Suzume | |
---|---|
Pengarah | Makoto Shinkai |
Penulis | Makoto Shinkai |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Disunting oleh | Makoto Shinkai |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Toho |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit[1] |
Negara | Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Pecah panggung | US$300.9 juta[2] |
Suzume (すずめの戸締まり , Suzume no Tojimari, har. "Penguncian pintu Suzume") merupakan sebuah filem anime pengembaraan fantasi yang ditulis dan diarahkan oleh Makoto Shinkai terbitan oleh CoMix Wave Films serta diedarkan oleh Toho. Filem ini menampilkan suara Nanoka Hara dan Hokuto Matsumura, dengan rekaan watak oleh Masayoshi Tanaka, arahan animasi oleh Kenichi Tsuchiya, arahan seni oleh Takumi Tanji, dan muzik oleh Radwimps dan Kazuma Jinnouchi. Suzume merupakan kerjasama kali ketiga Shinkai dengan Radwimps dan Tanaka, selepas Your Name (2016) dan Gadis Cuaca (2019), dan diinspirasikan oleh bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku.
Filem ini mengikuti seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang bernama Suzume Iwato dan Souta Munakata, yang bekerjasama untuk mencegah bencana alam berturut-turut di seluruh Jepun.
Barisan pengisi suara
Watak | Pengisi suara | |
---|---|---|
Bahasa Jepun | Bahasa Inggeris[3] | |
Suzume Iwato (岩戸 鈴芽 , Iwato Suzume) | Nanoka Hara[4] Akari Miura (kecil)[5] |
Nichole Sakura Bennet Hetrick (kecil) |
Souta Munakata (宗像 草太 , Munakata Sōta) | Hokuto Matsumura[6] | Josh Keaton |
Tamaki Iwato (岩戸 環 , Iwato Tamaki) | Eri Fukatsu[7] | Jennifer Sun Bell |
Minoru Okabe (岡部 稔 , Okabe Minoru) | Shota Sometani[7] | Roger Craig Smith |
Rumi Ninomiya (二ノ宮 ルミ , Ninomiya Rumi) | Sairi Ito[7] | Amanda C. Miller |
Chika Amabe (海部 千果 , Amabe Chika) | Kotone Hanase[7] | Rosalie Chiang |
Tsubame Iwato (岩戸 椿芽 , Iwato Tsubame) | Kana Hanazawa[7] | Allegra Clark |
Hitsujirō Munakata (宗像 羊朗 , Munakata Hitsujirō) | Matsumoto Hakuō II[7] | Cam Clarke |
Tomoya Serizawa (芹澤 朋也 , Serizawa Tomoya) | Ryūnosuke Kamiki[8] | Joe Zieja |
Daijin (ダイジン ) | Ann Yamane[9] | Lena Josephine Marano |
Miki (ミキ ) | Aimi[10] | Mela Lee |
Tayangan
Dalam panggung wayang
Di Jepun, Suzume mendapat tayangan IMAX awal pada 7 November 2022 untuk penonton yang terpilih melalui undian.[11] Filem ini mula ditayangkan di seluruh negara oleh Toho di 420 panggung wayang di Jepun pada 11 November melalui tayangan biasa dan IMAX.[11][12] Tayangan tengah malam telah diadakan di 11 panggung wayang di enam bandar di Jepun.[13] Filem ini mendapat tayangan antarabangsa perdana semasa temasya Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 pada 23 Februari 2023, sekaligus menjadi filem anime pertama yang muncul di festival tersebut sejak Spirited Away pada tahun 2002.[14]
Di Asia, filem ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2023, di Hong Kong, Taiwan dan Makau;[15][16] 8 Mac di Indonesia,[17], Filipina,[17] dan Korea Selatan;[18] 9 Mac di Malaysia dan Singapura;[17] 10 Mac di Vietnam;[19] 16 Mac di Brunei;[20] 24 Mac di China;[21] 13 April di Thailand;[22] dan 21 April di India.[23] Pengedar filem yang berpusat di Singapura Encore Films mengendalikan pengedaran filem ini di Asia Tenggara, dengan tayangan Filipina dan Thailand diedarkan bersama Warner Bros. Pictures.
