Sweet Charity 88 merupakan album studio ketujuh dan terakhir kumpulan rock Singapura Sweet Charity yang diterbitkan pada tahun 1988. Album ini menyaksikan Sweet Charity menampilkan vokalis wanita, Zaiton sebagai vokalis utama selepas pengunduran vokalis asal Ramli Sarip pada tahun 1986 untuk menumpukan pada karier solonya. Walaubagaimanapun, gandingan vokalis baru ini tidak mendapat sambutan yang baik.