Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syarafi Sudarmaji (lahir 23 Disember 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian sejak membintangi drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri, Hati Tanpa Rasa dan Chinta Arjuna.
Sebelum menceburi dalam bidang lakonan, beliau terlebih dahulu menceburi bidang peragaan sejak tahun 2010. Syarafi pernah menyertai Pertandingan Mr Pahang dan menjadi juara pertandingan tersebut. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada usia 29 tahun selepas dipilih membintangi telefilem yang berjudul Dia Kembarku arahan Azma Aizal Yusoof. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif membintangi beberapa drama termasuk Aku Yang Kau Gelar Isteri, Anais Patah Hati, Anak Sena Cincin Pusaka, Jodoh Buat Mia, Chinta Arjuna, Hati Tanpa Rasa, Cik PA Tuan Ash' dan Taut lakonan Bersama Farah Ahmad dan Azri Iskandar.
Syarafi Sudarmaji merupakan sepupu kepada pesilat negara Al-Jufferi Jamari.[1][tiada dalam ayat yang diberikan] Pada 21 Januari 2014, beliau berkahwin dengan model peragaan Syakila Latiff.[perlu rujukan]