Pada bulan Mei 2022, Crunchyroll, Sony Pictures, dan Wild Bunch International mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh hak pengedaran global filem ini. Crunchyroll akan mengendali pengedaran filem ini di Amerika Utara dan akan bergabung dengan Sony Pictures Releasing di wilayah di luar Asia di bawah bendera Sony Pictures Releasing International, manakala Sony dan Wild Bunch akan mengedarkan filem ini bersama di Eropah.[24] Satu tayangan khas telah diadakan pada 1 Mac 2023, di BFI Southbank di London, dengan Shinkai sendiri menyertai acara tersebut.[25] Filem ini mendapat tayangan perdana Amerika Utara semasa temasya Festival Filem Kanak-kanak Antarabangsa New York pada 5 Mac.[26] Satu lagi tayangan khas telah diadakan pada 21 April 2023, di Panggung Wayang PVR Cinemas Citi Mall di Mumbai, dengan Shinkai menghadiri acara itu untuk meraikan tayangan perdana filem ini dalam Bahasa Jepun dan alih suara Bahasa Hindi di India.[27] Beliau berinteraksi dengan saluran media bersama peminat luar negara dan menghadiri sesi soal jawab.[28] Beliau juga menyertai satu acara tandatangan bersama Denki Amashima, pengilustrasi adaptasi manga filem ini. Ini merupakan kali kedua kunjungan Shinkai ke India. Sebelum ini, beliau berkunjung ke negara tersebut semasa tayangan perdana filemnya Gadis Cuaca pada tahun 2019.[29][30]
Suzume memulakan tayangan umumnya pada 12 April 2023, di Perancis, Malta, dan Switzerland; 13 April di Argentina, Armenia, Australia, Azerbaijan, Bolivia, Brazil, Amerika Tengah, Chile, Denmark, Ecuador, Georgia, Jerman, Yunani, Hungary, Israel, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mexico, Belanda, New Zealand, Peru, Slovakia, Tajikistan, Turki, Uruguay, Uzbekistan dan Venezuela; 14 April di Austria, Belgium, Kanada, Estonia, Gibraltar, Ireland, Kenya, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Norway, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, dan Amerika Syarikat; 20 April di Colombia dan Portugal; 21 April di Bulgaria, Finland, Poland, dan Romania; 27 April di Itali, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu; 30 April di Iceland; May 25 in Croatia, Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Macedonia Utara dan Albania; dan 26 Mei di Republik Czech dan Madagaskar.[31]
Di Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, versi alih suara Bahasa Inggeris telah ditayangkan bersama dengan versi asal Bahasa Jepun filem ini.[32]
Media rumah
Suzume telah dikeluarkan dalam Blu-ray dan DVD di Jepun pada 20 September 2023, dan termasuk sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Edisi pengumpul menampilkan Blu-ray HD Ultra 4K dan kandungan tambahan seperti komentari audio, dokumentari di sebalik tabir, animatik filem, dan temu ramah dengan barisan pelakon dan ahli staf.[33] Crunchyroll mula menstrimkan filem ini pada 16 November 2023 di seluruh dunia kecuali kawasan Asia Dan Perancis.[34]
Sambutan
Kutipan panggung
Suzume telah memperoleh lebih $323.3 juta di seluruh dunia,[2] termasuk ¥14.86 billion di Jepun.[35] Ia merupakan filem anime berperolehan keempat tertinggi sepanjang masa.[36] Filem ini membuat penampilan sulungnya di tangga pertama kutipan panggung Jepun, dan memperoleh 1.88 bilion yen ($13.49 juta) daripada tayangan IMAX awal dan dalam tiga hari pertama tayangannya.[37] Ia melampaui Gadis Cuaca untuk menjadi filem Shinkai terbesar dalam tiga hari pembukaannya.[38] Di Jepun, filem ini merupakan filem berperolehan keempat tertinggi tahun 2022,[39] filem anime berperolehan kesembilan tertinggi sepanjang masa, dan filem berperolehan ke-15 tertinggi keseluruhan sepanjang masa.[40]
Di China, pengarah Shinkai menyertai aktiviti-aktiviti pemasaran di Beijing dan Shanghai dari 16 hingga 20 Mac, menjadi pengarah filem asing pertama untuk melancong ke tanah besar China untuk promosi filem sejak kemunculan COVID-19, sekali gus menggalakkan kepopularan Suzume di China.[41] Filem ini memperoleh US$82.27 juta dalam sepuluh hari pertama tayangannya di China, melebihi kutipan panggung Your Name untuk menjadi filem Jepun berperolehan tertinggi yang ditayangkan di negara tersebut.[42][43] Setakat 23 April 2023[kemas kini], Suzume memperoleh US$112 juta di China.[44] Suzume akhirnya memperoleh CN¥807 juta di China, melebihi kutipan panggung tempatannya di Jepun dan menjadikan China kawasan berperolehan tertinggi di dunia.
