Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perakaunan |
---|
Dalam perakaunan, susut nilai merujuk kepada dua aspek bagi konsep yang sama:[1]
- Penurunan nilai aset (susut nilai dalam nilai saksama)
- Peruntukan kos aset untuk tempoh di mana aset itu digunakan (susut nilai dengan prinsip pemadanan)
Pengiraan susut nilai
Terdapat beberapa kaedah untuk mengira susut nilai, yang secara umumnya berdasarkan pada sama ada masa atau tahap aktiviti (atau kegunaan) sesuatu aset.
Susut nilai garis lurus
Susut nilai garis lurus merupakan kaedah yang paling ringkas dan sering kali digunakan. Dalam kaedah ini, syarikat akan menganggarkan nilai sisa (juga dikenali sebagai nilai sisaan atau nilai skrap) aset pada akhir tempoh ketika ia akan digunakan untuk menjana pendapatan (hayat berguna). Syarikat kemudiannya akan mengecaj amaun yang sama dengan susut nilai setiap tahun sepanjang tempoh tersebut, sehingga nilai yang ditunjukkan untuk aset telah dikurangkan daripada kos asal kepada nilai sisaan.
Susut nilai anuiti
Kaedah susut nilai anuiti bukanlah berdasarkan masa tetapi pada
Kaedah angka hasil tambah tahun
Angka hasil tambah tahun (juga dikenali sebagai jumlah angka-angka tahun) adalah suatu kaedah susut nilai yang menghasilkan hapus kira yang lebih cepat berbanding kaedah garis lurus dan biasanya juga lebih pantas daripada kaedah baki berkurangan. Dalam kaedah ini, susut nilai tahunan ditentukan dengan mendarab kos yang disusut nilai oleh jadual pecahan.
Rujukan
- ^ Raymond H. Peterson, "Accounting for Fixed Assets", John Wiley and Sons, Inc., 2002
Bacaan tambahan
Perakaunan
- Kieso, Donald E; Weygandt, Jerry J.; dan Warfield, Terry D.: Intermediate Accounting, Bab 11. ISBN 978-0-471-44896-9.
- Lembaga Piawaian Perakaunan Kewangan (Amerika Syarikat) Accounting Standards Codification 360-10-35. Tersedia melalui capaian pelayaran percuma dengan pendaftaran.
- Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa IAS 16
- Depreciation Journal Entries