Dr. Syed Husin Ali PhD | |
---|---|
Kelahiran | 23 September 1936 |
Meninggal dunia | 29 Jun 2024 | (umur 87)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (BA & MA) The London School of Economics and Political Science (LSE) (PhD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pejabat | Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN |
Parti politik | (PKR)(2003–2024) (PRM) (1974–2003) |
Dr. Syed Husin Ali (23 September 1936 – 29 Jun 2024) ialah ahli akademik dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, mantan Senator (ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Negeri Selangor selama dua penggal (2009-2015), mantan Presiden Parti Rakyat Malaysia (1990-2003) dan juga mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (2003-2010).
Syed Husin pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) selama hampir enam tahun (1974-800. [1]
Beliau telah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR sehingga akhir hayatnya.
Latar belakang
Syed Hussein/Husin bin Ali dilahirkan di Batu Pahat pada 23 September 1936. Mempunyai isteri (meninggal 2013) dan tiga orang anak. Bersekolah rendah dan menengah di Batu Pahat, Johor. Mendapat ijazah B.A. Hons serta M.A. dari Universiti Malaya (UM) dan Ph.D. (Social Anthropology) dari London School of Economics and Political Science (LSE).
Telah menulis serta menyunting kira-kira 20 buah buku, menyediakan lebih 100 buah kertas untuk jurnal dan persidangan antarabangsa serta tempatan dan artikel-artikel untuk media tempatan. Antara bukunya adalah “Pimpinan Masyarakat Kampung”, “Masalah dan Masa Depan Orang Melayu”, “Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan”, “Dua Wajah”, “Memoir Perjuangan Politik”, “Hubungan Kaum di Malaysia”, dan “Sejarah Rakyat Malaysia”.
Pernah terlibat sebagai pakar penyelidik dan perunding dengan Universiti PBB (UNU) dan UNESCO, dan menyiapkan beberapa laporan penilaian ke atas gerakan pekerja dan wanita untuk badan-badan antarabangsa. Menjadi British Academy Visiting Fellow, di Universiti Cambridge dalam tahun 2005.
Semasa mahasiswa, pernah menjadi Setiausaha/Presiden Persekutuan Bahasa Melayu (PBMUM), Setiausaha Agung/Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Bendahari Persatuan Islam (PIUM) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Bersama GPMS-UMSU-NUSSU.
Beliau juga pernah terlibat dengan pelbagai kegiatan untuk memperjuangkan hak asasi manusia serta hak perumahan peneroka bandar (setinggan). Juga telah menjadi Setiausaha PENA. Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (2003-2010); sebelum itu Presiden Parti Rakyat Malaysia (1990-2003). Kerana penglibatan aktif dalam politik, beliau diarah meletakkan jawatan sebagai Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, selepas berkhidmat selama hampir 30 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Senator Parlimen Malaysia (2009-2015).
Kini menjadi Pengerusi Yayasan Usman Awang, Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat dan Anggota Biro Politik serta Pusat Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Pada peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi anggota Misi Antarabangsa Menyelidik Pembunuhan Beramai-ramai di Bangkok, Panel Pengadil bagi Tribunal Rakyat Mengenai Ancaman Industri dan Alam Sekitar di Bhopal, India, dan Penyiasatan Antarabangsa Ke Atas Rakyat Terusir di Sri Lanka.
Syed Husin pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) selama hampir enam tahun (1974-80) berikutan tunjuk perasaan petani-petani di Baling dan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur.[2]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada tanggal 29 Jun 2024 di Hospital Selayang, Gombak.[3] Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan islam seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.[4]
Jawatan
Jawatan Akademik
1963 - 71: Pensyarah di Universiti Malaya (UM)
1972 - 74: Profesor Madya dan Ketua Jabatan Antropologi & Sosiologi UM
1980 - 84: Profesor Pembangunan Manusia, Inst. Pengajian Tinggi UM
1985 - 90: Profesor dan Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM
1990: Penyelidik, Projek Asia, United Nations University, Tokyo
2005: British Academy Visiting Fellow, Cambridge University, UK
Jawatan Lain:
1963 - 72: Anggota Fakulti Sastera, Universiti Malaya
1970: Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Fakulti Sastera, UM
1972 - 74 dan 1980 - 1990: Anggota Senat Universiti Malaya
1970 - 74: Setiausaha Persatuan Kakitangan Akademik UM
1985 - 90: Anggota Majlis Universiti Malaya (Wakil Senat UM)
Jawatan Politik
1990 - 2003: Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)