Di Korea Selatan, Suzume merupakan filem berperolehan tertinggi selama 35 hari berturut-turut selepas penayangannya, menetapkan rekod kedua tertinggi selepas Avatar (2009).[45] Setakat 15 April 2023[kemas kini], filem tersebut memperoleh US$35.78 juta dan telah menarik sejumlah lebih 4.48 juta penonton, melebihi The First Slam Dunk (2022) untuk menjadi filem Jepun berperolehan tertinggi dan paling banyak ditonton yang ditayangkan di negara tersebut.[46][47]
Di Amerika Syarikat, filem ini telah ditayangkan bersama Renfield, The Pope's Exorcist, Mafia Mamma dan Sweetwater, dan diunjurkan untuk memperoleh US$4.7 juta daripada 2,170 panggung pada hujung minggu pembukaannya.[48][49] Ia menjana US$2.15 juta pada hari pertama tayangannya, dan juga US$680,000 daripada tayangan pratontonnya pada hari khamis.[50][51] Filem ini kemudiannya memperoleh US$5 juta pada hujung minggu pembukaannya, dan berada di kedudukan ketujuh kutipan panggung di belakang Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.[52]
Penerimaan kritis
Di laman sesawang agregator ulasan Rotten Tomatoes, 96% daripada 127 ulasan kritis filem ini adalah positif, dengan rating purata 7.9/10. Sepersetujuan pendapat laman itu nyatakan: "Suzume menampakkan Makoto Shinkai gagal melepasi batas yang ditetapkan oleh filem-filem sebelumnya - tetapi apabila hasil filem ini mempunyai visual yang mendebarkan dan memberi impak yang besar dari segi emosi, sukar untuk orang ramai mencari sebarang kesilapannya.[53] Di Metacritic, filem ini menerima rating purata 77 daripada 100 berdasarkan 27 ulasan kritis, menunjukkan filem ini "secara umumnya menerima ulasan positif".[54] Penonton yang dipilih oleh PostTrak memberikan filem ini skor positif 89%, dengan 72% daripada kalangan penonton itu berkata bahawa mereka akan mengesyorkan filem ini kepada orang ramai.[55]
Di laman ulasan Jepun Filmarks, Suzume menerima rating purata 4,00/5 berdasarkan 6,585 ulasan pengguna, dan berada di tempat kedua pemeringkatan kepuasan penonton hari pertamanya.[37] Matt Schley dari The Japan Times memberikan rating 4 daripada 5 bintang untuk filem ini, dan mengelarnya sebagai "karya yang paling memuaskan pengarah filem ini." Beliau memuji karya seni dan animasi filem ini, dan walaupun beliau menyifatkan sesetengah daripada dialog filem ini sebagai "Klise atau memalukan", beliau merasa bahawa filem ini "lebih matang" berbanding filem-filem Shinkai sebelumnya. Schley juga mendapati kemuncak filem ini "agak mengganggu pemikiran" dan mengatakan bahawa hal ini mungkin akan dipertikaikan sesama penonton jika Shinkai benar-benar "beruntung".[56] Richard Eisenbeis yang mengulas untuk Anime News Network menggredkan filem ini dengan kelas A. Beliau turut memuji cerita, watak, animasi, dan muziknya, tetapi mendapati struktur plotnya mirip Your Name dan Gadis Cuaca sehingga membuat filem ini "lebih mudah diramal." Einsenbeis juga mengkritik penampilan makhluk yang ditemui Suzume di Tokyo yang digambarkannya sebagai "kesan janaan komputer murahan yang ditempatkan ke atas animasi yang bermutu dan tidak dipadukan dengan baik."[57] Gautam Sunder dari The Hindu memuji Shinkai atas penguasaan suasana berbeza, pembikinan watak, humor dan rujukan filem animasi lama dalam filem tersebut, tetapi mengaku bahawa ia tidak boleh menandingi keindahan ketara The Garden of Words atau rentak dramatik Your Name.[58]
