus; yang jelasnya sebahagian daripada ciri-ciri jet pejuang generasi ke-5.[3]
Kemudahan fiuslaj Komposit Karbon Termaju milik TAI, yang mana telah dirasmikan untuk mengeluarkan fiuslaj dalam program pesawat F-35[22][23], telah ditugaskan untuk membangunkan fiuslaj Komposit Karbon Termaju untuk TFX. Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki juga telah mengeluarkan satu tender untuk membangunkan komposit carbon thermoplastik yang lebih ringan untuk kegunaan fiuslaj TFX.[24]
Radar dan penderia
ASELSAN kini sedang membangunkan sebuah radar jujukan imbasan elektronik aktif termaju yang akan menggunakan teknologi gallium nitride (GaN) dalam program TFX.[25]
Avionik dan kelengkapan
TFX akan diintegrasi dari dalam kokpit bagi menemani pesawat udara tanpa pemandu (UAV) (kemungkinan besar TAI Anka) melalui hungungan rangkaian data encrypted.[26]
TFX mungkin akan menggunakan penerima amaran radar versi ditingkat upaya yang dibangunkan oleh Aselsan, sistem amaran peluru berpandu, sistem amaran laser, sistem pembebasan dan pengurusan penyerak dan suar, dan sistem penyesak berasaskan memori frekuensi radio digital; yang dahulunya dibangunkan oleh Aselan [27] [28]
Pendorongan
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu telah mengumumkan pada 8 Januari, 2015, bahawa pesawat TFX merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin kembar.[2] Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki, sebuah agensi perolehan untuk Angkatan Tentera Turki, telah menulis Surat Niat kepada tiga syarikat pengeluar enjin: General Electric, Pratt & Whitney dan EUROJET Turbo.
Pada 20 Januari 2015, firma Aselsan dari Turki telah mengumumkan bahawa ia telah membuat memorandum persefahaman dengan Eurojet, pengeluar enjin EJ200 yang digunakan pada pesawat Eurofighter Typhoon.[29] Pengumuman ini juga menyatakan bahawa terbitan enjin EJ200 akan digunakan dalam program TFX.[30][31][32][33] Dua syarikat ini secara bersama juga akan membangunkan sistem perisian kawalan enjin dan sistem pengawasan penyelenggaraan enjin.[33] Pemilihan enjin EJ200 membuktikan niat TAI untuk menggunakan keupayaan superkrus.
Spesifikasi awal
Data dari Turkish Aerospace Industries[34]
Ciri-ciri umum
- Krew: Versi satu dan dua juruterbang[35]
- Panjang: 21 m (68 ka 11 in)
- Rentang sayap: 14 m (45 ka 11 in)
- Tinggi: 6 m (19 ka 8 in)
- Luas sayap: 60 m2 (645 ka2)
- Berat berlepas maks: 27,215 kg (60,000 lb)
- Janakuasa: 2 × General Electric F110-GE-129[a] Turbin kipas, 76.31 kN (17,155 lbf) tujahan setiap enjin dry, 131 kN (29,000 lbf) dengan pembakar lanjut
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 1.8
- Had khidmat: 17,000 m (55,000 ka)
- Had-g: +9.0 g & -3.5 g
Persenjataan
- Peluru berpandu:
- Peluru berpandu udara ke udara:
- Program peluru berpandu GÖKTUĞ:
- MBDA Meteor (BVRAAM)
- Peluru berpandu udara ke permukaan:
- Peluru berpandu krus SOM (versi B1, B2, dan J)
- Peluru berpandu udara ke permukaan berkuasa turbin jet KUZGUN-TJ
- Peluru berpandu udara ke permukaan berkuasa roket bahan api pepejal KUZGUN-KY,
