Surat Cara Penyerahan Kalah Jermanmengakhiri Perang Dunia II di Eropah. Teks muktamad telah ditandatangani di Karlshorst, Berlin pada 8 Mei 1945 oleh wakil-wakil daripada tiga perkhidmatan tenteraOberkommando der Wehrmacht (OKW) dan Angkatan Ekspedisi Bersekutu bersama dengan Pemerintah Tertinggi Tentera Merah, dengan wakil-wakil lain Perancis dan AS menandatangani sebagai saksi; satu majlis yang lebih awal telah berlangsung di Reims pada 7 Mei 1945. Di Barat, 8 Mei dikenali sebagai Hari Kemenangan di Eropah; sedangkan di negara-negara pasca Soviet, Hari Kemenangan di sambut pada 9 Mei, semenjak perjanjian muktamad berkuatkuasa selepas tengah malam masa Moscow.
Terdapat tiga versi bahasa bagi dokumen penyerahan itu. Versi Bahasa Rusia dan Inggeris adalah satu-satunya yang rasmi.