Rujukan
- ^ すずめの戸締まり (dalam bahasa Jepun). Toho Cinemas. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
- ^ a b "Suzume no tojimari (すずめの戸締まり) (2022)". The Numbers. Nash Information Services, LLC. Dicapai pada November 10, 2023.
- ^ Mateo, Alex (March 21, 2023). "Makoto Shinkai's Suzume Film Reveals English Dub Cast with Lead Nichole Sakura". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2023. Dicapai pada March 21, 2023.
- ^ "Makoto Shinkai's Suzume no Tojimari Anime Film Casts Nanoka Hara as Heroine". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2023.
- ^ Miura, Akari [@s611a726] (October 27, 2022). #すずめの戸締まり すずめの幼少期を演じさせていただきました🪑 大好きな #新海誠 監督の作品に関わらせていただき、とっても幸せです。ぜひご覧ください🚪🗝 (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada November 13, 2022 – melalui Twitter.
- ^ Loo, Egan (September 5, 2022). "SixTONES Idol Hokuto Matsumura Makes Voice-Acting Debut in Makoto Shinkai's Suzume Film". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2022. Dicapai pada September 6, 2022.
- ^ a b c d e f "Makoto Shinkai's Suzume Anime Film Unveils 2nd Trailer, More Cast, Visual". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2023.
- ^ "Makoto Shinkai's Suzume Anime Film Casts Ryunosuke Kamiki". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2023.
- ^ 『すずめの戸締まり』ダイジンを演じているのは?謎めいたキャラが大人気. Cinema Today (dalam bahasa Jepun). Cinema Today Co., Ltd. November 15, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2022. Dicapai pada December 4, 2022.
- ^ Aimi [@aimi_sound] (November 6, 2022). \✨お知らせです✨/ 映画「#すずめの戸締まり」🗝 ミキ 役で出演させていただきます!! 劇場で観るのがとても楽しみです! よろしくお願い致します😊💫 (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada November 13, 2022 – melalui Twitter.
- ^ a b "Suzume, 3 More Makoto Shinkai Films Get IMAX Screenings in Japan". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ "Makoto Shinkai Unveils New Anime Film Suzume no Tojimari's Heroine, November 11 Opening". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ "Makoto Shinkai's Suzume Film Gets Midnight Screenings, Bonus Booklet for Filmgoers". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ "73rd Berlin International Film Festival Hosts International Premiere of Makoto Shinkai's Suzume Film". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (February 13, 2023). "Makoto Shinkai's Suzume Film Opens in Hong Kong, Taiwan on March 2". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2023. Dicapai pada February 13, 2023.
- ^ Harding, Daryl (March 20, 2023). "Makoto Shinkai's Suzume Anime Film Has Sold Over 2 Million Tickets Outside Japan". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2023. Dicapai pada April 1, 2023.