- KUZGUN-ER, berkuasa turbin jet, peluru berpandu udara ke permukaan (berdasarkan kepada TUBITAK-SAGE, peluru berpandu ini setara dengan peluru berpandu Penguin.)[37]
- KUZGUN-EW, KUZGUN-EW boleh membawa muatan EW yang telah dikecilkan di mana ia akan bertindak sebagai penyesak dan menghapuskan pertahanan udara musuh bagi meningkatkan peluang pesawat Tentera Udara Turkiye untuk menyelamatkan diri.[38]
- AKBABA, udara ke permukaan, peluru berpandu anti radar (ARM)
- keluarga peluru berpandu ROKETSAN ÇAKIR, peluru berpandu anti kapal, peluru berpandu udara ke permukaan, peluru berpandu krus permukaan ke permukaan.[39]
- MBDA SPEAR-3
- Peluru berpandu udara ke udara:
- Bom:
- Bom Teber-81 (Mark 81 w/ Kit Panduan Laser ROKETSAN)
- Bom HGK-82 (Mark 82 w/ Kit Panduan Tepat TUBITAK-SAGE)
- Bom KGK-82 (Mark 82 w/ Kit Panduan Terbantu Sayap TUBITAK-SAGE)
- Bom Teber-82 (Mark 82 w/ Kit Panduan Laser ROKETSAN)
- Bom HGK-83 (Mark 83 w/ Kit Panduan Tepat TUBITAK-SAGE)
- Bom KGK-83 (Mark 83 w/ Kit Panduan Terbantu Sayap TUBITAK-SAGE)
- Bom HGK-84 (Mark 84 w/ Kit Panduan Tepat TUBITAK-SAGE)
- Bom LHGK-84 (Mark 84 w/ Kit Panduan Sensitif Laser TUBITAK-SAGE)
- SARB-83, bom pemusnah kubu
- NEB-84, bom pemusnah kubu
- MAM (Smart Micro Munition) (versi MAM-T)
- KUZGUN-SS, bom Glide
- Bom Miniature ASELSAN
Avionik
- IRFS (Radar AESA, Peperangan Elektronik (EW))
- Ciri-ciri Navigasi Termaju (ICNI)
- Sistem Elektro-Optikal Bersepadu (IEOS) (Jejak dan Cari Infra Merah (IRST), Sistem Sasaran Elektro Optikal (EOTS) dsb.)
- Kokpit Termaju / Human Machine Interface
Lihat juga
Pesawat setanding
- Lockheed Martin F-35 Lightning II
- HAL AMCA
- HAL TEDBF
- KAI KF-21 Boramae
- Lockheed Martin F-22 Raptor
- Mikoyan LMFS
- Mitsubishi X-2 Shinshin
- Shenyang FC-31
- Sukhoi Su-57
- Sukhoi Su-75 Checkmate
Senarai berkaitan
Rujukan
- ^ Milli ucak cift motorlu olacak (dalam bahasa Turki), TR: Kokpit, diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-17, dicapai pada 2016-06-01.
- ^ a b "Turkey advances TFX fighter project, orders new rifles, more F-35s, CH-47s", Jane’s.
- ^ a b "IDEF 2013: TAI reveals fifth generation fighter designs". Jane's Defence Weekly. IHS. 8 May 2013.
- ^ "Pic of the day: Turkey's plans to join the stealth fighter club". Killer apps. Foreign Policy Group. 9 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-16. Dicapai pada 2016-06-01.
- ^ "Turkey's Future Fifth Gen Fighter Fleet". Aviation week. Penton. 10 May 2013.
- ^ "BAE chosen to assist with Turkey's TFX fighter project". Flightglobal.com. Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ a b "Turkey to Replace F-16s With Local Jets". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 29 March 2013.
- ^ a b "Bets open on Turkey's first fighter aircraft". Hürriyet daily news. Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013.
- ^ "Jet Trainer and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". Turkish Aerospace Industries. 11 April 2013.
- ^ "Turkey holding rival talks on aircraft with Koreans, Swedes". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 22 August 2011.
