Surul Appam | |
---|---|
Surul Appam diwarnai hijau dengan pandan (Versi India Malaysia) | |
Nama alternatif | "Surul Poli" , "Surul Ada |
Jenis | Palagaram,Kue, panekuk lipat,Saayvarunthi Unavu,Siruṇṭi |
Jenis sajian | Saayvarunthi Unavu,Siruṇṭi |
Tempat asal | India, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia , Singapura |
Kawasan/rantau | Anak benua India dan Asia Tenggara |
Masakan berkaitan | India, Singapura, Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, |
Dicipta oleh | Hidangan Tamil (Kawasan Thanjavur) |
Suhu penghidangan | Suhu hangat bersama Kopi,Teh Tarik atau Teh Masala |
Bahan utama | Lempeng manis yang disumbat dan digulung dengan kelapa, gula dan tepung sebagai bahan utama |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Surul Appam (juga dikenali sebagai Surul Poli) ialah kuih manis tradisional dari India Selatan(Asal dari Kawasan Thanjavur) , terutamanya popular di Tamil Nadu dan Kerala[1]. Nama "Surul" bermaksud "gulung" dalam bahasa Tamil, merujuk kepada bentuknya yang unik[2]. Kuih ini sering dibuat semasa perayaan dan majlis khas.
Bahan & Cara Penyediaan
Surul Appam mempunyai lapisan luar yang nipis seperti lempeng dan inti manis kelapa-gula perang. Proses pembuatannya adalah seperti berikut:
- Penyediaan Doh – Dibuat menggunakan tepung gandum (maida), sedikit garam, dan air/susu untuk membentuk doh yang lembut. Ada juga yang menggunakan tepung gandum penuh sebagai versi lebih sihat.
- Inti Manis – Campuran kelapa parut, gula melaka (jaggery), serbuk buah pelaga, dan kadangkala kacang gajus serta kismis.
- Menggulung & Menggoreng – Doh dicanai nipis, dimasak sedikit, diisi dengan inti, kemudian digulung menjadi bentuk silinder sebelum digoreng sehingga keemasan.
- Sentuhan Akhir – Ada resipi yang mencelup gulungan goreng ini dalam sirap gula untuk menambah kemanisan dan memberikan tekstur berkilat.
Variasi
- Di Kerala, hidangan serupa dikenali sebagai "Madakku San" atau "Ada", tetapi versi ini dikukus dan bukannya digoreng.
- Dadar gulung atau Kuih gulung adalah salah satu variasi yang dijumpai di Malaysia dan Indonesia.
- Surul Appam kaum india di Malaysia dan Singapura berwarna hijau kerana pandan ditambah ke dodoh nya. Ia mirip kuih gulung[3].