- ^ a b c Abanes, Mariel (February 21, 2023). "Suzume no Tojimari to premiere in Southeast Asia this March". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2023. Dicapai pada February 22, 2023.
- ^ 신카이 감독 신작 '스즈메의 문단속', 2023년 3월8일 국내 개봉. IT Chosun (dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. December 7, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2022. Dicapai pada December 9, 2022.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (February 21, 2023). "Makoto Shinkai's Suzume Film Opens in Vietnam on March 10". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2023. Dicapai pada February 21, 2023.
- ^ "Suzume Encore Films Brunei". Encore Films Brunei Facebook. 15 Mac 2023.
- ^ 电影《铃芽之旅》定档3月24日 三年之约遇见最好的新海诚 (dalam bahasa Cina). Sina Corporation. February 12, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2023. Dicapai pada February 13, 2023.
- ^ Sorrawit (March 13, 2023). อนิเมะ Suzume no Tojimari พร้อมฉายในไทย 13 เม.ย. นี้. The Thaiger (dalam bahasa Thai). Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2023. Dicapai pada March 26, 2023.
- ^ Sayyed, Rayan (February 7, 2023). "Suzume Releasing in Indian Cinemas This April". IGN India. Diarkibkan daripada yang asal pada February 7, 2023. Dicapai pada February 7, 2023.
- ^ Goodfellow, Melanie (May 19, 2022). "Crunchyroll teams with Sony, Wild Bunch on new Makoto Shinkai film (exclusive)". Screen Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2022. Dicapai pada May 19, 2022.
- ^ Cardine, Kyle (February 14, 2023). "Makoto Shinkai to Attend Special UK Screening of Suzume on March 1 [UPDATED]". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2023. Dicapai pada February 22, 2023.
- ^ Davidson, Danica (February 22, 2023). "Suzume Coming to New York International Children's Film Festival Next Month". Otaku USA. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2023. Dicapai pada March 9, 2023.
- ^ Sayyed, Rayan (2023-04-11). "Suzume: Makoto Shinkai to Attend Premiere of the Anime Film in Mumbai". IGN India (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 21, 2023. Dicapai pada 2023-04-21.
- ^ https://twitter.com/shinkaimakoto/status/1649083983819583488
- ^ "Japanese Film Festival 2019 launches with the India Premiere of 'Weathering with You'". www.adgully.com (dalam bahasa Inggeris). September 30, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada April 21, 2023. Dicapai pada 2023-04-21.
- ^ https://twitter.com/shinkaimakoto/status/1648666859775086592
- ^ Luster, Joseph (December 6, 2022). "Crunchyroll Reveals Global Theatrical Dates for Makoto Shinkai's Suzume Anime Film [UPDATED 5/15]". Crunchyroll. Dicapai pada May 21, 2023.
- ^ Grobar, Matt (March 21, 2023). "Superstore's Nichole Sakura To Lead English-Language Voice Cast Of Crunchyroll's Suzume". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada March 21, 2023. Dicapai pada March 21, 2023.
- ^ アニメ映画『すずめの戸締まり』BD&DVDが、2023年9月20日(水)遂に発売! コレクターズ・エディションは計12時間超えの映像特典を収録. Animate Times (dalam bahasa Jepun). May 27, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2023. Dicapai pada May 27, 2023.
- ^ Complex, Valerie (November 13, 2023). "Suzume: Makoto Shinkai Animated Film To Stream Exclusively On Crunchyroll This November". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2023. Dicapai pada November 14, 2023.
- ^ CINEMAランキング通信 (dalam bahasa Jepun). Kōgyō Tsūshinsha . Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2023. Dicapai pada September 8, 2023.
- ^ Harding, Daryl (April 10, 2023). "Suzume Sails Past One Piece Film Red to Be 4th Highest-Grossing Anime Film of All Time Worldwide". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada April 20, 2023. Dicapai pada April 23, 2023.
