Sharugan | |
---|---|
Khan | |
Didahului oleh | Boniak |
Diikuti oleh | Konchak? |
Konfederasi Cuman-Kipchak | |
Kemangkatan | 1160-an Cumania |
Ayahanda | Sharugan |
Agama | Sunni Islam |
Syrchan (akhir abad ke-11 - 1160an) ialah Raja Cuman. Beliau anakanda kepada Sharugan dan adik dari Jeneral Georgia, Atrak.[1]
Biografi
Tidak banyak yang diketahui mengenai kisah kehidupannya, Hypatian Codex dan Kronik Rus lebih sering menuliskan kisah abangnya, Atrak. Tetapi dia disebutkan menyertai Atrak sebagai naib panglima. Mereka berdua bersaing dengan Sevench dan putera Boniak yang lain untuk mendapatkan tahta. Namanya disebut paling awal selepas kekalahan perang yang dialami oleh Kiev Rus pada 1111, pasukan Atrak dan Syrchan bergerak ke padang rumput Kaukasia Utara. Atrak ketika itu memutuskan untuk berpakat dengan Alan yang bermastautin di sekitar wilayah Donetsk untuk menentang Rusia.
Dengan ketibaan Alan dan Cuman di Caucasus Utara pada tahun 1117, mereka memusnahkan Sarkel (Menara Putih), memaksa penduduk suku Pecheneg untuk pindah dari sana. Kekecohan berlaku tidak lama selepas perang. Bangsa Alan, Adyghe dan Vainakh yang pada awalnya berpakat kini menyerang Cuman. Atrak meninggalkan adiknya seorang diri untuk mengawasi masalah ini dan pergi bersama 40.000 pengikutnya menemui Raja Georgia, David IV si Penubuh.
Selepas Atrak pergi, Pengiran Besar Kievan Rus Vladimir II Monomakh menaklukan Bangsa Alan pada 1116-1117. Syrchan tidak membantu mereka kerana perang sebelumnya.
Menjemput sang abang di Georgia
Syrchan tidak dapat percaya abang yang dekat selama ini padanya telah murtad, menjadi bawahan Raja Georgia dan berperang melawan Turki Saljukiyyah. Meski demikian, mereka berdua tetaplah abang-adik. Sudah kewajibannya untuk mencuba mengingatkan Atrak. Syrchan beberapa kali datang membujuk Atrak untuk pulang, tetapi Atrak menolaknya. Dia lebih selesa bersama dengan orang yang satu agama dengannya.
Sampai pada satu hari, Syrchan mengambil satu rumput dari kampung halamannya yang bernama Yawshan dan menghadiahkannya pada Atrak. Melihat hadiah yang sederhana itu, Atrak menangis. Dia bersetuju untuk pulang ke Cumania dan meninggalkan pengikutnya di sana. Malangnya sampai maut telah tiba, Atrak masih menjadi seorang yang murtad.
Budaya popular
Syrchan ialah tokoh utama dalam puisi bertajuk 'Emshan', karya Apollon Maykov (hidup: 1821-1897) seorang pujangga empayar Russia pada pertengahan abad ke-19.
Rujukan
- ^ "The Sharukannids: History of One Kipchak Dynasty" (PDF). Yaroslav Pylypchuk, Universiti Kiev Ukraine.