- ^ "Turkey – Jet Trainer Aircraft (T-X) and Fighter Aircraft". Global Security. 11 April 2013.
- ^ "Dubai: TAI launches study on Turkish-built next generation fighter". Flight global. Reed Business Information. 11 April 2013.
- ^ http://www.ibtimes.com/turkey-boost-military-defense-spending-59b-amid-soaring-regional-threats-2333898
- ^ "Turkey ready to produce first national fighter jet". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 15 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2016-06-01.
- ^ "Jet Trainer Aircraft and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". TR: SSM. 11 April 2013.
- ^ "Deal for production of first Turkish fighter jet signed". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 23 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2016-06-01.
- ^ "Yerli uçak için çok önemli adım". Hürriyet (dalam bahasa Turkish). TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Türkiye Saab ile Masaya Oturdu". Dunya (dalam bahasa Turki). TR: Dünya Süper Veb Ofset. 7 February 2013.
- ^ "Rolls-Royce Offers Engine for Turkish-Made Fighter Jet". Defense News. 6 December 2015. Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ Turkey; SSM envisages dual first line fighter fleet by 2023 - Dmilt.com, 18 June 2014
- ^ http://www.ssm.gov.tr/anasayfa/hizli/duyurular/projeDuyurulari/Documents/TF-X_Program_RFI.docx
- ^ Turkish Aerospace Industries, Inc. "Composite". Turkish Aerospace Industries, Inc. Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ "The composites industry in Turkey". Materials Today. 3 November 2009. Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ "A. Havacılıkta Kullanılan Karbon Elyaf Takviyeli Termoplastik Reçineli Prepreg Geliştirilmesi Projesi (KOZA)". Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ "Future Turkish Fighter Concepts Revealed at IDEF 13". ainonline.com. 17 May 2013.
- ^ "TAI TFX / F-X Experimental Fifth Generation Fighter Concept". Military Factory, militaryfactory.com. 18 June 2013.
- ^ "Could Aselsan provide EW/ECM gear for the JF-17?". quwa, quwa.org. 11 May 2016.
- ^ "Helicopter Electronic Warfare System (HEWS)". Aselsan, aselsan.com.tr. 11 May 2016.
- ^ "ASELSAN Signs MoU with EUROJET". Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ http://www.brahmand.com/news/Turkeys-ASELSAN-inks-deal-with-Eurojet-for-EJ200-engine/13417/1/13.html
- ^ "Aselsan, Eurojet sign MoU". Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ "ASELSAN ve EUROJET arasında İşbirliği". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-30. Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ a b "Aselsan signs cooperation deal with Eurojet - BUSINESS". Dicapai pada 8 January 2016.
- ^ "KAAN". Turkish Aerospace Industries. 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2023. Dicapai pada 14 May 2023.
- ^ "MMU'ya çift koltuklu varyant". 29 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2022. Dicapai pada 30 March 2022.
- ^ Güleş, Okan (3 May 2022). "TUSAŞ'tan Milli Muharip Uçak açıklaması: 35 bin pound güçte motor yapabiliriz". TGRT Haber. Dicapai pada June 18, 2024.
- ^ "TÜBİTAK-SAGE'den Milli Penguin: KUZGUN-ER" (dalam bahasa Turki). 20 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2022. Dicapai pada 27 March 2022.
- ^ "KUZGUN'un Elektronik Harp Konfigürasyonu: KUZGUN-EW" (dalam bahasa Turki). 20 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2022. Dicapai pada 27 March 2022.
- ^ "Turkish Roketsan Introduces New Antiship Missile Family "ÇAKIR"". 31 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2022. Dicapai pada 31 March 2022.
Pautan luar
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
- Sumber CS1 bahasa Turki (tr)
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari March 2016
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari October 2015
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari February 2013
- Aircraft specs templates using afterburner without dry parameter
- Halaman dengan templat portal kosong
- Pesawat pejuang Turki
- Pesawat TAI
- Pages with reference errors that trigger visual diffs