![]() |

Sut perhambaan (Jawi: سوت ڤرهمباءن) atau sut belenggu (Jawi: سوت بلڠڬو) yang juga biasa disebut sut gimp atau gimpsuit, ialah sejenis pakaian sama sendat yang direka untuk menutup seluruh badan (biasanya termasuk tangan dan kaki) untuk tujuan bermain peranan. Akronim GIMP adalah singkatan kepada "guy in mask permanently" (lelaki kekal bertopeng), walaupun begitu akronim ini lazimnya digunakan secara neutral jantina.[perlu rujukan] Sut ini boleh mempunyai hud yang tercantum, jika tidak, ia sering dipakai bersama hud perhambaan, atau topeng gimp. Tujuan hud atau topeng adalah untuk mengehadkan keupayaan manusia bagi persepsi muka, membolehkan pemakai mengambil peranan yang telah dipersetujui. Tujuan keseluruhan sut belenggu ini adalah untuk mengubah sementara fungsi eksekutif semua individu yang terlibat melalui persepsi. Sut ini boleh dibuat daripada mana-mana bahan, contohnya kulit, PVC, getah, spandeks dan Darlexx adalah yang paling biasa.[perlu rujukan]
Catsuit boleh dipakai bersama korset, abah-abah perhambaan atau alat pengekang lain sebagai sebahagian daripada sut perhambaan.[perlu rujukan]
Kegunaan
Sut perhambaan kadangkala digunakan dalam cumbuan BDSM untuk mengobjekkan pemakai atau memfetisykannya sebagai satu bentuk fetisyisme anima dan animus. Gimp yang bermain peranan ini memilih peranan yang dipersetujui sebagai mainan seks berkelancapan, anak patung, patung dami, atau automaton, dan bukan sebagai pasangan seks manusia yang mempunyai ciri-ciri keinginan dan kebebasan memilih, sepanjang tempoh cumbuan untuk hiburan yang dipersetujui bersama. Dalam kes lain, sebab ia dipakai hanya untuk estetik atau perabaan. Dalam beberapa kes, terdapat bukaan yang sesuai diletakkan pada sut untuk membolehkan payudara, kemaluan, mulut, dubur atau mainan seks diakses secara langsung semasa sut dipakai bagi tujuan seksual.[perlu rujukan]
Dalam budaya popular
Sut seumpama itu kadang-kala dipanggil gimp suit,[1] sebuah istilah yang dipopularkan melalui penggunaannya dalam filem Pulp Fiction arahan Quentin Tarantino.[2]
Lihat juga
![]() |
Cari gimp dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Agalmatofilia
- BDSM
- Cumbuan
- Fetisyisme kurungan total
- Fetisyisme patung
- Fetisyisme robot
- Hud perhambaan
- Main peranan seksual
- Pelakuan peranan
Rujukan
- ^ Baker, Paul (2004). Fantabulosa: The Dictionary of Polari and Gay Slang (dalam bahasa Inggeris). Continuum International Publishing Group. m/s. 135. ISBN 0-8264-7343-1.
- ^ Midori (2005). Wild Side Sex: The Book of Kink Educational, Sensual, And Entertaining Essays (dalam bahasa Inggeris). Daedalus Publishing. m/s. 31. ISBN 1-881943-22-4.