2003 - 10: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KEADILAN)
2009 - 15: Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia
2003- kini: Anggota Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Malaysia
2018 - kini Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN
Jawatan Luar
Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang (YUA)
Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Sejarah Rakyat
Pandangan-pandangan beliau
Ilmuwan diminta jangan menikus
Pada 19 Mac 2010, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh beliau yang merupakan bekas presidennya kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang 'melukakan (perasaan) kerajaan.' Beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.Baginya, "Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik," katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[5]
Hasil penulisan
- Social Stratification in Kampung Bagan (JMBRAS)
- Kursus Penulis, Ed. (ANTARA)
- Angkatan Sastrawan ‘50 (BAHASA)
- Angin Retak. Ed. (ABAS BANDUNG)
- Apa Erti Pembangunan (DBP)
- Patah Tumbuh. Ed. (FAJAR BAKTI)
- Suara Tujuh. Ed. (SETIA MURNI)
- Malay Rural Leadership (OUP)
- Masyarakat dan Pimpinan Kampung (OUP)
- The Malays: Their Problems and Future (HEINAMANN)
- Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya (KARANGKRAF)
- Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan (ABADI)
- Poverty and Landlessness in Kelantan (BEITENBACH)
- Ethnicity, Class and Development. Ed. (MSSA)
- Pembangunan di Malaysia: Perancangan, Pelaksanaan dan Prestasi. Ed. (PSSM)
- Dua Wajah : Tahanan Tanpa Bicara (SIRD)
- Two Faces: Detention Without Tiral (SIRD)
- Ethnic Relations in Malaysia: Harmony and Conflict (SIRD)
- Isu Raja dan Perlembagaan (SHA)
- Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali (SIRD)
- Syed Husin Ali: Memoirs of a Political Struggle (SIRD)
- Raja-raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran (SIRD)
- The Malay Rulers: Regression or Reform (SIRD)
- Hubungan Etnik di Malaysia (SIRD)
- Ethnic Relations in Malaysia (SIRD)
- Sejarah dan Perjuangan KEADILAN (KEADILAN)
- Sejarah Rakyat Malaysia (SIRD & PSR)
- People’s History of Malaysia (SIRD & PSR)
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Petaling Jaya Selatan kini dikenali sebagai Petaling Jaya |
Syed Hussin Ali | PRM | 20,736 | Donald Lim Siang Chai | BN (MCA) | 24,581 | 3,845 |
Selvanathan Savarimuthu | BEBAS | 457 | ||||||
1995 | Syed Hussin Ali | PRM | 15,021 | Donald Lim Siang Chai | BN (MCA) | 26,646 | 11,625 | |
Selvanathan Savarimuthu | BEBAS | 811 | ||||||
1990 | Batu | Syed Hussin Ali | PRM | 25,529 | Alexander Lee Yu Lung | BN (GERAKAN) | 36,645 | 11,387 |
Azizi Shariff | BEBAS | 1,043 |
Lain-lain
- Salah satu Tokoh Pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- Salah satu pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Setiausaha Agung selama 5 tahun.
- Menyiapkan laporan dan kertas kerja tentang masyarakat, pimpinan dan pembangunan di Malaysia untuk UNESCO/ESCAP.
- Menjadi Ahli Suruhanjaya untuk menyiasat tiga peristiwa berasingan:
- Industrial Hazards in Bopal
- Mass Killing of Students in Bangkok
- Displacement of People in Sri Lanka as a Result of Ethnic Conflicts.
- Mass Killing of Students in Bangkok
- Industrial Hazards in Bopal
- Ditahan hampir 6 tahun di bawah (Internal Security Act) ISA dan diangkat sebagai “Prisoner of Conscience” oleh Amnesty International.
- Jawatan Semasa Mahasiswa (1956-1959):
- Setiausaha dan kemudian Presiden Persekutuan Bahasa Melayu UM
- Setiausaha Agung dan kemudian Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
- Setiausaha bersama Universiti of Malaya Student Union (UMSU), Nanyang University Student Union NUSU dan GPMS.
- Setiausaha Agung dan kemudian Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
- Setiausaha dan kemudian Presiden Persekutuan Bahasa Melayu UM
Rujukan
- ^ Vengadesan, Martin (2021-09-23). "Syed Husin remembers #1: Merdeka-era leaders lost to the nation". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-06-29.
- ^ Francis Paul (18 Jun 2007). "Anything but politics: The revered Dr Syed Husin Ali". malaysiakini. Dicapai pada 21 Mei 2009.
- ^ "Syed Husin Ali meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 29 June 2024.
- ^ "JENAZAH SYED HUSIN SELAMAT DIKEBUMIKAN". Bernama. Dicapai pada 29 June 2024.
- ^ "Ilmuwan diminta jangan menikus", Malaysiakini.com, 19 Mei 2010.
- Kelahiran 1936
- Kematian 2024
- Ahli akademik Malaysia
- Ahli akademik sains sosial Malaysia
- Ahli akademik Universiti Malaya
- Alumni Universiti Malaya
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Bekas anggota Parti Rakyat Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13