- ^ a b "Japan Box Office: Makoto Shinkai's Suzume Beats Black Panther Sequel in Its Opening Weekend". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ "Makoto Shinkai's Suzume Anime Film Earns 1.88 Billion Yen in 1st 3 Days". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ Harding, Daryl (December 30, 2022). "Anime Films Bring in the Box Office Money in Japan Making Up Four of the Top Five Movies of the Year". Crunchyroll. Diarkibkan daripada yang asal pada January 12, 2023. Dicapai pada January 12, 2023.
- ^ Cayanan, Joanna (July 20, 2023). "The First Slam Dunk Anime Film Overtakes Suzume, Becomes 14th Highest-Earning Film in Japan (Updated)". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2023. Dicapai pada September 8, 2023.
- ^ 『すずめの戸締まり』中国大ヒットの裏側。「新海監督の人柄が多くの人の心を掴んだ」. Branc (dalam bahasa Jepun). 2023-04-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-05-18. Dicapai pada 2023-04-19.
- ^ "Suzume Becomes Highest-Grossing Japanese Film in China". Jiji Press. April 4, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2023. Dicapai pada April 4, 2023 – melalui Nippon.com.
- ^ Tatna, Meher (April 3, 2023). "China Box Office April 2, 2023". Hollywood Foreign Press Association. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2023. Dicapai pada April 4, 2023.
- ^ Frater, Patrick (April 23, 2023). "China Box Office: The First Slam Dunk Scores $55 Million in Four-Day Opening Period". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2023. Dicapai pada April 24, 2023.
- ^ Kim, Ji-hye (April 12, 2023). '스즈메의 문단속', 35일 연속 박스오피스 1위…2010년 이후 최장 기 (dalam bahasa Korea). Seoul Broadcasting System. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Lee, Bo-ram (April 15, 2023). 슬램덩크 넘었다…국내 개봉 日영화 흥행 1위 찍은 이 영화. JoongAng Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Pineda, Rafael Antonio (April 15, 2023). "Suzume Becomes Highest-Selling Anime Film of All Time in China, Korea". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Robbins, Shawn (April 12, 2023). "Weekend Box Office Forecast: Super Mario Bros. Chases More Animation History in 2nd Frame as Renfield, The Pope's Exorcist, and Suzume Debut". Boxoffice Pro. Diarkibkan daripada yang asal pada April 12, 2023. Dicapai pada April 13, 2023.
- ^ Murphy, J. Kim (April 15, 2023). "Box Office: The Super Mario Bros. Movie Keeps Winning With Impressive 45% Projected Drop". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2023. Dicapai pada April 17, 2023.
- ^ Mateo, Alex (April 14, 2023). "Suzume Earns US$680,000 at N. American Box Office from Preview Screenings". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada April 15, 2023. Dicapai pada April 15, 2023.
- ^ Hodgkins, Crystalyn (April 16, 2023). "Suzume Anime Film Earns US$2.15 Million on Friday in U.S." Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2023. Dicapai pada April 17, 2023.
- ^ "Weekend Domestic Chart for April 14, 2023". The Numbers. Nash Information Services, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2023. Dicapai pada April 17, 2023.
- ^ "Suzume". Rotten Tomatoes. Fandango Media. Dicapai pada March 8, 2023.
- ^ "Suzume". Metacritic. Fandom, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2023. Dicapai pada May 14, 2023.
- ^ D'Alessandro, Anthony (April 15, 2023). "Super Mario Bros Now At $87M: Best Second Weekend Ever For Animated Movie & Illumination – Saturday PM Box Office". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada April 16, 2023. Dicapai pada April 17, 2023.
- ^ Schley, Matt. "'Suzume': Makoto Shinkai reigns supreme as master of visuals". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ "Suzume no Tojimari". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2023.
- ^ Sundar, Gautam (April 21, 2023). "Makoto Shinkai explores love and loss in breathless road trip anime". The Hindu. Dicapai pada May 9, 2023.
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Suzume (filem) di Ensiklopedia Anime News Network
- Suzume di Twitter
- Suzume di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)