Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. |
Yang Berbahagia Dato' Seri Utama Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah DMK, SSDK (Kedah); DGSM (Melaka); DSDK (Kedah); AMN; JP (Kedah) | |
---|---|
Menteri Besar Kedah ke-8 | |
Dalam jawatan 12 Disember 1999 – 2005 | |
Didahului oleh | Tan Sri Sanusi Junid |
Digantikan oleh | Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Kubang Rotan | |
Dalam jawatan 1995–2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mohd Nasir Mustafa |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pengkalan Kundor | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Jamaluddin Lebai Bakar |
Digantikan oleh | Mohd Jamil Md Idross |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kubang Rotan, Kuala Kedah, Kedah | 22 Ogos 1944
Mati | 8 Mac 2023 Sungai Petani, Kedah | (umur 78)
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | To' Puan Seri Utama Syarifah Hamidah binti Syed Hamid |
Kediaman | PJU DAMANSARA, SUNGAI PETANI, KUALA KEDAH, |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Seri Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah (22 Ogos 1944 – 8 Mac 2023) ialah seorang ahli politik Malaysia yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah St. Michael, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan Menteri Besar Kedah dari 1999 sehingga 2005.
Usahawan berjaya
Dato' Seri Syed Razak merupakan seorang usahawan bumiputera yang berjaya di dalam bidang perniagaan. Kejayaan beliau boleh dianggap setanding dengan usahawan-usahawan bukan Melayu. Kewibawaan beliau dalam bidang perniagaan menyebabkan beliau diberi kepercayaan menerajui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia Cawangan Kedah (DPPMMK) sejak tahun 1986 lagi. Menerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia Cawangan Kedah (DPPMMK), Dato' Seri Syed Razak cuba sedaya upaya untuk membawa peniaga-peniaga Bumiputera ke arah masyarakat perdagangan dan perindustrian sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Politik
Dato' Seri Syed Razak mula berkecimpung di dalam bidang politik setelah dilantik sebagai Ketua UMNO cawangan Kilang Ais, Kuala Kedah sejak 15 tahun dahulu. Bermula pada tahun 1985, beliau telah dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah tetapi jawatan tersebut telah ditolak oleh beliau. Kemudian pada tahun 1986, beliau telah dicalonkan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Kundor atas tiket Barisan Nasional dan berjaya mengalahkan calon PAS. Seterusnya pada tahun 1987, beliau berjaya menduduki kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah. Pada tahun 1993, beliau berjaya mengekalkan jawatan tersebut apabila sekali lagi berjaya menduduki kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Pembabitan beliau dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan negeri Kedah lebih daripada 25 tahun menjadikan beliau seorang pemimpin yang sangat berpengalaman dan berdedikasi. Beliau telah dilantik menyertai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah pada tahun 1992. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Hj. Osman Aroff dengan memegang portfolio kebudayaan, kesenian dan pelancongan. Selaku ahli Exco, Dato' Seri Syed Razak dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Kedah dan Industri Kecil dan Sederhana. Tugas Dato' Seri Syed Razak semakin berat apabila portfolio yang dipegangnya berkait rapat dengan sektor pelancongan. Beliau telah menetapkan strategi dan objektif bagi memajukan industri pelancongan di negeri Kedah ini sebagai satu sumber pendapatan rakyat.
Menteri Besar Kedah
Dato' Seri Syed Razak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-8 menggantikan Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid pada 12 Disember 1999 sehingga 2005. Sebagai Menteri Besar Kedah pada masa itu beliau bertanggungjawab ke atas kewangan dan belanjawan negeri, bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Galakan Pelaburan, Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri, Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi, Jawatankuasa Pembangunan Teknologi Maklumat dan Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
Beliau telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Menteri Besar pada tahun 2005. Atas dasar faktor kesihatan, beliau telah meletak jawatan pada tahun 2005.
Anugerah
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya beliau telah dianugerahi pingat dan darjah kebesaran iaitu, Darjah Seri Setia DiRaja Kedah (S.S.D.K.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.), dan Jaksa Pendamai (J.P.)
Kematian
Beliau telah meninggal dunia pada tanggal 8 Mac 2023 di rumah kediaman beliau di Sungai Petani, Kedah ditemani pasangan hidupnya, Puan Seri Utama Syarifah Hamidah binti Syed Hamid di saat akhirnya.
Beliau dikebumikan di tanah perkuburan islam Masjid Nurulehsan Kubang Rotan.
Lihat juga
Pautan luar
- http://www.kabinet.jpm.my/anggota_negeri/menteri_negeri.html Diarkibkan 2004-12-10 di Wayback Machine
- http://www.mykedah.com/20hall_fame/203_8.htm
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Kedah 1999 – 2005 |
Penyandang Kemudian |
Y.B. Tan Sri Sanusi Bin Junid | Y.A.B Dato' Haji Mahdzir Bin Khalid |